Monday, January 25, 2010

Sekeping surat~

Assalamualaikum..

"Ke hadapan pemilik blog ini..

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu. Lihat kembali, apakah ujian yang menimpa kali ini terlampau berat sehingga kamu tidak mampu bangkit kembali?Jangan jadi lemah.

Walaupun di saat ini hati kamu sedang bermujahadah, untuk melakukan apa yang tidak kamu sukai, namun tabah dan bersabarlah. Sesungguhnya kesabaran itu sebahagian dari iman. Hakikat bukan selalunya indah. Lihat, kenapa perlu kamu bersedih kerana hanya perlu memakai tudung di rumah sendiri kerana abang ipar tinggal di sini? Ya, keberadaanya di sini pun hanya sementara dalam menjaga kakak kamu berpantang. Cuma harus memakai tudung, ternyata satu isu yang kecil namun bisa membuat emosi kamu terganggu..Ya, bukan mudah menghabiskan sepanjang masa di rumah dengan bertudung kepala dan memakai baju berlengan panjang, apatah lagi ketika berada di dapur memasak dengan minyaknya, ikannya, pinggan mangkuk untuk dibasuh hingga menyebabkan baju kamu basah lencun. Belum dikira haba dan bauan2 yang melekat di tudung, sangat rimas. lebih2 lagi cuaca tidak menentu menyebabkan emosi kamu benar2 terganggu. Kamu bukan sempurna, namun berusahalah ke arah itu.

Lihat saja apabila amarah menguasai akal, mudah saja kamu berasa tertekan dan menyebabkan beras yang baru dibeli tumpah bertaburan di atas lantai, gelas kaca 2 biji kamu pecahkan, mula sakit hati dan tidak ikhlas dalam pekerjaan. Makin berserabut jiwa kamu dan mula ingin menangis. Apa dah jadi? Setakat inikah tahap kesabaran yang ada pada mu?Istighfar fatin, banyakkan bersabar. Bila amarah mulai menyerang, cepat tinggalkan keadaan itu dan cepat basuh muka, kerana api dapat diredakan dengan air. Berwudhu'lah, semoga kamu menjadi lebih tenang.

Sudahkah kamu lupa saat kamu berada di hospital suatu masa dahulu, kamu juga memakai tudung 24 jam,36 jam, 48 jam walaupun ketika tidur kerana menjaga aurat kamu dari dokor lelaki? Jika saat itu kamu punya kesabaran itu, kini keadaannya sama cuma suasana berbeza. Tabahlah, tiada guna marah2 kerana pada siapa akhirnya kemarahan kamu ditujukan?orang di sekeliling kamu juga.

Bertudung itu kerana mengikut perintah Allah. Sebab itu kamu harus kuat. Bukan perkara yang main2. Walaupun dikatakan ini rumah kamu, namun abang ipar itu tetap bukan muhrim. Sepupu juga walaupun ketika kecil kamu sudah terbiasa tidak bertudung, tapi sekarang kamu menanggung dosa jika tidak bertudung di hadapan sepupu atau saudara mara. Kuatkan semangat kamu untuk sentiasa akur dengan perintah Allah. Bertudung bukan semestinya kamu seorang yang baik, namun ia salah satu usaha untuk ke arah itu. Hati, tabahlah."

Yang benar, Iman.
..............................
Minta maaf kepada sesiapa yang terlibat..=)

3 comments:

Anonymous said...

ehhemm3~


huhuhu....

_tengku hanif_

ummuaiman said...

sabarlah. setiap sabar itu ada manisnya...kak da boleh bersabar 15 tahun tak kan jie satu minggu pun tak boleh

firdausifieda said...

sabarla..semua tu sudah pun kak fieda alami..saat2 itula hati kita mahu memberontak..saat itula juga hati memberontak kerana tekanan yang tak sepatutnya dihadapi...difitnah..dikata dan dimarahi.. tapi tabahkan hati dan memujuk hati sendiri untuk mengurangkan marah,kecil hati, sakit hati dan iri hati, kerana sedar diri hanya menumpang berteduh hentian orang lain dan sentiasa mahu menjaga hati dan perasaan orang...Tapi Alhamdulillah selepas dikurniakan Alla SWT hamba yang amat memahami diri ini dan sentiasa menyokong apa jua keadaan yang tidak bertentangan...dan sentiasa mengingati kesusahan,keperitan lampau..