Wednesday, January 13, 2010

Bila perpisahan berlaku

Assalamualaikum..

Nenek tercinta sudah kembali ke rahmatullah..Segala penderitaan di dunia sudah berakhir, semoga ada kebahagiaan yang menanti Tok di sana..Dan semoga juga perjalanan seterusnya dipermudahkan. Doakan rahmat Allah mengiringi Tok di sana..amiiin..

.....................

Saat ini masih menunggu abang datang dan membawa saya pulang ke kampung. Suatu fikiran bermain2 di fikiran saya, jangan terlalu menyayangi seseorang jika takut terluka kehilangannya...Ya, tidak salah menyayangi namun berpada2 dan bersederhanalah. Jika TERLALU menyayangi maka luka itu lebih dalam dan lebih menyakitkan...Sayanglah mereka kerana Allah kerana apabila Allah mentakdirkan sesuatu berlaku, hati lebih tabah dan redha dengan segala ketentuanNya. Sayang itu suatu perasaan namun jagalah perasaan itu sebaik2nya. Segala perasaan itu kembalikan juga pada Allah, kerana Dia lah jua yang menghadirkan perasaan itu. Hargailah kasih sayang dengan sebaik2nya dan bersedialah dengan apa jua kemungkinan, perpisahan itu baik sementara atau selamanya pasti akan berlaku..

Tabahlah hati.
al-fatihah.

No comments: