Friday, August 14, 2009

Warna kehidupan


Assalamualaikum..

Seronoknya di rumah sendiri. Sangat seronok..Baiti jannati. Bukan cuti disebabkan H1N1, tapi cuti sendiri akibat kelas hari sabtu cancel. Memang menanti2 dan nampknya madam sangat memahami.Terharunya madam.(nak tunggu uia cuti sangatla seksa).

Dan semalam first time dalam hidup tertinggal bas. Tiket pukul 10, kami sampai di stesen greenwood hampir pukul 11..Kesilapan teknikal sebenarnya. Kesilapan melihat waktu bas bertolak. Dan ditakdirkan Asmaa hanya tergerak hati melihat tiket itu dalam perjalanan ke stesen. Pukul 10! dan waktu itu jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.50. Sangatlah jauh perbezaan masa. Saya sangat bertawakal waktu tu, saya dengan penuh harapan, berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Rabbi yassir wa la tuassir. Kan sebaik2 tempat meminta pertolongan adalah kepada Allah? Saya yakin dengan Allah.

Sampai di sana, memang lengang. Asmaa' kelihatan sangat tegang dan tension sedangkan saya tenang2 macam biasa. Ya, tension, sakit kepala, semua tu x dpt mengubah keadaan. Saya sangat positif, Allah lebih mengetahui rencanaNya. Dan alhamdulillah, ada seorang abang yg baik hati membantu kami menelefon stesen bas putra (stesen utama), dan minta no telefon driver bas itu. Dia siap tolong call driver bas tersebut, tapi x diangkat. Tiba2 ada sebuah bas syarikat lain iaitu sp bumi muncul. Lama bas tu berhenti menunggu entah siapa. Sejam lebih kami di situ, akhirnya membuat keputusan utk naik bas sp bumi. Kebetulan ada tempat kosong. Mungkin perlu bayar lain. Tapi hanya ini pilihan yg ada, dan kami pasrah. Dan Allah itu maha penyayang. Dikhabarkan kami tak perlu membayar harga tiket utk bas ini, perkara yg jarang berlaku. Sangat terharu dan sangat gembira. Alhamdulillah. Pertolongan Allah datang waktu kami memerlukan.

Subhanallah, saya rasa rancangan Allah sangat cantik. Bermula dengan silap tgk waktu pada tiket bas-sempat ke kelas-tertinggal bas-abg baik hati muncul-bas lain muncul-bas menunggu lama(x tahu tunggu siapa)-ada tempat kosong-naik bas tersebut-x perlu bayar-bas sangat selesa-sampai terengganu-sampai rumah. Saya sangat bersyukur. Mungkin ada hikmahnya. Dengan kesilapan itu, kami sempat ke kelas tutorial, jika tahu pukul 10 mungkin sudah ponteng sebab kelas itu hbs pukul 10. Dan kami dapat merasa naik bas yang x pernah dnaiki, hingga asmaa' sendiri yang memang pengguna utama bas pun x pernah naik bas sp bumi. Boleh tahan seronok. Dan pengajaran yg penting, pastikan tiket bas yang dibeli betul segala maklumatnya.

Ternyata sangat banyak hikmahnya. Semua ini asam garam hidup, dan inilah yang mewarna-warnikan hidup saya. Abah sendiri suka saya mencari pengalaman kerana itu semua mengajar saya kehidupan. Dulu saya tak pernah menghadapi ini semua kerana saya x pernah keluar dari kepompong sendiri, namun saya bersyukur perkara2 yang muncul berjaya mematangkan diri saya. Saya sangat bersyukur mempunyai sahabat2 yang membentuk dan mengawal saya dari terkena tempias arus kemodenan dan saya sangat bersyukur pengalaman2 ini memberi saya seribu satu pengajaran yang hanya saya yang mengetahuinya. Semua ini proses menuju kematangan dan kedewasaan, semoga segala ujian yang datang selepas ini terus mendewasakan saya.

-Bersama Sir Kadhum-
Bersama mereka saya tega mencari pengalaman

2 comments:

Jackster® said...

sabtu pn kelas ?

mawaddah aisya said...

ha'a, kelas parenting utk aktiviti ko-korikulum, ada credit dlm cgpa jgk. Attendance diambil kira, sekali x pergi hilang 3%. Sayang kalau tinggal.