*Pesanan buat kaum adam, entry ini bukan hanya utk kaum hawa semata2.Lihatlah sekeliling, jika ada sahabat, kakak, adik perempuan mahupun ibu anda, adalah mnjadi tanggungjawab anda utk menasihati dan mengubah mrk ke arah yg lbih baik..Berpesan2lah ke arah kebenaran.'Amal ma'ruf Nahi Munkar'
Entry kali ini adalah brkenaan T-shirt muslimah yg mndpt sambutan hangat di kalangn mereka yg ingin sekali-sekala lari dari imej berjubah dan berbaju kurung, namun masih lagi menutup aurat dan selesa utk bergerak.Berbeza dari dulu di mana T-shirt labuh hanya mempunyai warna2 yg suram dan design yg sterotaip, peminat T-shirt labuh kini mempunyai banyak pilihan sama ada dari segi designnya yg unik atau juga warnanya yg ceria..Saya ada menyenaraikan beberapa link di dlm blog ini utk memudahkan sahabat melihat dan memilih..Jangan terkejut jika baju yg menutup aurat ini lebih cantik dilihat berbanding baju yg terdedah!
Sila click pada Muslimah Collection dan AMK collection di bahagian link di sebelah utk kepelbagaian pilihan.
Siapa kata muslimah tdk boleh brgaya, namun biarlah pemilihan itu sesuai dgn title muslimah itu sendiri..Tidak slh bergaya namun pastikan pakaian yg dipakai itu menepati apa yg diajar oleh Islam..Baju haruslah tidak mengikut potongan badan dan juga tidak jarang.Pemilihan tudung yg sesuai juga haruslah dititik beratkan, terutamanya pemilihan tudung bawal yg kebnyakannya jarang..
Saya sendiri mmkai tdung bawal bidang 60" & 55", tapi apa yg menyedihkan sy ialah walaupun ianya bidang besar tapi msh lagi jarang..Sebagai seorang pembeli ternyata bukanlah dalam bidang kuasa kita utk meminta pengeluar itu supaya membuat tudung yg tidak jarang, namun sbg seorg muslimah kita harus bijak mncari jalan penyelesaiannya agar apa yg dipakai masih menepati syariat Islam itu sendiri.Alternatif lainnya adalah dgn memakai selapis lagi anak tdung kecil (nipis sahaja) di bahagian dlm tdung agar dapat melindungi bentuk leher..Mungkin cara ini kurang popular tetapi tudung kecil ini sudah semakin diguna pakai di tempat saya..Mungkin selepas ini dengan kesedaran yg ada, sahabat semua dpt mempratikkan cara ini demi melindungi diri kita sendiri khususnya..Kadang2 sy jd malu sdiri melihat wanita memakai tudung tetapi dapat dilihat dgn jelas scarf/serkup di dalamnya..Sekali imbas seolah2 hanya scarf/serkup shj yg dipakai krn tudung itu sudah hilang fungsinya..!*mungkin belum ada kesedaran atau tiada cara utk mengelakkannya.Sekarang tiada alasan lagi.=)
Mungkin ada yg tertanya2 bagaimana keadaan anak tudung yg disebut2 td.Di sini sy sertakan contohnya:
[lebih kurang 40.5cm x 45cm]
Jika sukar untuk mendapatkan anak tudung seperti yang dinyatakn di atas, bolehla informkan pd sy krn sy akui agak sukar mencari anak tudung ini di luar, terutamanya jenis kain yg selesa dan tidak mengganggu tugas seharian..Sy sendiri menempah anak tudung ini krn ada jenis kain yang apabila dipakai melekat pada tudung kita, amatlah tidak selesa..Bukanlah niat sy utk mempromote apatah lagi berbisnes di blog ini, tapi sy ikhlas memberi sedikit panduan agar dimudahkan segala urusan kita.Mana tahu ada yg punya keinginan utk berubah(dari segi pemakaian), tapi agak sukar krn susah mndapatkan pakaian yg sesuai ataupun trpaksa mengikut arus semasa..Maksud sy mungkin bagi pemakai tudung bawal, agak membazir utk membeli tudung lain sdgkan tudung yg sedia ada sdh bertimbun2..Jadi adalah lebih baik kita menggunakan apa yg ada tapi cuba ubah cara memakainya..Ingatlah, aurat bagi seorang perempuan itu haram didedahkan kecuali muka dan tapak tangan..Hanya kita yg dapat memilih apa yg trbaik utk diri kita..Selamat membuat pilihan!
No comments:
Post a Comment