Tuesday, June 2, 2009

Stadium Terbuka Gong Badak Runtuh!


Satu email yg diterima hari ini agak memeranjatkan..Stadium Terbuka di Terengganu yg baru siap telah runtuh.Berikut adalah antara petikan email yg diterima:

"Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan. 

Difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) ."





Semoga kejadian ini dapat memberi pengajaran buat mereka yg mahu berfikir.Wallahu'alam.

*Memandangkan sy tiada di tempat kejadian, kredit gambar buat CtKay's.

2 comments:

nafiiz said...

kena wat correction jie.
bukan stadium.

roof stadium.
partial.

mawaddah aisya said...

Oh, kesilapan teknikal dari pihak yg mghantar email..baiklah pembaca, bukan stadium ye, hanya bumbung stadium..Tapi asasnya tetap sma,tetap runtuh..~

minta maaf semua.belum layak jadi wartawan.(^,~)
maklumat lanjut sila lihat di sini:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/2/mstar_berita/20090602182712&sec=mstar_berita