Assalamualaikum..
Manusia sifatnya tidak sempurna. Setiap orang memilik kebaikan dan juga kejahatan. Namun bila ada sahabat atau saudara yang tengah lalai dan hanyut dengan dunia, bagaimana penerimaan kita?rasa marah?sakit hati?Malah mungkin benci? TIDAK! jangan sekali2 biarkan hati kita rosak dengan pemikiran begitu. Jangan benci pada dirinya, bencilah pada kejahilannya. Kita tak mungkin rasa apa yang dia rasa, kita tak mungkin tahu apa sebenarnya yang dia inginkan sebab kita tak berada di tempat dia. Mungkin juga dia sendiri tidak mengetahui apa yang dia lakukan itu satu kesalahan. Ketahuilah, Allah sedang menguji dia, malah Allah juga sedang menguji kita sebagai seorang sahabat..
.......................
.......................
Seorang sahabat yang baik tidak akan membenci, tetapi akan bimbang dengan keadaan sahabatnya dan akan sedaya upaya berusaha untuk menarik sahabatnya ke jalan yang benar. Kehanyutan sahabatnya akan membuatkan kasih sayangnya bertambah, kelalaian sahabatnya akan membuatkan dia rasa dirinya bertanggungjawab untuk membantu sahabtnya yang mungkin tengah mempunyai masalah..Dia tidak akan sekali2 menjauhkan diri, malah akan mendekati walaupun mungkin sahabatnya itu yang cuba melarikan diri. Dia tidak akan berputus asa, kerana dia sayangkan sahabatnya. Walaupun mungkin sahabat itu tidak pernah mahu menghargai, malah menyakiti hatinya, namun seorang sahabt yang baik tidak akan cepat tersinggung. Walaupun nasihatnya tidak dipedulikan, ajakannya tidak bersambut, message juga tidak dibalas,namun percayalah hati manusia sebenarnya lembut..Kasih sayang seorang sahabat bukan pada kata2, tapi pada hati yang sentiasa mengingati dan mendoakan sahabatnya..Dan seseorang itu juga tidak memerlukan title "sahabat" untuk mendoakan yang lain, kerana kita ini semua bersaudara dan patut menyayangi sesama kita atas dasar akidah yang sama. Ingatlah, orang yang tidak menyayangi tidak akan disayangi..dan juga ingatlah hadis ini:
"Rasulullah bersabda: Tidak beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya."
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah"
(Surah Al-Imran: ayat 103)
Tidak sukar menjalinkan ukhuwah dan ternyata memutuskan ukhuwah itu juga sangat mudah. Hargailah mereka di sekeliling dan fikirlah kebaikan mereka lebih dari kejahatan yang mereka lakukan. Sesungguhnya kita tidak layak untuk menilai manusia lain, kerana Allah lebih mengetahui isi hati dan memahami setiap manusia lebih dari sesiapa jua.
Semoga berjaya menghadapi ujian Allah.=)
No comments:
Post a Comment