Assalamualaikum..
Ada beberapa peristiwa yang berlaku, sama ada di alam nyata atau di alam maya. Satu melibatkan saya, satu lagi melibatkan kawan kepada kawan saya. Boleh dijadikan pengajaran Insya Allah.
Okay saya mulakan dengan di alam nyata. Semalam pergi kelas sudah lewat, iaitu 10 minit sebelum kelas pukul 3.30. Tapi saya sedar parking mungkin sudah tidak ada memandangkan waktu petang begini memang ramai orang yg suka parking kereta sampai parking motor pun habis semua org sapu. Saya dah baca ya Razaq dari awal, dan alhamdulillah ada tempat kosong. Lepas sy pusing je nak pergi masuk parking, tiba2 ada org cina mana ntah yg masuk dulu. Ok, bersangka baik, dia nak pergi klinik uia check gigi sakit. Dan alhamdulillah ada lagi satu tempat kosong di tempat yg strategik sangat- dekat dengan tong sampah besar. Saya rela memandangkan kami dah lewat dan ni je satu2nya tempat kosong yg ada. Alhamdulillah selamat. kalau tidak mungkin kena parking di bangunan human sciene yg sgt jauh dan belum tentu ada parking jgk. Tempat parking ni sempit, kiri kanan penuh kereta mcm kita msuk lorong nak ke hujung lorong tu. Kemudain kami bergegas ke kelas.
Balik kelas, ada satu kejadian berlaku. Bila saya cuba undur jumbo(kereta sy) ke belakang sebab depan x muat ruang nak pusing kereta, dan ditambah lagi ada lagi satu kereta depan saya yg jgk nak keluar yg membuatkan saya agak panik, dgn tergesa2nya saya tergesel kereta org yg di tepi itu. oh.saya panik. Kesian jumbo. Saya undur lagi dengan berhati2 sbb jarak kereta 2 mgkin hnya satu inci dari kereta saya. Bila selamat keluar dari lorong berbahaya itu, kami tergamam x tahu nak buat apa. Kereta tu xlah teruk sangat, tapi ada kesan calar berjalur2. Saya x sampai hati nak melarikan diri seolah2 saya dah buat jenayah, padahal saya betul x sengaja. lama kami berbincang, dan kata putus dicapai. kami nak tinggalkan surat cinta, untuk minta maaf. Dan siap tinggalkn phone no sy in case orang tu nak buat tuntutan ganti rugi. Huhu. Saya rasa excited pulak, sebab tak tahu pernah dibuat org ke x. Siap ambil gambar calar kat kereta tu, sebagai bukti kalau ade org tuduh kt court nnti. hehe sampai ke situ kami berfikir. Walaupun saya nampak excited dan happy je, tapi bila minum air dalam thumbler, terketar2 jgk tgn saya. asmaa' perasan kot. Tapi itulah, benda dah nak jadi, dan dah ditakdirkan utk jadi. Jadi saya fikir positif je, adalah hikmahnya. Smpai sekarang sya belum menerima apa2 panggilan tuntutan ganti rugi, jadi saya fikir mungkin org tu dah sejuk hati sebab saya dah minta maaf awal2. Itulah, kalau kita berbahasa, hati yg sakit pn boleh jadi lembut. Dan dahulukan bersangka baik, hati kita xkan cepat sakit kalau ada org buat salah kat kita. Ini untuk pemilik kereta itu.=)
Saya rasa x sempat nak cerita yg di alam maya itu, perlu bersiap ke kelas. Jadi sambung pada next entry sahaja.
Semoga saya lebih2 berhati2 lepas ini, jumbo dah sakit teruk di bawah jagaan saya. Kasihan jumbo.
No comments:
Post a Comment