Thursday, June 25, 2009

Muhasabah


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, exam telah berakhir dan saat ini saya sudah selamat berada di rumah, alhamdulillah syukurnya..tadi berkesempatan pulang ke kampung melawat nenek, ibu saudara dan sepupu2 yang comel..Seronoknya pulang ke kampung, paling tak dapat dilupakan hidangan wajib Mak Teh, sambal belacan. Ah,bestnya.Berselera betul di kampung, suasananya takkan sama..betul2 sangat seronok walaupun hanya seketika..Terkedu sebentar mendengar soalan sepupu comel,Sofea yang lebih manja dgn panggilan 'Ya' (atau masa dulu org suka panggil soya)..

Sofea: Kak Jie, boleh x..?
Saya: Boleh ape?
Sofea: Boleh x tidur kat sini?
Saya: Oh..(terkedu)

Bukan saya tidak mahu berada lebih lama di kampung, tapi saya ada urusan lain di k.trg..Malah saya belum pun lagi sempat memasak di rumah utk penghuni rumah saya..Macam2 resepi ingin dicuba, tapi semuanya bergantung pada tahap kerajinanla kan..hehe..

Mak Teh pun brtanyakan soalan yang serupa dengan 'Ya' bila tahu saya sedang bercuti..Rasa agak terkilan sebab tak dapat memenuhi permintaan semua. Baru saya sedar hidup ni bukannya utk diri sendiri sahaja, masih banyak perkara yang perlu kita lakukan utk banyak pihak. Betul, kita akan gembira bila orang lain gembira kerana kita.

Terfikir2 apakah yang telah saya lakukan untuk insan di sekeliling..Apakah saya telah berbuat sesuatu yang mampu menggembirakan abah, adakah saya sering bertanyakan khabar abang2 dan kakak2, dan apakah saya sering menelefon saudara mara utk mengeratkan ukhuwah yang mungkin agak renggang lantaran tinggal berjauhan? Juga kepada sahabat2 dulu dan sekarang, apakah saya telah menjadi seorang sahabat yang baik dan mampu mengajak semua ke arah kebaikan?Paling penting, apakah sumbangan saya terhadap Islam?

Saya mungkin tidak mampu utk berada di barisan hadapan, tapi juga tidak mahu ketinggalan di barisan belakang..Jika dihitung, waktu yang ada tidak akan prnah cukup untuk saya melakukan semuanya sekaligus, tapi lebih baik berusaha menjadi lebih baik daripada hanya biarkan masa berlalu begitu sahaja..Peringatan utk diri sendiri tentunya.


-Si comel SoYa-


1 comment:

firdausi said...

memang sedap pun sambal belacan makteh.. kalau di makan bersama ngan ikan singgan,,fuh..abg zan suka ngat makan nasik sambal belacan...