Wednesday, August 5, 2009

Azam

Assalamualaikum..

Perjalanan hidup masih seperti biasa. Universiti2 dan kolej2 masih aktif memberi cuti rehat kepada pelajar2nya, bimbang virus h1n1 tersebar meluas. Di tempat saya masih begini. Masih seperti biasa walaupun bilangan yang positif meningkat hari ke hari. Persoalan yg bermain di minda ramai orang: bila uia nak tutup?

Klinik uia x pernah surut dengan pesakit. Sekarang bila batuk je terus dapat MC 3 hari walaupun x demam. Bimbang virus tersebar, tapi masih x isytiharkan apa2. Mungkin bilangan yg positif tidak ramai, tapi x mungkin uia ingin tunggu ada yg terkorban baru nak isytiharkan. Entahla. Banyak khabar angin yg tersebar:

1- Setakat ni dah 13 org positif
2- Budak2 sekolah yg datang buat lawatan ke sini, bila pulang terus positif h1ni. 5 org pulak tu. Biar betul.
3- Rektor nak tunggu bilangan yg positif smpai 50 org dlu, baru tutup. (ye ke? Ntahla.)

Khabar angin, angin kadang2 bertiup je bawa perkhabaran tu. Tak dapat dipastikan kesahihannya. Uia pasti ada sebabnya, namun sekurang2nya beritakan yg virus ni dh tersebar meluas di dlm kampus. Supaya semua org pakai topeng ninja. Sebab di mana2 je org demam. Batuk apatah lagi. Saya pun masih x surut batuknya. Semoga semua selamat dari virus ni.

Oklah, lupakan H1N1.Ramadhan lagi 15 hari. Perlu pada persiapan mental dan fizikal.
Paling penting persediaan rohani..Kadang2 hati perlu dididik, jiwa perlu diajar, dan badan perlu dipaksa untuk melakukan ibadat..Ramadhan bulan yg ditunggu2. X mahu terlepas merebut ganjaran yg disediakan.

Orang yang melakukan kejahatan kemudian dia bertaubat, lebih baik dari org yg lalai. Saya x mahu jadi org yg lalai..Antara persediaan awal menanti ramadhan:

1- Puasa setiap isnin dan khamis
2- Puasa pada 13, 14 dan 15 Sha'aban
3- Solat sunat sebelum dan selepas solat-min 6 rakaat setiap hari
4- Baca 1/2 juz setiap hari
5- Baca mathurat 2x sehari
6- Selawat 30x sehari
7- Zikir 50x sehari
8- Solat sunat dhuha 4 rakaat setiap hari
9- Qiam min 4 kali seminggu

Saya kena berdisiplin. Harus disiplin. Bukan mudah dengan kesibukan menuntut ilmu. Tapi difikir2 balik, hidup bukan utk semata2 belajar atau bkerja. Hidup utk mencari bekalan utk ke sana. Bekerja cari duit, tapi bila dh mati, duit tu x dapat pula menolong kita. Kesian pada diri kita sendiri.

Saya nak tampal perkara2 di atas ni kuat2 pada kepala sy guna gam gajah, supaya x tertanggal di tgh jalan. Kalau tertanggal mesti tertanggal dgn kulit sekali, msti sakit..mksudnya mesti iman sy pun sakit masa tu. Saya kena pastikan ia betul2 melekat dan sy perlu fikir tiap2 hari. Supaya kalau saya x buat, saya akan rasa bersalah pd diri sendiri. Hari ni x buat lagi tu, x buat lagi ni. Saya perlu ajar diri sy yg degil ni, yg selalu malas akibat ikut hasutan syaitan. Jangan malas lagi fatin!

Ya Allah kurniakanlah kekuatan padaku..Mari kita sama2 bermujahadah.

Ramadhan, i'm waiting for you.

No comments: