Assalamualaikum..
Waktu begini baru punya sedikit kesempatan utk masuk ke dunia blog. Baru selesai menguruskan rumah tangga yg penat. Cuma sedikit rehearsal sebelum betul2 masuk ke alam itu satu hari nanti. Saya kepenatan. Sangat kagum pada ibu2 yang tabah menguruskan rumah tangga walaupun sibuk bekerja. Saya ingin begitu juga, satu hari yg dijanjikan buat saya, entah bila. Masih banyak perkara yg perlu+harus+wajib dipelajari sebelum waktu itu tiba. Okay, sudah bicara soal hati.
..............
Oh saya lupa. Saya pulang lagi.=)
Ke baitul syakirin.
..............
Hari ini saya ada dua cerita. satu sedih satu gembira. Biasa kalau tengok drama2, kalau ditanya ingin cerita sedih atau cerita gembira dahulu, pasti cerita sedih yg dipilih. Okay saya cerita yg sedih dahulu. Kali ni saya buat kes lagi dengan bas. Saya memang x belajar dari kesilapan. Saya memang cuai. Saya betul x suka sikap buruk saya yg ini. Masuk ini dah 3 kes "tertinggal" saya yang melibatkan bas. Yang terbaru adalah kes ketiga, yang merupakan cerita sedih saya untuk hari ni.
Kes Pertama:
Tertinggal Beg
Tempat kejadian: Depan rumah,Kuala Terengganu
Waktu kejadian: 5 lebih2 a.m.
barang kes: beg
Laporan:
Saya cuba tidak ingin menyusahkan abg saya dengan turun di hadapan rumah,dengan harapan abang saya tidak perlu ke stesen bas di bandar. Kerana kelam kabut akibat pemandu bas tidak respon pada saya samaada boleh atau tidak berhenti di depan rumah, saya tertinggal beg baju saya kerana kelam kabut apabila bas tiba2 berhenti. Akibatnya abang saya terpaksa jugak pergi ke stesen bas bersama saya untuk mengambil beg itu pada waktu itu juga.
Penyelesaian:
Saya bernasib baik kerana kawan saya tolong ambilkan beg itu untuk saya kerana bas itu sudah pun meninggalkan stesen.
Alhamdulillah.
Kesan:
Saya rasa ini satu kejadian yang lucu dan boleh dijadikan kenangan untuk diceritakan pada anak2 nanti.
Kes Kedua:
Tertinggal bas
(pernah diceritakan dlm entry sblm ini)
Tempat kejadian: Greenwood (Gombak)
Waktu kejadian: 11 p.m.
barang kes: SAYA?
Laporan:
Kawan saya tersilap waktu tiket bas bertolak. Sepatutnya pukul 10pm, tapi kawan saya lupa nak lihat betul2 sebab dia mintak dgn kaunter tu pukul 11. Jadi boleh dikatakan kecuaian kauter itu yang menyebabkn kawan sy pn jadi cuai jgk. eh penjaga kaunter bukan kecuaian kaunter. Kami sampai 10 minit sebelum pukul 11, bas sudah pun pegi meninggalkan kami.
Penyelesaian:
Ada bas lain yg tiba2 muncul. Menunggu siapa tidak diketahui. Dan kami dibenarkan naik tanpa perlu membayar tiket.
Alhamdulillah lagi.
Kesan:
Lepas ini kami lebih berhati2 melihat waktu bas bertolak.
Kes Ketiga:
Tertinggal bantal
(Kes Terbaru-semalam,Bulan Ramadhan)
Tempat kejadian: Depan rumah,Kuala Terengganu
Waktu kejadian: 5 am
barang kes: bantal kecil
Laporan:
Kali ni saya pulang dengan membawa bantal untuk dipeluk dalam bas. Saya selesa begitu. Saya pernah berbuat demikian ketika pulang sebelum ini. Tak kisah pandangan org sebab saya x buat salah. Saya naik bas 2 tingkat. Waktu bas dekat2 dgn rumah, saya dah bawak barang2 turun. Cepat2 pergi ambil beg dekat belakang pemandu bas sebab ramai yg pesan jgn tertinggal beg lagi. Ya, saya dgr cakap semua, saya tak tinggal pun beg saya, kali ni saya cuma tertinggal bantal je. Ini semua disebabkan tiada siapa pn yg pesan jgn tinggal bantal, jadi saya cuma fokus pada beg. Saya tak sangka saya begitu fokus. Saya jadi buntu. Kali ni tiada kawan yang pulang ke KT dgn saya, jadi tiada siapa yg boleh ambilkan bantal tu untuk saya. Abang pula tak dapat pergi ke stesen waktu tu kerana belum bersahur lagi. Untuk julung kalinya saya menangis. Bukan kerana itu bantal busuk saya, tapi kerana bantal itu adalah pemberian kakak kesayangan waktu hari jadi saya. Saya rasa sangat sedih kerana begitu cuai. Saya dah berazam tak mahu terima hadiah hari jadi lagi. Sesiapa pun, jangan bagi hadiah pada saya.
Penyelesaian:
Pagi ini abah pergi ke stesen bas utk bertanyakan hal itu. Dan penjaga kaunter bas transnasional beritahu semua bas dari KL sudah bertolak pulang ke KL, cuma tinggal sebuah bas yg akan bertolak pukul 1 tengahari. Abah minta saya pergi semula ke stesen bas waktu bas tu nak bertolak nanti. Pukul 12.45 tengahari, saya dan adik ke stesen bas. Lama menunggu, bas itu muncul. Mungkin ke nasib saya baik kali ni? Saya tak tahu, betul2 berserah pada takdir. Saya pn berjumpa dgn pemandu bas dgn penuh harapan.
Saya: bas ni dari KL ke semalam?
Pemandu Bas: Ha'a.
Saya: Pukul berapa bertolak?
Pemandu bas: pukul 1.
Saya: Bukan, bas bertolak pukul berapa dari KL semalam?
Pemandu bas: Oh, pukul 11.
Saya dah berbunga2 harapan. Ya itu waktunya bas saya bertolak semalam.
Saya: ada bantal tertinggal dalam bas x? petak,warna kuning.
Pemandu bas: ada (sambil tunjuk ke tempat belakang)
Waktu itu saya rasa sangat terharu+gembira+dan bersyukur pada Allah. Maha Suci Allah. Saya masih sangat bernasib baik kali ni.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, dan Alhamdulillah.
Kesan:
Sekarang saya tarik balik kata2 saya tadi. Saya boleh terima hadiah hari jadi lagi.
=P
Sekian cerita sedih saya yang pengakhirannya adalah gembira.=) Mungkin memang macam tu kot, orang suka pilih yang sedih dulu supaya bila ending nanti boleh cerita yang gembira. Entah, mungkin hanya sebuah kesimpulan dari saya. Yang penting, kes2 ini sangat memberi kesan dalam hidup saya. Saya pernah kata inilah yang mewarna-warnikan hidup saya. Tengok warna tulisan kes pun dah tahu yang hidup saya memang penuh warna.=)
*warna kegemaran saya purple.
2 comments:
ini mcm usaha mntak adiah ari jadi kale pepel ish2 siap buat krgn pnjg lak tu haha nape x drive je balek ganu ?
Jackster- bukanlah, x berniat pun nak mintak hadiah hari jadi, apatah lagi colour purple..Tapi kalau fikir macam tu bagus jugak tu.=)
Tak drive pun, sebab malas pastu jauh, ayah saya x bagi.
Post a Comment