Assalamualaikum..
Ramadhan hampir tiba. lebih kurang 3 jam lagi di sni. Terasa belum cukup persiapan, masih banyak kekurangan. Bimbang, bimbang jika Ramadhan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Terasa cepat waktu berlalu. Seakan baru semalam Ramadhan lalu meninggalkan kenangan. Kini Ramadhan kembali untuk memberi peluang kepada yang masih hidup beramal ibadat, selagi masih ada masa dan kesempatan. Tiada jaminan untuk sampai kepada Ramadhan seterusnya, lantas manfaatkan Ramadhan ini sebaiknya.
Dalam kegembiraan menyambut ramadhan, masih ada yg terleka. Yang menganggap bulan mulia ini sama serupa dengan bulan2 lain. Cuma bulan ini diwajibkan berpuasa, dan ada sesi sahur dan berbuka yg seringkali ditunggu2. lepas itu ada bazaar ramadhan yang penuh dengan orang dan juga ada moreh selepas tarawikh. Semua makanan. Dan saya yakin masih ada yg gembira dgn kedatangan Ramadhan hanya kerana ini semua, bukan kerana kemuliaan bulan itu sendiri.~MUNGKIN mereka tidak tahu kelebihan Ramadhan. Mungkin. Kalau mereka tahu hadis ini, pasti mereka akan tukar fikiran sebab saya yakin tiada manusia yg sempurna.
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Ramadhan adalah bulan penyucian dosa. Juga titik tolak untuk melakukan perubahan. Perubahan yang mungkin selama ini tertangguh. Apabila Ramadhan berakhir, orang yang beramal soleh sepanjang Ramadhan seolah2 dilahirkan semula, suci seperti bayi baru lahir. Jadi dapat mulakan hidup yang baru dengan hati yang dah suci bersih, dan segala kebaikan lebih mudah mengambil tempat di dalam hati. Bukan seperti berazam pada sambutan tahun baru, berazam utk berubah tapi sangat sukar kerana hati masih kotor. Hati yang kotor kerana sering melakukan maksiat sama ada dengan perbuatan, atau sekadar medengar atau melihat. Hati yang kotor tentu sekali sukar menerima cahaya. Jadi saya yakin perubahan di bulan Ramadhan lebih mudah dan insya Allah lebih mudah untuk istiqamah dgn azam yg kuat. Percayalah.
Mereka yang masih belum mengerti nikmat kedatangan Ramadha juga perlu tahu hadis ini:
"Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya"
Berpuasa bukan dengan niat supaya org tidak mengata, ataupun dgn niat nanti berbuka nak makan sedap2. Berpuasa kerana Allah, dan melakukan amal2 kebaikan hanya kerana Allah. Bukan kerana nak orang lihat kita ini bagus dan nnti lebih mudah untuk pikat hati mak mertua. Bukan itu. Sekarang ikhlaskan hati dan renung dosa2 yg dah dilakukan. Dan berazam untuk berubah dan minta Allah teguhkan hati dgn perubahan ini.
"Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun"
Lihat, antara nikmat berpuasa. Tapi perlu diiringi dgn akhlak yg baik. jika dahulu suka mengumpat, berazamlah untuk tidak mengumpat walaupun sekadar bergossip tentang artis2 yg sering melakukan kontroversi. Ingat, mereka juga manusia, jika kita mengata belakang masih dikira mengumpat. Berhati2. Jika dahulu suka buruk sangka, sekarang berazamlah utk berbaik sangka. Dan segala macam perkara yang dahulu tidak baik, kita berazamlah untuk menjadi baik.
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa"
Jadi di sini, Ramadhan itu lebih dari sekadar bersahur berpuasa dan berbuka. Ini bulan kita mengumpul pahala dan di bulan ini juga setiap ibadat yg dilakukan diberi ganjaran berkali2 ganda dari bulan2 biasa. Rugi jika lepaskan peluang ini. Di kesempatan ini, saya dengan peribadinya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua yang pernah mengenali saya, tidak kira apa kesalahan yg pernah saya lakukan. Mungkin ada silap salah saya yang telah mengguris hati sesiapa, sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.
Salam Ramadhan dan selamat beribadat.
No comments:
Post a Comment