Thursday, December 3, 2009

Sebuah ujian~untuk yang bergelar manusia


Assalamualaikum..

Bila ujian itu hadir, itu tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Kita takkan rasa kesakitan itu bila kita tak alaminya. Kasihan nenek sebelah mak saya, dia dimasukkan ke hospital kerana kakinya terkena infection,sekarang menunggu masa untuk dipotong. Nenek saya ni yang dipanggil tok, tak sedar pun beliau berada di hospital, beliau anggap beliau berada di rumah saya, dan doktor yang datang ke rumah untuk pemeriksaan. Sebabnya mata beliau dah tak nampak, namun alhamdulillah ingatan beliau masih sangat kuat, masih kenal cucu cicitnya ini. Saya terharu jugak, saya cuba selami kepedihannya namun takkan sama.

Masih saya ingat, tok selalu kata, tok dah tua, tapi anak2 tok yang pergi dulu..dah 2 orang anaknya pergi menghadap Ilahi, namun tok masih juga terlantar sakit kerana strok. Pasti sedih dan penat, terbaring bertahun2. Alhamdulillah anak2 tok yang lain masih menjaga tok sebaiknya, dan cucu cicit pun masih tak lupakan tok. Cuba sama2 kita bayangkan berada di tempat tok saya, nak bangun x boleh, nak makan kena suap, anak2 pun bukan 24 jam berada di sisi. Sunyi, bosan dan mungkin tertekan juga. Bertahun2 begitu dengan keadaan yang sama, pasti sangat sedih namun Allah saja yang tahu mengapa ujian ini diberikan kepada hambaNya. Semoga tok berada di kalangan orang2 yang terpilih, amiiin.

Perasaan bersyukur dan kagum meyelinap ke dalam hati melihat ibu saudara saya begitu sabar melayan kerenah tok. Seorang anak yang baik takkan sanggup melihat ibunya terseksa. Lalu saya terfikir, suatu hari nanti, anak yang bagaimanakah yang akan menjaga saya bila tua. Bagaimana didikan yang harus diberikan agar anak2 akan menghargai kasih sayang yang diberikan dan menjadi manusia berguna, bukan yang lupa diri.. Saya bersyukur kini dapat mengawal diri sendiri dari terjebak dengan masalah sosial, namun suatu hari nanti anak2 saya adalah satu individu yang lain. Yang tak dapat dikawal secara fizikal, yang tak dapat diawasi dengan mata kasar. Yang mungkin di depan saya pijak semut pun x mati, tapi di belakang saya pijak semut dengan sarang-sarangnya sekali.

Teringat pada cerita PAPADOM yang menunjukkan seorang ayah terlalu bimbang dengan anaknya sampai sanggup mengikuti anaknya ke mana saja anaknya pergi. Sampai anaknya berasa dikongkong, lalu orang yang rasa terkongkong ini lebih bahaya kerana mereka mudah memberontak. Lalu kasih sayang yang ditunjukkan ayahnya itu mungkin tak dihargai malah anaknya menjadi lebih liar. Lantas saya terfikir, tak guna terlalu mengongkong anak, mengikutinya 24 jam sampai tak anak tak boleh bernafas. Kalau saya sendiri pun pasti akan rimas. Ada cara lain yang pasti berkesan, dan ibu bapa pun insya Allah boleh percayakan anak2 mereka untuk lepas bebas di dunia luar. Islam adalah agama yang syumul, serba lengkap sebagai panduan untuk mengemudi hidup ini. Jika Islam dan Iman sentiasa di dalam hati, insya Allah anak2 selamat.

-Papadom-

Saya bercakap juga dari pengalaman sendiri. Waktu kecil ibu saya seolah2 mengongkong, baju saya mesti longgar dan labuh, tudung mesti tak jarang, stokin kena pakai, nak keluar mana2 mesti kena lalui lembaga penapisan dulu untuk lihat baju sesuai tak dibawa berjalan2 dan tak boleh kawan sangat dengan lelaki. Masuk pulak sekolah agama, pergi mana2 mesti dihantar dan dijemput. Saya pernah juga memberontak, namun alhamdulillah didikan ibu saya menjadikan diri saya seperti sekarang. Yang Insya Allah mempunyai prinsip (namun kadang2 sering juga terbabas) namun satu yang pasti, Islam memang benar2 menjadi pelindung kepada saya. Ibu saya mengongkong tapi kongkongannya tidak keterlaluan dan memang dituntut dalam Islam..Saya rasa bersyukur sangat2 kerana dijaga dengan baik oleh ibu bapa saya. Waktu muda2 dulu (mcm dah tua je skrg), memang selalu sangat tak puas hati, biasalah darah muda. Tapi bila kita lihat dari sudut positif, apa yang mereka lakukan itu pun untuk kebaikan kita juga. Jika kita seorang yang waras, pasti dapat berfikir dengan baik dan menerima segala didikan itu dengan hati terbuka.

Apapun, saya ingin tekankan di sini, walaupun bukan semua ibu bapa yang baik akan melahirkan anak yang baik, dan bukan semua ibu bapa yang jahat akan melahirkan anak yang jahat juga, tapi kita punya pilihan itu. Cara didikan agama yang sempurna adalah aspek penting dalam diri anak2, walau apa pun keputusannya hasil dari didikan itu, sekurang2 nya kita telah berusaha untuk mempratikkan dan menanamkan cara hidup Islam dalam diri anak2. Berjaya atau tidak, itu urusan Allah, mungkin Allah beri anak yang kurang baik sebagai ujian kepada kita dan anak yg baik sebagai hadiah yang paling berharga untuk manusia yang bergelar ibu bapa.

Saya pernah dengar, bagaimana anak2 nanti adalah sebagaimana diri kita sekarang. Hidup kan macam roda, pusing2 sampai balik ke tempat yang sama. Kalau baiklah kita di waktu muda ni, Insya Allah baiklah anak2 kita nanti. Sanggup ke nanti tengok anak2 terbiar bebas berkawan-lelaki-perempuan-pergi-mana-pun-tak-tahu,-balik-pukul-berapa-pun-tak-kisah, macam mak ayah dia waktu muda2 dulu. Nak marah x boleh dah kita pun macam tu masa muda. So sekarang memandangkan kita tak tua lagi dan ada kesempatan lagi nak baiki diri, ambik peluang ni dan guna sebaiknya. Orang pun dah sibuk ckp2 2012 bumi akan dilanggar planet lain, bila lagi nak jadi baik? tapi jadi baik biarlh ikhlas, janganlah dari sekarang sampai 2012 dah jadi baik, tapi tup2 bumi x kena langgar pun masa 2012 tiba2 tukar jadi jahat balik. Semoga hidayah Allah milik kita semua pembaca2 budiman sekalian, amiiin.

*sentiasa positif dengan ujian Allah.


No comments: