Friday, December 11, 2009

Hidup cuma ujian~sebuah kisah


Assalamualaikum..

Hari ini kondisi kurang baik, segala macam perkara seolah2 di luar kawalan, dan saya benar2 rasa saya adalah seorang manusia yang sangat lemah, yang sering menyusahkan orang lain, saya rasa tidak bermaya dan seakan kecewa dengan diri sendiri. Bermula dengan pagi yang indah namun ditenggelamkan dengan emosi yang tidak stabil, kami ke low yat untuk membaiki laptop saya. Daripada laptop yang harus dibaiki kerana hardware yang rosak kerana laptop jatuh, tiba2 saya dikejutkan dengan window corrupted dan harus direpair semula. Walaupun laptop saya di'shut down' dan di'turn on' berkali2 namun keadaan tetap sama dan serupa. Sangat terkejut kerana waktu kali terakhir laptop saya di'shutdown' ia berada dalam keadaan yang baik. Sangat hairan, terkejut, pening namun saya pasrah. Pekedai itu ingin memformat laptop saya namun saya pilih untuk tidak memformat laptop di kedai kerana harganya sangat mahal padahal boleh dibuat sendiri di bilik. Tapi ini bermaksud saya harus datang kembali untuk membaiki LAN port laptop saya setelah diformat di bilik. Low yat ini bukanlah dekat dan ini bermaksud saya harus menunggu lebih lama untuk menggunakan internet saya.



Tidak lama selepas itu, handphone saya mula memeningkan kepala yang sedia ada pening. Handphone saya mati dengan tiba2, dan saya betul2 kehilangan punca. Hakikatnya handpone saya memang sudah tidak sihat, tak disangka ia dah nazak dan kini mati terus. Ya Allah saya betul2 diuji. Emosi sangat tidak stabil, ternyata saya masih gagal mengawal emosi sendiri. Kawan-kawan~Asmaa', Farhana dan Huda maafkan saya kerana tidak mampu mengawal emosi dengan baik, maafkan saya kerana menjadi terlalu pendiam dan mungkin juga merosakkan suasana yang sepatutnya ceria. Saya mula berfikir, waktu sedih begini memang banyak fikiran negatif masuk ke kotak fikiran, hati mula sakit dan ingin menyakitkan hati orang lain, apa yang orang lain lakukan semuanya menyakitkan hati padahal tiada kaitan lagsung dengan apa yang menimpa diri saya. Saya harus cepat melawan dengan fikiran positif. Dengan sisa kekuatan yang ada saya cuba tersenyum dan memberi reaksi pada kawan-kawan. Hati yang sakit tidak harus dimanjakan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu. Sangat terharu, subhanallah, Allah sebaik2 tempat mengadu.

Saya sudah boleh ketawa. Walaupun mental dan fizikal juga kurang sihat, alhamdulillah saya masih mampu memujuk diri sendiri jangan terlalu ikutkan emosi. Sabar itu separuh dari iman. Segalanya kembali normal untuk saya. Laptop dan handphone rosak adalah satu ujian, agar saya lebih tahu menghargai. Lalu pulang ke bilik, saya mencuba nasib dengan mengecas handphone saya, mana tahu cuma kehabisan bateri walaupun saya dah cas pagi tadi sebelum keluar. Dan alhamdulillah! benar2 handphone saya cuma kehabisan bateri, tiada yang serius selain itu. Subhanallah lagi, saya bersyukur tidak terlalu melayan emosi, ternyata hanphone saya masih dalam keadaan baik. Mungkin kerana terlalu emosional lalu saya terus mengatakan handphone rosak, padahal saya lupa
pagi tadi hanya cas sebentar sahaja.Jika handphone saya yang ini juga rosak saat ini saya pasti hilang punca.( Makluman, handphone lagi satu juga dah rosak berenang dalam air).

Lalu saya cuba melihat2 laptop saya yang harus direpair itu, mana tahu ada keajaiban berlaku. Namun untuk memformat laptop ini saya perlukan cd driver dan
ternyata saya lupa cd driver itu berada di rumah lantas saya call abang saya untuk mencari solusi terbaik. Kata abang wan memandangkan beliau akan datang minggu depan, maka beliau akan datang bersama cd itu tanpa perlu dipos laju ke sini, dan ini bermakna saya perlu hidup tanpa laptop kesayangan selama seminggu sedangkan ada assignment yang perlu disiapkan. Otak ligat berfikir, dan dengan pantasnya saya menelefon kakak untuk meminjam laptop untuk sementara waktu, dan alhamdulillah, segalanya dipermudahkan..Selesai berbual2 dengan asmaa' saya masuk ke petak bilik saya dan subhanallah, subhanallah! laptop saya sudah pulih dengan tiba2 tanpa saya lakukan apa2..! Memang benar ada keajaiban berlaku dan asmaa' juga tidak percaya ini berlaku. Saya rasa ingin menangis kerana sangat terharu dan sangat tidak percaya. Saya benar2 kehilangan kata-kata. Tadi sewaktu saya meninggalkan laptop dalam bilik, laptop masih meminta untuk direpair dan window masih corrupted namun kini laptop saya sihat walafiat seolah2 tiada apa yg berlaku. Subhanallah saya sangat tidak percaya namun saya percaya Allah mampu lakukan apa saja. Sekali Allah berkata "Kun Fayakunn" maka perkara itu sangat mudah untuk terjadi dengan sendirinya. Subhanallah Maha suci Allah yang mendengar doa hambaNya..

Kini saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya percaya apa yang berlaku hari ini adalah satu ujian untuk saya, dan di sebalik hujan itu insya Allah sentiasa ada pelangi yang indah.. Percayalah Allah sentiasa mendengar doa hambaNya, bersabarlah dengan dugaanNya sentiasa. Jika kita bersabar dan redha dengan segala ujianNya, kita pasti tidak dapat menyangka dan terkejut dengan hadiah yang Allah sediakan untuk kita hasil kesabaran itu, yang kadang2 jauh lebih besar nikmatnya berbanding ujian yang diterima. Allah itu Maha penyayang, lambat atau cepat itu urusanNya, namun bersangka baiklah dengan Allah..Ujian itu tanda sayang, bersabarlah insya Allah segala kesabaran itu akan terbalas, jika bukan di dunia ini, pasti di akhirat sana..SABAR bukanlah mudah, namun bukan juga susah...Semuanya boleh dikawal dengan iman, semoga semua pembaca sekalian dapat mengawal kemarahan sewaktu marah, dapat mengawal kesedihan ketika bersedih dan dapat mengawal emosi ketika sedang emosional..Ingatlah Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.=)

*Tiada hidup tanpa dugaan

7 comments:

Anonymous said...

s i a n - s i a n . . . . . . . . .
t e r u s k a n u s a h a u n t u k
m e n g e n a l i & m e n g h a r g a i s e s u a t u . . . . . . .huhuhu

mawaddah aisya said...

Anonymous~Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan..=)

Mrs Shasrizan said...

SABARLA JIE.. KAK FIEDA PERNAH DIUJI BEGINI.. MMG CEPAT RASA NAK MARAH DAN MELATAH.. TAPI BILA INGAT KAN ALLAH HATI RASA SAYU DAN RENDAH JER.. BILA KITA SABAR ALLAH AKAN MEMBERI KITA PETUNJUK UNTUK KITA SELESAIKAN MASALAH..KEPADA DIALAH KITA MEMOHON AGAR SESUATU DAPAT DIPERMUDAHKAN.KAK FIEDA LAGI BESAR ALLAH UJI.. JIE TAHUKAN KAK FIEDA TAK DER BABY LAGI DAH DEKAT 4 TAHUN KAHWIN..KEKADANG TU HARI HARI NAK NANGIS ..MALU PUN ADA DAN TAKUT.. KAK FIEDA NAK SANGAT ANAK...TAPI HATI KAK FIEDA SELALU BERKATA ALLAH KAN ADA..APA JUA KAK FIEDA TAKUT, RAGU..DAN KAK FIEDA SENTIASA BERKATA DALAM HATI KAK FIEDA ALLAH KAN ADA. BEGITU JUGA DENGAN REZEKI, PERNAH KAK FIEDA KEHABISAN DUIT TAPI BILA SABAR ALLAH SENTIASA MEMPERMUDAHKAN CONTOH NYA KWN KWN BAYAR HUTANG, DUIT CLAIM MASUK, KAWAN BELANJA DAN SEBAGAINYA.SO SENTIASA LA MENYEBUT NAMANYA..INSYAALLAH KITA AKAN AKAN DIPERMUDAHKAN OLEHNYA

Anonymous said...

I know the iphone has a phone on it. Does the ipod touch have a phone too?



________________
[url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone[/url]

mawaddah aisya said...

Mrs Shasrizan~Insya Allah Kak Fieda..Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu..Dan Ujian itu kan tanda sayang Allah pada kita, Insya Allah ada hikmahnya..=) Terima kasih Kak Fieda, semoga kita sama2 diberi kekuatan menghadapi hidup ni..=)

firdausifieda said...

layarila blog kak fieda.. hehe..kisahfirdausi.blogpsot.com

mawaddah aisya said...

Anonymous~The ipod touch has no phone, its function is like the mp3 but has wifi connection on it.(you can download the applications from apple website)

(tak tahu apa kaitan dgn post tapi jawab je lah..=))