Friday, December 11, 2009

Hidup cuma ujian~sebuah kisah


Assalamualaikum..

Hari ini kondisi kurang baik, segala macam perkara seolah2 di luar kawalan, dan saya benar2 rasa saya adalah seorang manusia yang sangat lemah, yang sering menyusahkan orang lain, saya rasa tidak bermaya dan seakan kecewa dengan diri sendiri. Bermula dengan pagi yang indah namun ditenggelamkan dengan emosi yang tidak stabil, kami ke low yat untuk membaiki laptop saya. Daripada laptop yang harus dibaiki kerana hardware yang rosak kerana laptop jatuh, tiba2 saya dikejutkan dengan window corrupted dan harus direpair semula. Walaupun laptop saya di'shut down' dan di'turn on' berkali2 namun keadaan tetap sama dan serupa. Sangat terkejut kerana waktu kali terakhir laptop saya di'shutdown' ia berada dalam keadaan yang baik. Sangat hairan, terkejut, pening namun saya pasrah. Pekedai itu ingin memformat laptop saya namun saya pilih untuk tidak memformat laptop di kedai kerana harganya sangat mahal padahal boleh dibuat sendiri di bilik. Tapi ini bermaksud saya harus datang kembali untuk membaiki LAN port laptop saya setelah diformat di bilik. Low yat ini bukanlah dekat dan ini bermaksud saya harus menunggu lebih lama untuk menggunakan internet saya.



Tidak lama selepas itu, handphone saya mula memeningkan kepala yang sedia ada pening. Handphone saya mati dengan tiba2, dan saya betul2 kehilangan punca. Hakikatnya handpone saya memang sudah tidak sihat, tak disangka ia dah nazak dan kini mati terus. Ya Allah saya betul2 diuji. Emosi sangat tidak stabil, ternyata saya masih gagal mengawal emosi sendiri. Kawan-kawan~Asmaa', Farhana dan Huda maafkan saya kerana tidak mampu mengawal emosi dengan baik, maafkan saya kerana menjadi terlalu pendiam dan mungkin juga merosakkan suasana yang sepatutnya ceria. Saya mula berfikir, waktu sedih begini memang banyak fikiran negatif masuk ke kotak fikiran, hati mula sakit dan ingin menyakitkan hati orang lain, apa yang orang lain lakukan semuanya menyakitkan hati padahal tiada kaitan lagsung dengan apa yang menimpa diri saya. Saya harus cepat melawan dengan fikiran positif. Dengan sisa kekuatan yang ada saya cuba tersenyum dan memberi reaksi pada kawan-kawan. Hati yang sakit tidak harus dimanjakan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu. Sangat terharu, subhanallah, Allah sebaik2 tempat mengadu.

Saya sudah boleh ketawa. Walaupun mental dan fizikal juga kurang sihat, alhamdulillah saya masih mampu memujuk diri sendiri jangan terlalu ikutkan emosi. Sabar itu separuh dari iman. Segalanya kembali normal untuk saya. Laptop dan handphone rosak adalah satu ujian, agar saya lebih tahu menghargai. Lalu pulang ke bilik, saya mencuba nasib dengan mengecas handphone saya, mana tahu cuma kehabisan bateri walaupun saya dah cas pagi tadi sebelum keluar. Dan alhamdulillah! benar2 handphone saya cuma kehabisan bateri, tiada yang serius selain itu. Subhanallah lagi, saya bersyukur tidak terlalu melayan emosi, ternyata hanphone saya masih dalam keadaan baik. Mungkin kerana terlalu emosional lalu saya terus mengatakan handphone rosak, padahal saya lupa
pagi tadi hanya cas sebentar sahaja.Jika handphone saya yang ini juga rosak saat ini saya pasti hilang punca.( Makluman, handphone lagi satu juga dah rosak berenang dalam air).

Lalu saya cuba melihat2 laptop saya yang harus direpair itu, mana tahu ada keajaiban berlaku. Namun untuk memformat laptop ini saya perlukan cd driver dan
ternyata saya lupa cd driver itu berada di rumah lantas saya call abang saya untuk mencari solusi terbaik. Kata abang wan memandangkan beliau akan datang minggu depan, maka beliau akan datang bersama cd itu tanpa perlu dipos laju ke sini, dan ini bermakna saya perlu hidup tanpa laptop kesayangan selama seminggu sedangkan ada assignment yang perlu disiapkan. Otak ligat berfikir, dan dengan pantasnya saya menelefon kakak untuk meminjam laptop untuk sementara waktu, dan alhamdulillah, segalanya dipermudahkan..Selesai berbual2 dengan asmaa' saya masuk ke petak bilik saya dan subhanallah, subhanallah! laptop saya sudah pulih dengan tiba2 tanpa saya lakukan apa2..! Memang benar ada keajaiban berlaku dan asmaa' juga tidak percaya ini berlaku. Saya rasa ingin menangis kerana sangat terharu dan sangat tidak percaya. Saya benar2 kehilangan kata-kata. Tadi sewaktu saya meninggalkan laptop dalam bilik, laptop masih meminta untuk direpair dan window masih corrupted namun kini laptop saya sihat walafiat seolah2 tiada apa yg berlaku. Subhanallah saya sangat tidak percaya namun saya percaya Allah mampu lakukan apa saja. Sekali Allah berkata "Kun Fayakunn" maka perkara itu sangat mudah untuk terjadi dengan sendirinya. Subhanallah Maha suci Allah yang mendengar doa hambaNya..

Kini saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya percaya apa yang berlaku hari ini adalah satu ujian untuk saya, dan di sebalik hujan itu insya Allah sentiasa ada pelangi yang indah.. Percayalah Allah sentiasa mendengar doa hambaNya, bersabarlah dengan dugaanNya sentiasa. Jika kita bersabar dan redha dengan segala ujianNya, kita pasti tidak dapat menyangka dan terkejut dengan hadiah yang Allah sediakan untuk kita hasil kesabaran itu, yang kadang2 jauh lebih besar nikmatnya berbanding ujian yang diterima. Allah itu Maha penyayang, lambat atau cepat itu urusanNya, namun bersangka baiklah dengan Allah..Ujian itu tanda sayang, bersabarlah insya Allah segala kesabaran itu akan terbalas, jika bukan di dunia ini, pasti di akhirat sana..SABAR bukanlah mudah, namun bukan juga susah...Semuanya boleh dikawal dengan iman, semoga semua pembaca sekalian dapat mengawal kemarahan sewaktu marah, dapat mengawal kesedihan ketika bersedih dan dapat mengawal emosi ketika sedang emosional..Ingatlah Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.=)

*Tiada hidup tanpa dugaan

Saturday, December 5, 2009

budak2 sekarang memang matang

-cikhu hanif mengajar-



Assalamualaikum..

Betul tak faham kenapa budak-budak ni matang cepat.. Lepas tu layan saya macam budak2 padahal mereka tu yang masih budak-budak. Abang (sepupu) baru darjah satu tapi matang sangat. Tadi adik saya tengok cerita ninja yang ada aksi2 ganas tikam-tembak-percik darah-potong kepala- dengan abang ni. Lepas tu saya cakap la budak2 tak boleh tgk cerita macam ni lagi, ye la bimbang jugak mengigau ke termimpi2 nanti. Tapi abang pun kata dengan yakinnya, kak Jie, budak2 x boleh tgk cerita ni, kak jie gi main jauh2. Eh, sape yang budak2 sekarang ni?aisy.

Lepas tu sophea adik abang ni (yang umur baru 5 tahun tapi bila orang tanya umur berapa, dia suka jawab darjah dua), main la pukul2 saya gitu, pastu abang pun kata, Sophea janganla pukul kak jie nanti kak jie nangis. Eh saya confuse lagi. Saya ke yang kena nangis. (-.-")

Apapun seronok main2 dengan sepupu2 yang suka makan, dan lepas makan, makan lagi. Dan suka makan roti bakar walaupun dah tengahari buta, dan nak bawak balik ikan dalam akuarium tu. macam2, tapi comel betul mereka ni.=D..dan mereka penghibur terbaik.=)

Thursday, December 3, 2009

Sebuah ujian~untuk yang bergelar manusia


Assalamualaikum..

Bila ujian itu hadir, itu tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Kita takkan rasa kesakitan itu bila kita tak alaminya. Kasihan nenek sebelah mak saya, dia dimasukkan ke hospital kerana kakinya terkena infection,sekarang menunggu masa untuk dipotong. Nenek saya ni yang dipanggil tok, tak sedar pun beliau berada di hospital, beliau anggap beliau berada di rumah saya, dan doktor yang datang ke rumah untuk pemeriksaan. Sebabnya mata beliau dah tak nampak, namun alhamdulillah ingatan beliau masih sangat kuat, masih kenal cucu cicitnya ini. Saya terharu jugak, saya cuba selami kepedihannya namun takkan sama.

Masih saya ingat, tok selalu kata, tok dah tua, tapi anak2 tok yang pergi dulu..dah 2 orang anaknya pergi menghadap Ilahi, namun tok masih juga terlantar sakit kerana strok. Pasti sedih dan penat, terbaring bertahun2. Alhamdulillah anak2 tok yang lain masih menjaga tok sebaiknya, dan cucu cicit pun masih tak lupakan tok. Cuba sama2 kita bayangkan berada di tempat tok saya, nak bangun x boleh, nak makan kena suap, anak2 pun bukan 24 jam berada di sisi. Sunyi, bosan dan mungkin tertekan juga. Bertahun2 begitu dengan keadaan yang sama, pasti sangat sedih namun Allah saja yang tahu mengapa ujian ini diberikan kepada hambaNya. Semoga tok berada di kalangan orang2 yang terpilih, amiiin.

Perasaan bersyukur dan kagum meyelinap ke dalam hati melihat ibu saudara saya begitu sabar melayan kerenah tok. Seorang anak yang baik takkan sanggup melihat ibunya terseksa. Lalu saya terfikir, suatu hari nanti, anak yang bagaimanakah yang akan menjaga saya bila tua. Bagaimana didikan yang harus diberikan agar anak2 akan menghargai kasih sayang yang diberikan dan menjadi manusia berguna, bukan yang lupa diri.. Saya bersyukur kini dapat mengawal diri sendiri dari terjebak dengan masalah sosial, namun suatu hari nanti anak2 saya adalah satu individu yang lain. Yang tak dapat dikawal secara fizikal, yang tak dapat diawasi dengan mata kasar. Yang mungkin di depan saya pijak semut pun x mati, tapi di belakang saya pijak semut dengan sarang-sarangnya sekali.

Teringat pada cerita PAPADOM yang menunjukkan seorang ayah terlalu bimbang dengan anaknya sampai sanggup mengikuti anaknya ke mana saja anaknya pergi. Sampai anaknya berasa dikongkong, lalu orang yang rasa terkongkong ini lebih bahaya kerana mereka mudah memberontak. Lalu kasih sayang yang ditunjukkan ayahnya itu mungkin tak dihargai malah anaknya menjadi lebih liar. Lantas saya terfikir, tak guna terlalu mengongkong anak, mengikutinya 24 jam sampai tak anak tak boleh bernafas. Kalau saya sendiri pun pasti akan rimas. Ada cara lain yang pasti berkesan, dan ibu bapa pun insya Allah boleh percayakan anak2 mereka untuk lepas bebas di dunia luar. Islam adalah agama yang syumul, serba lengkap sebagai panduan untuk mengemudi hidup ini. Jika Islam dan Iman sentiasa di dalam hati, insya Allah anak2 selamat.

-Papadom-

Saya bercakap juga dari pengalaman sendiri. Waktu kecil ibu saya seolah2 mengongkong, baju saya mesti longgar dan labuh, tudung mesti tak jarang, stokin kena pakai, nak keluar mana2 mesti kena lalui lembaga penapisan dulu untuk lihat baju sesuai tak dibawa berjalan2 dan tak boleh kawan sangat dengan lelaki. Masuk pulak sekolah agama, pergi mana2 mesti dihantar dan dijemput. Saya pernah juga memberontak, namun alhamdulillah didikan ibu saya menjadikan diri saya seperti sekarang. Yang Insya Allah mempunyai prinsip (namun kadang2 sering juga terbabas) namun satu yang pasti, Islam memang benar2 menjadi pelindung kepada saya. Ibu saya mengongkong tapi kongkongannya tidak keterlaluan dan memang dituntut dalam Islam..Saya rasa bersyukur sangat2 kerana dijaga dengan baik oleh ibu bapa saya. Waktu muda2 dulu (mcm dah tua je skrg), memang selalu sangat tak puas hati, biasalah darah muda. Tapi bila kita lihat dari sudut positif, apa yang mereka lakukan itu pun untuk kebaikan kita juga. Jika kita seorang yang waras, pasti dapat berfikir dengan baik dan menerima segala didikan itu dengan hati terbuka.

Apapun, saya ingin tekankan di sini, walaupun bukan semua ibu bapa yang baik akan melahirkan anak yang baik, dan bukan semua ibu bapa yang jahat akan melahirkan anak yang jahat juga, tapi kita punya pilihan itu. Cara didikan agama yang sempurna adalah aspek penting dalam diri anak2, walau apa pun keputusannya hasil dari didikan itu, sekurang2 nya kita telah berusaha untuk mempratikkan dan menanamkan cara hidup Islam dalam diri anak2. Berjaya atau tidak, itu urusan Allah, mungkin Allah beri anak yang kurang baik sebagai ujian kepada kita dan anak yg baik sebagai hadiah yang paling berharga untuk manusia yang bergelar ibu bapa.

Saya pernah dengar, bagaimana anak2 nanti adalah sebagaimana diri kita sekarang. Hidup kan macam roda, pusing2 sampai balik ke tempat yang sama. Kalau baiklah kita di waktu muda ni, Insya Allah baiklah anak2 kita nanti. Sanggup ke nanti tengok anak2 terbiar bebas berkawan-lelaki-perempuan-pergi-mana-pun-tak-tahu,-balik-pukul-berapa-pun-tak-kisah, macam mak ayah dia waktu muda2 dulu. Nak marah x boleh dah kita pun macam tu masa muda. So sekarang memandangkan kita tak tua lagi dan ada kesempatan lagi nak baiki diri, ambik peluang ni dan guna sebaiknya. Orang pun dah sibuk ckp2 2012 bumi akan dilanggar planet lain, bila lagi nak jadi baik? tapi jadi baik biarlh ikhlas, janganlah dari sekarang sampai 2012 dah jadi baik, tapi tup2 bumi x kena langgar pun masa 2012 tiba2 tukar jadi jahat balik. Semoga hidayah Allah milik kita semua pembaca2 budiman sekalian, amiiin.

*sentiasa positif dengan ujian Allah.


Wali Band~sebuah karya indah

Assalamualaikum..

Sebuah kumpulan band Indonesia begitu menarik perhatian saya
kerana lagu2 mereka yang enak didengar.
Pada awalnya anggapan saya terhadap kumpulan ini
sama saja dengan band2 indonesia lainnya,
terutamanya apabila mendengar lagu 'mencari jodoh' mereka
yang kelihatan agak terdesak itu.;p..
Namun setelah mendengar lagu2 terbaru mereka
ada satu perasaan kagum menyelinap
ke dalam hati langsung ke jiwa.
Tidak sangka band seperti mereka berjaya
mencipta satu kelainan, dengan memasukkan roh iman
ternyata lagu mereka lebih menambat hati.
Dengarkan perbezaan dan peningkatan
lagu mereka yang menusuk jiwa itu..
Tiada yang mustahil bila hidayah diterima,
semoga kesungguhan mereka akan terbalas di dunia juga akhirat.


Lagu Cari Jodoh


Selawat


Taubat

Tuesday, December 1, 2009

Tiramisu~


Assalamualaikum..

Saya ada hobi baru. Memasak. Bukan, lebih tepat lagi buat kuih atau kek. Nampaknya blog ni dah jadi blog masakan. hehe. Abang saya la ni, suruh kahwin x nak, memandangkan dia nak makan tiramisu sangat so saya pun cubalah buat. Tiramisu ni lebih kepada rasa nescafe atau kopi, tapi memandangkan saya tak minat dua2 tu, saya pun tukar guna koko. Abang Wan cepat la bagi nama kat kuih ni..!=p


-Ini gambar hiasan saja memandangkan tiramisu saya perlu disejukkan dulu dan dikeluarkan dari peti sejuk pada hari penentunya, esok.-

Ini dia manusia bernama Hazwan itu~=P

Friday, November 27, 2009

Cupcake pengerat ukhwah?




Assalamualaikum..

Esok adalah hari raya korban dan saya masih di hadapan laptop pada malam ini untuk mengupdate gambar2 cupcake yang sempat dibuat 2 malam yang lepas di rumah kakak saya. Oh lupa setelah seminggu cuti berlalu saya baru sahaja menjejakkan kaki di rumah pada malam semalam. Banyak betul rumah persinggahan tapi saya puas sebab dapat bertemu kakak saya dan bersama2 membuat cupcake di bawah ini. Entry ini juga sebagai response pada Atiqah yang ingin tahu tentang campuran warna untuk aising. Insya Allah sangat mudah dan boleh dibuat sesiapa juga.

1. Masukkan aising ke dalam cawan yang berlainan.
2. Titiskan beberapa titik pewarna ke dalam cawan aising.
3. Kacau dengan sudu.

ok dah siap.=D
Minta maaf tak sempat tunjuk jenis piping bag yang digunakan sebab lupa nak ambil gambar..hehe.

Oklah, jom kita lihat hasil kerja kanak2 riang kali ini:

1.Ini hasil seni abang saya Takeyama Hazu
(orang yang paling rajin decorate dan rajin makan juga. Sepanjang proses decoration berlaku, sudah 6 biji yang "termasuk" ke dalam perutnya..(-.-")



2. Ini pula hasil kerja ibu kepada baby di dalam perut yang x sabar nak keluar makan cupcake:



3. Ye ini hasil kerja adik saya duck nif
(minta maaf saya tak tahu dia nak buat konsep apa, tapi ada ulat daun di atas cupcake itu, saya sangat geli)=p



4. Dan akhirnya hasil seni seorang blogger yang masih lagi segan jika tahu sahabat2 beliau membaca tulisan beliau yang tidak seberapa ini.(-.-')


*tak tahulah kalau sesiapa perasan ada satu cupcake yang muncul dua kali dalam gambar.
Abang saya dah pesan awal2 cupcake yang berbentuk smiley tu dia yang buat, tapi saya yang buat mata dan hidung so cupcake tu dikira hasil seni saya juga lah kan..=)

Apapun, pesanan saya, jika ada yang berminat nak buat cupcake yang keanak2an begini, sila pastikan butter anda cukup sebab ia memerlukan aising yang sangat banyak sehingga 500 gram butter habis macam tu saja untuk buat kek dan aising yang sebanyak ni saja. Boleh bayangkan kegemukan cupake ini?hehe.

Baiklah, sekian dahulu entry kali ini. Memang sangat seronok membuat cupcake ini jika dibuat bersama2 adik beradik sebab walaupun kek sangat menggemukkan tapi kenangan itu pasti terus tersemat di hati. Ketawa riang sewaktu membuat dekorasi pasti menjadi kenangan yang paling indah dan pasti dirindui suatu masa nanti. Hehe..Semoga cupcake ini menjadi perapat ukhwah dan pengerat silaturahim insya Allah.

*Salam Aidiladha buat semua. Berkorban dan terkorban adalah perkara biasa, cuma ketabahan dan kesabaran yang bisa menjadi pedinding dan pemberi semangat untuk terus berjuang. Semoga ketabahan itu milik kita semua..!

Monday, November 23, 2009

~Pengantin Baru

Assalamualaikum..
Agak lama tidak mengupdate..Hari itu laptop saya terjatuh lalu terus tidak dapat internet..Ada rosak entah di mana so sekarang hanya meminjam laptop kawan sambil menggunakan modem saya..Tidak selesa menggunakan barang pinjaman lantas entry kali ini mungkin pendek sahaja.

Alhamdulillah, final telah lama berlalu dengan meninggalkan seribu kenangan. Semoga keputusannya baik2 saja, amiin..Sepatutnya saat ini sudah berada di rumah dan sudah menyiapkan berpuluh biji cupcake, tapi ternyata saya masih di uia semata2 ingin memenuhi jemputan perkahwinan seorang sahabat yang berlangsung di putrajaya hari ini..Jadi kami semua menghabiskan beberapa hari ini dengan berjalan2 di sekitar KL dan pergi ke kedai membuat kek untuk mencari bahan2 yang sepatutnya..Oh sungguh bersemangat kami untuk membuat cupcake..Teringat pada kak Da yang dah pun offer nak ambil tempahan untuk kenduri kahwin.Oh tidak! saya belum bersedia.(-.-")

Jadi pada hari ini tibalah masa yang ditunggu2, menghadiri perkahwinan Haizun di dewan perbadanan Putrajaya. Alhamdulillah, kami tiba tepat pada masanya, iaitu sebelum ketibaan pasangan pengantin. Pasangan mempelai kelihatan sangat cantik dan sweet. Seronok melihat majlis mereka yang sangat meriah, semoga mereka bahagia sampai ke akhir hayat..tema pakaian untuk teman2 Haizun adalah warna pink, so kami semua sedondon memakai baju warna pink.=) Namun sayang gambar yang diambil agak kabur, namun Insya Allah akan di update dengan gambar lain..

*Ada kakak satu meja bertanya bila pula giliran saya? Itu hanya Tuhan yang tahu.;P




Sunday, November 8, 2009

Set cupcake untuk orang tersayang



Assalamualaikum..

Final makin menghampiri namun saya ingin berkongsi entry terakhir sebelum berehat dari blogging untuk memberi laluan kepada final. Sebelum pulang hari sabtu yang lepas, saya berjaya menyiapkan beberapa set cupcake untuk mereka yang saya sayang sebab bila kita berjaya melakukan sesuatu yang menggembirakan, pasti kita ingin berkongsi kegembiraan itu dengan mereka yang rapat dengan kita. Jadi di bawah adalah set cupcake yang berjaya disiapkan dalam tempoh percubaan belajar membuat cupcake:

Set "Keluarga" untuk keluarga dan saudara mara tersayang:

(kesian adik hanif keknya cacat sebab tak cukup kek dah.hehe.Lain kali K.jie buat kek yang besar terus)


Set "Ibu mengandung" untuk kakak kesayangan:


Set "Sahabat" untuk kawan-kawan tersayang:

(Habeeba Alisya~kawan rapat yang dilindungi Tuhan)
Ini nama kami.=)

dan Set "Kanak-Kanak" untuk sepupu2 di kampung:

Kesian sangat bentuk tak cantik sebab oven sempit dan nak cepat lalu
kek disusun berlanggar2 dalam oven. Beri perhatian pada smiley pink di sebelah kanan, kesian sangat
jadi mangsa tangan adik saya..Huhu.

Waktu menghadiahkan set "ibu mengandung" untuk kakak saya, saya sengaja tidak menyusun perkataan "Baby with love" itu dan meminta kakak saya dan suaminya meneka apa yang saya tulis untuk mereka. Lalu terciptalah perkataan2 yang bermacam2 seperti:

serta "Baby vowel" yang entah ape2..hehe. Dan akhirnya barulah abang saya hazwan memberitahu jawapannya sebab beliau sudah tidak sabar2 ingin makan cupake itu.=P


Saya melakukan perkara yang sama kepada sahabat2 saya namun dengan sekali imbasnya asmaa' dapat meneka sebab "Habeeba Alisya" adalah kami.=). Terkilan jugak kek tak cukup untuk diberi pada jiran, adik suruh buat lagi namun dah tak sempat. Insya Allah lain kali buat lagi.

Nampaknya tempoh percubaan saya berjalan dengan lancar dan disukai ramai, alhamdulillah. Rasa kelakar sebab sepupu saya dah berangan2 nak buka kedai kek dengan saya, dan kakak saya pun tak sabar2 tunggu saya habis belajar sebab nak ajak saya buka kedai kek jugak..Dan kawan2 pun dah ajak saya buka kedai bakeri, amboi saya dah ade 3 buah kedai setakat ni..Hehe, saya baru je nak belajar guna oven dengan betul orang pulak dah bagi harapan yang tinggi tu, isy..(-.-")

Saya ni suka pada perkara yang cantik2 dan berseni sebab tu cupcake saya bewarna-warni macam kanak2. Waktu menghias cupcake tu, saya, abang dan adik "bermain2" dengan aising tu sampai berapa kali saya kena buat aising tu balik sebab tak cukup. Memanglah makanan yang menggemukkan. Seronok dan saya tak sabar nak pulang lepas final untuk meneruskan hobi baru ini ke peringkat lebih tinggi..=D..Mungkin saya akan cuba membuat aising "fondant" yang keras itu dan tentu hasil seni saya akan jadi lebih kemas. Tiba-tiba rasa sudah dewasa sebab dulu selalu main playdoh buat jadi bentuk makanan, sekarang saya pun masih main2 seperti main playdoh cuma playdoh ni boleh dimakan..Playdoh versi dewasa.=D

*Final start 11 Nov, doakan saya.=). Kawan2, good luck ye!

Wednesday, November 4, 2009

My first cupcake ever~sejarah hidup


Assalamualaikum..

(Ini entry yang terlambat post~2 hari lepas)

Apa khabar semua? semoga dalam kondisi yang baik2 saja..Hari ni saya rasa cukup teruja+gembira+suka hati kerana first time seumur hidup (ye seumur hidup), saya berjaya menghasilkan cupcake dengan tangan saya sendiri.=D..Oh lupa, saya berada di rumah. Sila abaikan entry sebelum ini.. Ternyata rancangan Allah mengatasi rancangan saya (rancangan asal saya yang tidak ingin pulang), kerana di waktu2 yang sengit, Allah memberi ilham kepada saya untuk pulang ke rumah. Hanya lebih kurang 2 jam sebelum kawan saya menaiki bas, tiba2 perasaan ingin pulang itu sangat kuat menguasai pemikiran saya sehingga sedar tidak sedar saya terus keluar membeli tiket waktu itu juga-naik bas bersama kawan-dan sampai rumah esok paginya; tanpa satu pun dirancang oleh saya. Sehinggakan kakak saya (yang saya telefon untuk memberitahu kepulangan saya ini) meminta utk bercakap dgn abang saya yang berada di rumah untuk pengesahan bahawa saya memang berada di rumah dan tidak mereka2 cerita..Ops terlebih cerita,fokus utama entry ini sepatutnya bukan ini. Apapun Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar,mungkin ada hikmahnya yang hanya Allah yang tahu..

Kali ini saya tak ingin bercerita lanjut tentang "cerita saya dengan bas" yang mungkin sudah bosan didengar..namun ingin sekali saya berkongsi satu sejarah dalam hidup saya di mana saya berjaya menyiapkan kuih dengan tangan saya sendiri! Untuk makluman, sepanjang hidup saya, saya tidak pernah membuat kek apatah lagi kuih raya (saya mengaku semua kuih raya selama ini dibeli(-.-")) dengan alasan rumah saya tidak ada oven kerana kakak saya sudah membawanya tinggal bersama2 beliau. Alasan itu bertahan bertahun2 lamanya sehinggalah saya terbuka hati untuk membuat cupcake sehingga sanggup meminta abah membelikan oven baru..Juga penimbang baru sebab penimbang lama sudah menghilangkan diri entah ke mana. Jadi dengan segala macam kelengkapan baru saya mencuba kebolehan diri yang saya sendiri tidak pasti mampu atau tidak membuat kek apatah lagi cupcake.

Dan percubaan pertama saya gagal! Fail! kerana terlebih sukatan akibat menggunakan penimbang baru yang masih belum dibuka penahannya. Sukatan yang salah itu menyebabkan kek saya masak di luar sahaja manakala di dalamnya masih lembik. Malah kek itu hangus dan hanya menjadi santapan semut2 kerana terlebih manis. Malu sendiri dan rasa sedih kerana membazir. Namun kata2 semangat adik saya "tiada kejayaan tanpa kegagalan" mampu meniup sedikit semangat di samping tidak mahu menghampakan abah yang sanggup membeli oven baru hanya kerana saya ingin membuat cupcake.

Jadi keesokan harinya dengan semangat yang tersisa, saya meneruskan percubaan saya. Kali ini saya mengurangkan bahan2 kerana masih dalam tempoh percubaan dan tidak ingin terlalu banyak pembaziran berlaku. Pambakaran kek juga dijalankan beransur2 agar saya dapat mengenalpasti kelemahan sendiri dan ternyata sikap berhati2 saya membuahkan hasil. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar lalu terhasillah cupcake buatan sendiri:



*kredit untuk adik saya hanif yang bersama2 mencomotkan tangan membuat hiasan2 kek ini. Peringkat percubaan masih belum terlihat kekemasannya, insya Allah akan diatasi di masa2 akan datang.

Buat abah, terima kasih untuk oven baru dan semoga ini menjadi permulaan untuk diri ini "mengotorkan" dapur dan menjadi seorang wanita yang berjaya (chewah)..Dan abang wan terima kasih sebab kata cupcake ni sedap.=p


Friday, October 30, 2009

Hari esok lebih baik

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Segala projek+assignment+quiz untuk sem ini sudah sampai ke penghujungnya. Menunggu detik peperiksaan final, yang akan menjelma seminggu lebih lagi..Jarak masa yang agak lama. Namun bukan untuk disia2kan, persiapan harus dimulakan dari awal. (hehe, mungkin ke?)Harus lebih kuat bermujahadah.
Terasa ingin pulang ke rumah, namun bimbang segala kerja tak menjadi.. Selalunya buku2 hanya dibawa pulang untuk memberatkan beg dan menjadi perhiasan di atas meja. Atau juga untuk menyedapkan hati yang rasa bersalah jika buku ditinggalkan di universiti. Masih lagi gagal menjadi pelajar yang baik.
Namun hari ini, dan esok, (dan esok lagi) adalah hari menenangkan diri setelah seminggu yang memenatkan dan meletihkan. Sangat penat, mental dan fizikal. Jadi harus beri ruang untuk jiwa bernafas..Badan yang penat harus direhatkan,Insya Allah semua akan kembali normal..=)Doakan yang baik2 juga untuk semua..
*Hati lebih tenang dan tenteram kini.=D

Friday, October 23, 2009

Salju Sakinah~indah rupa seindah peribadi; cantik itu subjektif


Assalamualaikum..

Usai membaca novel karangan Zaid Akhtar, best seller "Salju Sakinah", rasa untuk menulis novel kembali membuak2. Memang diakui rasa itu datang dan pergi dengan mudah, ini namanya tiada istiqamah. Bahasa yang mudah difahami tetapi dengan maksud yang mendalam bisa menegur hati yang lalai. Dengan penulisan dapat berdakwah, ternyata satu hobi yang tidak sia2 malah sangat berkesan. Oh, saya teringin menuntut dengan kak Fatimah Syarha dan Zaid Akhtar untuk gaya penulisan yang lebih puitis, namun kesuntukan masa banyak mempengaruhi diri saya untuk tidak menjadi seorang penulis. Mungkin, satu hari nanti akan terbit juga sebuah buku karangan mawaddah aisya namun mungkin juga itu satu impian yang hanya di dalam minda. Al-maklumlah saya bukan seorang yang istiqamah.

Novel ini mungkin sudah lama berada di pasaran, sehingga kini sudah 6 kali diulang cetak. Pertama kali melihat kulit depannya sudah menarik hati saya untuk membeleknya seterusnya membelinya sebagai koleksi peribadi. Ternyata peribahasa "don't judge book by its cover" tidak sesuai diguna pakai kerana disebabkan covernya inilah membuatkan saya teringin untuk melihat dengan lebih dekat lagi, dan selepas itu saya mendapati kandungan di dalamnya sangat sesuai dengan muka depannya. Saya kebiasaannya tidak berminat jika muka depan buku itu menunjukkan perempuan tidak bertudung, kerana itu dah memberi satu pandangan negatif buat saya (mungkin novel itu tidak islamik?) Ternyata pandangan pertama itu penting. Jadi dengan tiba-tibanya saya terfikir ingin mengaitkan buku ini dengan manusia.

Selalu sangat saya dengar, "yang pakai tudung labuh sampai ke siku tu bukannya baik sangat, ada je yang tak pakai tudung lagi baik dari dia."..Lepas tu ada pula yang berkata, "tak pakai tudung bukan bermaksud hati tak baik"..Iya2, semua betul. Sebab hati ni hanya Tuhan je yang nampak, kita manusia tak layak pun untuk menilai hati orang lain. Tapi saya teringat satu modul yang saya pernah lihat; di mana ada 3 botol air yang berlainan jenis. Satu berisi air kopi yang kelat, satu berisi air teh susu, satu lagi berisi air mineral yang jernih. Air2 tersebut diumpamakan seperti hati, kalau kita lihat pada botol pertama, langsung tak dapat lihat cahaya di sebelah sana. Botol yang kedua, masih tidak dapat ditembusi cahaya dan botol ketiga dapat dilihat dengan jelasnya. Jadi bila dituang, air2 yang mengalir keluar adalah air yang sama dari botol yang sama. Ini diumpamakan dengan diri kita, jika baiknya hati di dalam, pasti baik juga penampilan di luar. Tidak mungkin jika botol itu mengandungi air yang jernih, apabila dituang tiba2 bertukar menjadi gelap pekat. Mustahil bukan? Berbalik pula pada contoh buku tadi, muka depan yang baik menggambarkan isi yang baik juga.

Seorang wanita yang bertudung labuh, dengan wanita yang berpakaian ketat, apa pandangan pertama manusia? Pasti yang sopan lebih ingin didekati, walaupun tidak semestinya hatinya sebaik yang berpakaian ketat. Namun yang berpakaian ketat pula, hatinya mungkin baik namun tidak semestinya dia ingin didekati kerana fitrah manusia, ingin yang nampak baik2 sahaja. Teringat cerita "Syurga Cinta" lakonan Heliza af5, di mana seorang watak berkata,"aku ni bila nak kahwin cari yang bertudung jugak beb, sejuk sikit mata memandang".Tengok, yang pergi disko pun ada niat ingin beristerikan perempuan bertudung (baik).

Cantik itu subjektif. Pandangan manusia itu berbeza, jadi untuk mencari yang betul2 cantik pun sangat susah. Sebab tu pertandingan ratu cantik dunia pun nak guna ramai juri, sebab cantik itu atas pandangan masing2. Tapi pandangan Allah pada hambaNya sama rata, hanya jika dia beriman maka darjatnya adalah tinggi tidak kira cantik atau tidak rupanya. Jangan lupa, siapa yang mencipta wajah kamu? Hanya bernasib baik terpilih untuk diberi wajah yang cantik, seharusnya bersyukur. Jika tidak cantik pun mungkin disebabkan Allah nak uji, seharusnya bersyukur lagi. Tidak perlu peduli kalau tiada sesiapa yang suka, sayang atau minat, sebab kalau semua orang sayang tapi kalau Allah tak sayang kan sia2 saja?


Saturday, October 17, 2009

Gambar di facebook, blog?

Assalamualaikum..

Ada sesuatu yang sudah lama bermain2 di fikiran saya. Sejak kebelakangan ini makin terfikir2, sesuai atau tidak meletakkan gambar2 personal sama ada di friendster, facebook, atau blog sendiri? Mungkin di sini akan ada percanggahan pendapat..Masing2 punya alasan, namun saya secara peribadi mungkin berada di tengah2. Ingin sekali saya menyenaraikan kebaikan dan keburukan meletakkan gambar di ruangan alam maya ini.

Kebaikan:
1. Pembaca akan dapat mengenali empunya diri lebih2 lagi pembaca yang langsung tidak mempunyai hubung kait dengan tuan punya gambar.

2. Pembaca dapat menyelami situasi tuan punya gambar, bukankah gambar itu dapat bercerita..

3. Dapat menarik lebih ramai pembaca kerana lazimnya manusia akan bosan jika hanya melihat tulisan semata2.(seperti membaca buku text, pandangan pertama itu penting)

Keburukan:
1. Mungkin terbitnya rasa riya' dan bangga pada empunya gambar kerana selalunya hanya gambar yang cantik dan "menjadi" sahaja akan dipamerkan. (walaupun muka orang lain macam orang tua tetapi kerana gambar empunya gambar cantik maka orang lain tidak penting sama sekali)

2.Jangan lupa ruangan maya ini tiada sempadan, jadi bila2 masa sahaja manusia yang tidak bertanggunjawab akan meng"superimpose"kan gambar itu di tempat2 yang mungkin langsung tidak disangka.

3. Lagi mengerikan jika ada peminat yang senyap2 meng"save" gambar itu dan menyihir tuan punya gambar kerana cintanya tidak berbalas. Nauzubillahimizalik..

4. Mungkin juga gambar itu akan disalahgunakan untuk apa2 tujuan tanpa disedari oleh tuan punya gambar (contoh: iklan pencuci muka dll), sedangkan keuntungan yang diperolehi langsung tidak dikongsi. Ini tidak adil!

Lihat pada keburukan, ternyata lebih banyak dari kebaikan..Dan faedah kebaikan itu kelihatan tidak sekuat penangan dan kesan keburukan.Mungkin ini bergantung pada situasi, terpulang pada masing2 untuk menilai dan mentafsir. Mungkin ada keadaan sesuai untuk diletakkan gambar, seperti gambar beramai2 yang muka empunya gambar sekadar sebesar kuku jari kelingking(tak tahulah jika ini pun masih berisiko dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang).Namun saya rasa trend zaman sekarang, ramai anak2 muda yang gemar "camwhore"~istilah baru bagi saya~iaitu menangkap gambar sendiri dengan kamera di tangan. Ini bermaksud gambar itu sangat jelas dengan hanya muka yang memenuhi hampir keseluruhan gambar..Risiko untuk disalahgunakan itu sangat tinggi,(terutamanya kaum perempuan) namun sekali lagi tepuk dada tanya iman.Baik atau buruk itu kesannya pada diri masing2.

Saya pun pernah tersilap(mungkin?)~kerana tidak berfikir panjang dan terpengaruh dengan kebanyakan blog..Budak baru belajar, memang suka mencuba kan?Tapi bukanlah camwhore itu, itu minta dijauhkan.Saya masih belum cukup kuat, sering terpengaruh walaupun dalam hati berbelah bagi. Tuhan, kurniakanku ketetapan dan keteguhan iman dalam apa situasi sekalipun. Semoga entry ini dapat membuka minda dan menjentik iman di dada masing2..Berfikirlah sedalam2nya sebelum membuat keputusan.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu manyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

*Kasihan pada seorang sahabat yang berpurdah, tapi diletakkan gambarnya tidak berpurdah di facebook kawannya walaupun itu gambar beramai2..Mungkin selepas ini perlu bertanya dahulu pada sahabat2 boleh atau tidak mempamerkan gambar bersama2, bimbang ada yang tidak terjaga kepentingannya..*terasa juga.

Saturday, October 10, 2009

Masih sempat

Assalamualaikum..

Syawal masih bersisa. 9 hari lagi mungkin. Jika masih ada yang belum lagi menunaikan puasa enam, masih sempat untuk berpuasa enam yang banyak fadhilatnya itu. Jika puasa sebulan di bulan Ramadhan dapat dilaksanakan setiap hari berturut2 dengan penuh disiplin, kenapa tidak puasa yang cuma 6 hari ini. Syawal itu satu bulan, cuma 6 hari saja dituntut berpuasa. 6 nisbah 30, cuma 1/5 dari bulan syawal. Semoga mendapat manfaat dari kesungguhan kita dalam melakukan amalan2 sunat, insya Allah.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.' (Hadis riwayat Muslim)"

*Mencari jalan ke syurga.


Monday, October 5, 2009

Menanti Cinta..


Suka lirik lagu ini.



MENANTI CINTA (Ost Ketika Cinta Bertasbih)

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun guruh
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah kerna luka tersayat
merana menantikan kisah dan kasih hidupku..

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku..

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah kerna luka tersayat
merana menantikan kisah dan kasih hidupku..

Rahasia hati hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku..

Rahasia hati hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua kasih cintaku
PadaMu..

* Tak suka video klipnya kerana Krisdayanti bermake-up tebal