..Michael Jakson @ Mikaeel..
Assalamualaikum..Sudah lama tidak meng'update blog ini..Mungkin agak kekeringan idea ditambah pula dengan kesuntukan masa. Namun bukan bermakna saya terus menghilang..=D.
Ketika membelek2 berita online,tiba2 trjumpa satu artikel tentang michael jackson, tajuknya lebih kurang macam ni; "Michael Jackson baca al-Quran setiap hari."Saya bukanlah peminat Michael Jackson,apatah lagi pendengar setia lagu2nya,namun mendengar berita pengislaman beliau sangat mengharukan saya.
Mungkin cerita Michael Jackson memeluk Islam adalah cerita lama, kira-kira 7 bulan yg lalu (pada November 2008). Namun kisahnya cukup hebat, di mana kita lihat seorang raja pop berpengaruh, yang hidupnya penuh kontroversi sama ada dari segi penampilan ataupun kehidupannya yg misteri, akhirnya terbuka hati menerima hidayah Allah..Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam.Subhanallah!Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha penyayang..Siapa dapat menyangka hidayah Allah itu muncul buat seseoarang seperti Michael Jackson.
Melihat wajahnya yang berubah2 kerana pembedahan plastik agak menakutkn saya..Jika dihitung, betapa banyaknya dosa2 yg dilakukan beliau sebelum memeluk Islam kerana mengubah ciptaan Allah,dan dosa2 lainnya yg tidak kita ketahui..Namun hidayah itu milik Allah.Dialah yang memberi hidayah itu buat hambaNya, sangat beruntung Michael Jackson dielamatkan Allah dari terus berada dalam kekafirannya..Subhanallah, saya x dapat berhenti dari merasa takjub. Siapa tahu selepas keislamannya beliau menjadi lebih baik dari segelintir umat Islam yang hanya Islam pada nama. Mungkin benar, hanya orang yg pernah melakukan dosa akan berasa peritnya hidup bergelumang dgn dosa, lantas apabila diberi hidayah mereka akan jadi lebih baik dari org yg sedia ada baik..Semoga Michael jackson terus mendapat rahmat Allah dan istiqamah dgnnya..
Michael Jackson mungkin sudah bertemu dgn kehidupan sebenarnya, namun kita umat Islam jangan terlalu lalai..Kita langsung tidak layak utk menilai orang lain kerana hidayah itu milik Allah..Hindari dari mengata dan memandang rendah orang lain, kerana mungkin sebenarnya hati mereka lebih suci apabila hidayah Allah sampai buat mereka..Daripada mengutuk dan mengumpat, lebih baik kita mendoakan mereka..tukarkan dosa kpd pahala kerana jika kita mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya, malaikat juga akan mendoakn perkara yg sama buat kita..Hati cepat berbolak balik, iman cepat turun dan naik..Hanya Allah mengetahui segala2nya, pohonlah kepada Allah agar iman dipelihara dalam zaman yg mencabar ini..Hanya sebagai peringatan buat diri sendiri juga kepada pembaca sekalian.
Untuk melihat gambar2 Michael Jackson sejak zaman mudanya, bolehla click di sini:
Semoga kita sama2 mengambil sedikit iktibar dari kisah raja pop ini, dan jangan sekali2 putus asa terhadap rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment