Monday, January 4, 2010

Kami Mujahidah~bahagian 1

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? alhamdulillah seronok ye dah melangkah ke tahun baru. Moga2 semua pun ada azam baru, biarla azam lama tak tertunai pun yang penting tingkatkan usaha untuk jadi lebih baik, insya Allah..erm..Dah lama tak menulis blog. Kini saya kembali dari menyepi..Semoga ada manfaatnya kepada semua.=)

Jumaat lepas kan, saya ada ikuti satu kem di Impian resort Hulu Langat. Ramai peserta dari uia gombak, kuantan, pj, nilai dan dari universiti lain pun ada. Kem ni terbuka pada sesiapa je, boleh ajak adik dan kakak sama, tak kisah universiti mana atau tingkatan berapa pun. Budak perempuan saja pun dah 3 buah bas..Mula2 saya x sure nak pergi ke tak, sebab minggu depan ada test dengan assignment nak kena hantar. Tapi alhamdulillah Allah buka hati saya nak ikut sama, dan ternyata saya x menyesal sedikit pun.

Tema kem ni adalah "Pemuda peka iman, Pemuda peka zaman". Oh ye, kem ni dilakukan asing2 lelaki dan perempuan, di dewan yang lain2 dan xde satu program pun yang bercampur. Saya tak tahu la kan macam mana orang lain, tapi saya rasa seronok sebab rasa terjaga dan tak perlu bimbang pergaulan bebas. Biasalah remaja kan, bila ada lelaki dan perempuan mulalah nak menjeling2 tengok "baiknya budak perempuan ni, ayu je" ataupun "Bagusnya budak laki ni jadi imam solat, dahla hensem" ataupun "malulah nak present, nanti kan ada org minat plk" dan macam2 lagi bisikan syaitan yang x suka manusia ni punya hati yang bersih. Dan kem ni xde tu semua, jadi saya seronok sangat, duduk di kalngan kami2 yang memang datang bukan sebab nak cari jodoh, tapi untuk didik jiwa yang gersang.

Okay, pertamanya saya nak cerita aktiviti lasak kami. Dan ye, kami panjat tembok, masuk hutan, panjat bukit yang curam guna tali, jatuh dalam air selut, meniarap dalam lorong berselut, turun bukit sampai tergelincir sebab tanah licin, lalu atas batang kelapa dengan anak sungai yang ada batu2 tajam, dan agak menakutkan bila semua tu kami lalui tanpa alat keselamatan langsung..Tapi alhamdulillah kami berjaya lalui tu semua tanpa bantuan lelaki pun, sebab bantuan Allah tu lebih dari mencukupi. Faci2 yang menjaga hanyalah kakak2 yang kuat semangat.

Paling seronok bila kami dibahagikan kepada beberapa group, dan kami diberikan satu misi di mana misi kami adalah untuk membawa makanan kepada orang2 islam yang dipulau di sebuah tempat, jadi kami sebagai pejuang2 harus tabah dan kuat semangat agar kami berjaya menyampaikan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Misi ini adalah bayangan pejuang2 Islam pada zaman nabi yang berhempas pulas membawa bekalan makanan kepada umat Islam yang dipulau pada waktu itu. Di setiap check point kami akan diuji dimana musuh2(faci2) akan bertanyakan tujuan kami berada di dalam hutan dan kami tidak boleh sama sekali mendedahkan rahsia yang diamanahkan. Jika tersilap langkah pasti misi kami gagal dan ada satu ketika pihak musuh tiba2 merampas bendera kami dan dengan kecepatan berfikir kami merebut kembali bendera tersebut yang merupakan semangat kami. Kami juga hampir tertipu dengan tipu helah musuh yang sangat licik di mana dengan baik hatinya musuh itu ingin menolong memegang bendera kami waktu kami ingin turun di bukit yang licin dan curam. Hampir kami tertipu namun nasib baik saya cepat menyedarinya maka saya pun menjerit pada sahabat saya agar cepat ambil kembali bendera itu kerana saya sudah pun berada di bawah. Alhamdulillah misi kami berjaya ditamatkan dan kami semua pulang ke kem dengan selamat. Satu pengalaman yang sangat2 seronok, Tak sangka kami berjaya harungi semua itu dengan tabah dan tanpa putus asa.

Nak dijadikan cerita, waktu saya panjat bukit kan, saya hampir tergelincir sebab kasut saya tapaknya tak mencengkam sangat sebab saya beli yang murah je. Bukit tu pulak tanahnya licin dan curam. Saya agak penat sebab baru je lepas panjat tembok..sebab agak kepenatan, sampai separuh jalan memanjat, saya hampir putus asa. Tapi saya fikir kalau saya lepas tali ni mesti saya akan jatuh dengan realnya dan tak mustahil tulang belakang saya akan patah atau paling kurang tangan saya patah..Nauzubillahiminzalik..takut sangat, sebab tu letih macam mana pun saya kena kuat semangat dan alhamdulillah saya berjaya..memang takut, tapi kena kuat semangat. Tak tahulah macam mana pejuang2 zaman dulu kan, mereka lagi teruk diuji..Saya kena sikit ni pun dah nak putus asa..Malu pada diri sendiri..(-,-")
*Mujahidah harus kuat

2 comments:

Anonymous said...

salam...ade lg ea kem2 cmnie kat malaysia...alhamdulillah..x sngke lar masih ade yg betul2 jage siqah n adab laki ngan prmpuan...tahniah krna brjya mengikuti kem i2 dngan baik.
diharapkan kem2 sebegi2 terus tersebar dan sentiasa diadakan di seluruh negeri....semoga sokongan terhadap kem sebegini ttp tinggi dan semoga pergaulan bbs dpt dielakkan dalam klngan remaja dngn adenye kem2 bgni......ameen...

Tg fatin said...

Anonymous~urm alhamdulillah..masih ada yg punya kesedaran itu..Harap sangat kawan2 sebaya dpt rasa apa yg saya rasai, seronok sgt beraktiviti tanpa bimbang gangguan yg x sepatutnya..Terharu kerana peserta pun bukanlah semuanya di kalangan yg bertudung labuh, ada jg yg seperti remaja biasa tapi ingin berubah menjadi lebih baik..yg penting niat itu ada,kn?=)