Aku di mana..
Saat anak2 palestine mendengar bunyi deruan jet pejuang,
aku di sini mendengar lagu2 yg melalaikan
Di saat mereka melihat ayah2 mereka gugur di medan perang
Aku di sini menonton cerita korea dan cerita perang tanpa perasaan
Di saat mereka berlarian mendapatkan sesuap roti
aku di sini menjamu selera dgn makanan yang berlebihan
Siapalah aku berbanding mereka
Aku baru diuji dengan peperiksaan
sedangkan mereka diuji dengan jet pejuang
Aku disini sibuk mencari pakaian raya
mereka di sana hanya berpakaian tampalan
Aku sibuk bermain games yg melalaikan
mereka sibuk berlatih menggunakan senjata utk berjuang
Lantas di mana aku.
Ujian aku tidak sehebat mereka
Lantas di mana tempatku
tiada yg menjamin pahalaku seperti mereka
Dan aku terus lalai
sedangkan mereka terus tega menambah pahala
Jadi di mana tempatku
Cukup sudah kelalaian itu
aku tidak mahu kelalaian itu
terus menambahkan dosa2 yg sedia ada
aku tidak mahu.
No comments:
Post a Comment