Saturday, July 25, 2009

Mencari yang halal



Assalamualaikum..

Satu persoalan sentiasa bermain di minda saya bila ingin membeli sesuatu barangan. Halal x ni? Lebih2 lagi produk makanan yang sangat sukar untuk dipastikan kehalalannya, jika kita tak tahu kandungannya.Terdapat banyak jenis logo halal dari pelbagai negara, tapi betul ke barangan ni betul2 halal? Saya tak pasti dan saya tak tahu. Sebab saya bukanlah seorang pakar makanan atau ahli kimia. Saya rasa sangat tidak selamat untuk mengguna pakai apa2 sahaja yg tiada langsung logo halal atau logo lain selain Jakim. Saya sangat bimbang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


" Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ).

Dan juga,

“Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Abbas).

Memang, barang2 yang menggunakan logo lain dan tidak mempunyai logo langsung, mungkin saja halal, tapi mungkin juga tidak. Sebab itu saya kata saya tidak tahu. Lainlah jika anda benar2 pasti dan yakin bahan yg dgunakan itu benar2 bebas dari segala bahan yg haram digunakan. Tapi bagi saya yg tidak mempunyai cukup ilmu tentang bahan2 yg digunakan ini, cukuplah kalau saya bergantung dengan Jakim dengan harapan Jakim dapat menjaga kebajikan org islam dgn sebaik2nya. Sekurang2nya saya rasa sedikit yakin ada org Islam yg lebih arif tentang bahan2 yg diguna pakai dlm produk2 dan dijamin halal.

"The United Nations has cited Malaysia as the best example in the world in terms of rationalization for the labeling of Halal food when the Codex Alimentarius Commission adopted the Codex general guidelines for the use of the term Halal in Geneva in 1997. Malaysia's active role in the Organization of the Islamic Conference (OIC) and position as the home of the Islamic Financial Services Board (IFSB) further enhance the country's standing as the market leader in the provisioning of halal products and services throughout the world."

(sumber:HDC )

Tapi banyak juga persoalan yg timbul tentang status logo halal Jakim. Ada yg berkata logo itu mudah ditiru dan diciplak oleh mana2 peniaga x bertanggungjawab. Keyakinan saya tergugat lagi. Namun x lama sebab saya dapat tahu kita boleh menyemak status barang halal yg dikeluarkan Jakim; sama ada benar atau tidak sesuatu produk itu menerima logo Jakim, atau sekadar diphotokopi. Cara yang mudah, layari laman web www.halal.gov.my dan semak bar code barangan tersebut. Tak perlu lagi kita mendengar "org tu kata brg ni halal..", "abang saya kata yg ni x boleh mkn",dan pelbagai lagi cakap2 org. Semak sendiri, yakinlah dgn mata anda. Kita juga boleh menyemak status syarikat yg agak popular seperti chicken rice shop, secret recipe, pizza hut dan lain2, sama ada mereka benar2 mendapat logo halal Jakim atau tidak. Klik link di bawah utk menyemak bar code barangan anda.


Namun jika kebetulan anda sedang berada di pasaraya, dan anda was2 sama ada benar2 produk itu menggunakan halal Jakim, ada cara yang lebih mudah dan popular dewasa ini, iaitu SMS.

Rujuk di sini utk keterangan lanjut:

Tapi jangan terlalu bimbang jika pada produk makanan itu terdapat halal dari badan2 islam luar negara. Mereka juga ada badan2 yg melindungi umat islam di negara masing2. Ternyata Jakim ada mengiktiraf beberapa badan islam yang diyakini Jakim selamat dan halal digunakan oleh orang Islam. Badan2 Islam yang diiktiraf ini diguna pakai utk produk2 luar yg dibawa masuk atau diimport dari luar negara.. Untuk pengetahuan semua, Jakim hanya memberi logo halal kepada produk2 tempatan sahaja. Jadi produk yg diimport haruslah mempunyai logo halal dari negara masing2, dan logo halal mereka haruslah diiktiraf oleh Jakim utk keselamatan umat islam tentunya. Saya berikan sedikit panduan di sini utk mengenal pasti badan2 islam yg telah diiktiraf oleh Jakim.



-halal yg sering dijumpai-diiktiraf jakim-

Sedikit peringatan, pengiktirafan Jakim ini bertarikh 7 january 2008. Mungkin ada pertambahan badan2 Islam yg diiktiraf oleh Jakim dari tempoh masa itu sehingga ke hari ini. Jika ada yg mengetahui maklumat baru, bolehla berkongsi di sini.

Teringat kes ubat gigi colgate yang pada awalnya tidak mendapat logo halal Jakim kerana ia produk yg diimport. Namun akibat persaingan yg kuat dari syarikat tempatan yang ada logo halal Jakim, colgate berhempas pulas ingin mendapatkan logo halal tersebut kerana ramai pengguna terdiri dari org Islam yang mencari produk yg halal. Akhirnya colgate berjaya mendapatkan logo halal Jakim dan membuktikan dirinya halal utk digunakan. *Kagum. Namun saya lebih kagum, bagaimana sebuah syarikat yg besar seperti colgate terpaksa akur dengan kehendak pengguna Islam di negara ini yg lebih yakin dgn logo halal Jakim. Ternyata saya bukan bersendirian dalam mencari yang halal, alhamdulillah. Teringat trademark Ubat gigi halagel, "mencari yg halal itu wajib bagi umat islam".

Saya harap sedikt sebanyak tergerak hati anda utk lebih sensitif dengan isu halal haram ini. Jakim sendiri sangat sibuk utk menjaga kebajikan umat islam, mengapa anda ingin mengabaikan kebajikan diri sendiri? Ada hadis mengatakan jika kita makan makanan yg haram, maka doa kita tidak akan dimakbulkan:

“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?” ( Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi ).

"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya" ( Hadith Riwayat Ibnu Abbas ).

Sayangilah diri anda.

No comments: