H1N1 dah menular ke universiti tempatan. Banyak universiti dah ditutup..Namun di tempat saya belum ada tanda2 itu. Cuma di sana sini kelihatan orang batuk2. klinik dah dipenuhi pesakit yang kebanyakannya mempunyai simptom yg sama, simptom yang ditakuti itu.
-Demam kuat melebihi 38 darjah celcius
-sakit tekak
-sakit kepala
-letih dan lesu
-sakit2 badan
-batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal
Dan saya juga. Alami simptom yang sama.
Minta dijauhi, insya Allah sekadar demam dan batuk yg biasa.
Semoga menjadi kifarah dosa, sebelum menjengah ramadhan yang bakal tiba sedikit masa saja lagi.
Sama2 muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment