Saturday, June 20, 2009

Rezeki

Assalamualaikum..

Hari ni cafe tutup, kedua2 cafe yg berdekatan tutup..xtahu knp. mungkin musim org kahwin, dan mungkin mak cik cafe tu pergi jamuan kahwin..Entah, tak dapat dipastikan. tapi alhamdulillah, rezeki ttp ade..Asmaa' ajak kami berempat menghadiri majlis perkahwinan kawan kepada kakaknya di taman melewar..Kakak asmaa' ni belajar di new zealand, so asmaa' jadi wakil. Alhamdulillah, dapat makan free. ada hikmahnya cafe tutup.=)

Sebenarnya, kami sangatlah lega dan syukur kerana berjaya menyiapkan projek selama 3 hari 3 malam pada minggu lepas..Setelah berhempas pulas bersengkang mata dan mengadap laptop mencari bahan, alhamdulillah projek berjaya disiapkan walaupun present agak lewat dan terpaksa buat balik sebab ada sedikit masalah. Sir nampaknya memahami. Tak dapat digambarkan perasaan syukur setelah berjaya mengharungi waktu2 yg sukar, dan dibalas dengan kegembiraan..Alhamdulillah, semuanya dgn izin Allah jua yg mengetahui segala2nya.

Petang selepas presentation itu, kami berlima mencuri sedikit kesempatan untuk bertandang ke rumah rai yang x pernah lagi dikunjungi sejak rai berpindah ke sini. Kami plan untuk membuat aiskrim yg macam dekat supermarket tu, idea huda sebenarnya yg ada pengalaman membuatnya..bahan2 nya simple shj, jadi sebelum ke rumah rai, kami singgah sebentar di Giant utk membeli bahan2 yg diperlukan..sambil2 shopping, teringat pada triffle yg biasa dibuat..Oh, alang2 ada dapur, buatlah triffle sekali..Asmaa' pun menjadi mangsanya sebab triffle asmaa' lagi lagi menjadi dari sy punya.(sebenarnya sbb dapur lambat masa tu, sbb tu ambik masa smpai 3 jam buat, ingat lagi waktu bawa pergi berkelah dekat dgn masjid terapung dgn kawan2 shams~siapa yg berkenaan tentu ingat..=))..

Sampai di rumah rai, mak rai menjamu kami dengan mee bandung..alhamdulillah, murah rezeki kami..setelah kenyang menjamu selera dan makan anggur yg dibeli tdi, kami pn menyerang dapur rumah rai, menyiapkn aiskrim vanila dan triffle..meriah sekali suasana, inilah pertama kali kami berlima berkongsi dapur.oh, sangat seronok. Terciptalah satu kenangan yang tentu sekali menjadi memori indah kami berlima..terasa betapa indahnya ukhuwah jika disemai dengan kasih sayang. Ya Allah peliharalah persahabatn kami ini dijalanMu..kurniakan kami kekuatan agar ukhuwah ini berkekalan dan mendapat keredhaanMu..

Sampai lewat malam kami masih lagi menyiapkan resepi itu..Xpelah, bukan selalu. Sekejap je sebenarnya, tapi masing2 sibuk berceloteh..kami tidur lewat, dan bangun awl keesokannya. sarapan pagi: nasi lemak. Betul2 murah rezeki, alhamdulillah.terima kasih mak rai yang menyediakn semua ini. semoga murah rezeki tuan rumah juga.=)

Okay, aiskrim belum siap. Aiskrim ni kna tnggu lama sikit, sbelum keras betul2..Tapi triffle dah siap..bestnye. awal2 pagi dah mkn triffle..memang ternak lemak la kami di sini.hehe..tapi puas hatinya dapat makan triffle. Ingat nak msukkan gambar, tapi wayar tertinggal kat mana entah. lain kali ye. Oklah, seterusnya adalah persiapan untuk exam.hemm..Perlu study hard and study smart. Doakan kejayaan kami.Lepas exam paling best, balik kampung, yeay!Banyak resepi yang ingin dicuba, semoga kerajinan menjadi milik saya.=)

No comments: