Assalamualaikum..
Esok bakal diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar Shams siri-2 , dan saya diajak untuk menjadi facilitator kepada adik2 bakal pemimpin SHAMS. Awal2nya saya sangatlah excited untuk menyumbang tenaga untuk adik2, lebih2 lagi pada awalnya program dijadualkan pada 24-27 Jun 2009, betul2 pada tarikh saya mula bercuti. Namun atas sebab tertentu, program ditunda sehingga esok, 8-11 July 2009. Malangnya setelah tarikh ditunda, saya pula terpaksa menunda keterlibatan saya dalam program ini atas hal2 yang tak dapat dielakkan. Saya rasa agak terkilan sebab tahun lepas pun saya hanya bekerja belakang tabir kerana tak sempat balik semasa program dijalankan, tahun ini pula kerana satu sebab yang susah saya nak elakkan. Minta maaf ya kawan2.Insya Allah ada rezeki tahu hadapan pula.
Hari ni nak atau tak nak, saya terpaksa beri kata putus pada kawan saya tentang penglibatan saya dalam program ini. Dengan hati yang berat, saya menarik diri. Kerana saya fikir abang saya lebih perlukan saya saat ni. Dua anak kecil ~berusia 7 bulan dan setahun lebih, perlu dijaga sepanjang kakak ipar saya berkursus. Hanya akan pulang jumaat ini. Abang saya mungkin mampu menjaga kedua2nya dengan baik, namun ada waktu abang tidak menang tangan. Saya cuba menjadi ibu saudara yang baik, namun saya bukanlah yang terbaik..Kalau saya sendiri kepenatan melayan mereka, abang saya apatah lagi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya cumalah watak pembantu, sedang melalui proses pembelajaran untuk menjadi watak utama.=) Menuju kesempurnaan kata abah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…”
(Al-Kahfi :46)
“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”.
(Tafsir Ibu Kathir)
-Tengku Rayyan Akid-
-Tengku Amira Zahra-
Berlari2 di gigi air
Menuju kedewasaan
Anak2 saudara yg mengajar saya erti kesabaran..=p
Satu laporan di sini, setiap hari si kakak telah berusaha untuk mencungkil huruf2 pada keyboard laptop saya bila ada waktu terluang (sila rujuk gambar kedua). Hobi baru mungkin. Setelah sekian lama berusaha keras, beliau akhirnya berjaya membuktikan usaha itu tanda kejayaan. Misinya berjaya ketika saya meninggalkannya sebentar, hanya sebentar cuma. Tak sampai pun lima minit saya kira. Dan inilah akhirnya kejadian tragik yang menimpa laptop saya yang tidak bersalah. Canggih betul mainan budak2 zaman sekarang.
Kasihan kamu laptop, tuanmu gagal mempertahankan kamu dari tangan si budak comel.
Walau apapun, saya sangat seronok meluangkan masa bersama mereka. Untuk mira, auntie jie tak marah sebab mira kecik lagi. Lagipun dah lepas, marah pun mira x faham. Semua ni pinjaman je. Tapi bila Mira besar, bukalah blog ni dan lihat apa yang mira dah buat. Masa tu nak hadiahkan laptop mahal pun auntie x kisah.=p
Oklah semua, masih ada 3 hari untuk saya berusaha menjadi lebih baik. Semoga saya diberi ketenangan dan kesabaran juga ketabahan berterusan..Doakan saya. Mahu jadi lebih baik setiap hari,insya Allah.=)
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal iu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu idak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)
*Sekadar coretan
No comments:
Post a Comment