Assalamualaikum..
Usai membaca novel karangan Zaid Akhtar, best seller "Salju Sakinah", rasa untuk menulis novel kembali membuak2. Memang diakui rasa itu datang dan pergi dengan mudah, ini namanya tiada istiqamah. Bahasa yang mudah difahami tetapi dengan maksud yang mendalam bisa menegur hati yang lalai. Dengan penulisan dapat berdakwah, ternyata satu hobi yang tidak sia2 malah sangat berkesan. Oh, saya teringin menuntut dengan kak Fatimah Syarha dan Zaid Akhtar untuk gaya penulisan yang lebih puitis, namun kesuntukan masa banyak mempengaruhi diri saya untuk tidak menjadi seorang penulis. Mungkin, satu hari nanti akan terbit juga sebuah buku karangan mawaddah aisya namun mungkin juga itu satu impian yang hanya di dalam minda. Al-maklumlah saya bukan seorang yang istiqamah.
Novel ini mungkin sudah lama berada di pasaran, sehingga kini sudah 6 kali diulang cetak. Pertama kali melihat kulit depannya sudah menarik hati saya untuk membeleknya seterusnya membelinya sebagai koleksi peribadi. Ternyata peribahasa "don't judge book by its cover" tidak sesuai diguna pakai kerana disebabkan covernya inilah membuatkan saya teringin untuk melihat dengan lebih dekat lagi, dan selepas itu saya mendapati kandungan di dalamnya sangat sesuai dengan muka depannya. Saya kebiasaannya tidak berminat jika muka depan buku itu menunjukkan perempuan tidak bertudung, kerana itu dah memberi satu pandangan negatif buat saya (mungkin novel itu tidak islamik?) Ternyata pandangan pertama itu penting. Jadi dengan tiba-tibanya saya terfikir ingin mengaitkan buku ini dengan manusia.
Selalu sangat saya dengar, "yang pakai tudung labuh sampai ke siku tu bukannya baik sangat, ada je yang tak pakai tudung lagi baik dari dia."..Lepas tu ada pula yang berkata, "tak pakai tudung bukan bermaksud hati tak baik"..Iya2, semua betul. Sebab hati ni hanya Tuhan je yang nampak, kita manusia tak layak pun untuk menilai hati orang lain. Tapi saya teringat satu modul yang saya pernah lihat; di mana ada 3 botol air yang berlainan jenis. Satu berisi air kopi yang kelat, satu berisi air teh susu, satu lagi berisi air mineral yang jernih. Air2 tersebut diumpamakan seperti hati, kalau kita lihat pada botol pertama, langsung tak dapat lihat cahaya di sebelah sana. Botol yang kedua, masih tidak dapat ditembusi cahaya dan botol ketiga dapat dilihat dengan jelasnya. Jadi bila dituang, air2 yang mengalir keluar adalah air yang sama dari botol yang sama. Ini diumpamakan dengan diri kita, jika baiknya hati di dalam, pasti baik juga penampilan di luar. Tidak mungkin jika botol itu mengandungi air yang jernih, apabila dituang tiba2 bertukar menjadi gelap pekat. Mustahil bukan? Berbalik pula pada contoh buku tadi, muka depan yang baik menggambarkan isi yang baik juga.
Seorang wanita yang bertudung labuh, dengan wanita yang berpakaian ketat, apa pandangan pertama manusia? Pasti yang sopan lebih ingin didekati, walaupun tidak semestinya hatinya sebaik yang berpakaian ketat. Namun yang berpakaian ketat pula, hatinya mungkin baik namun tidak semestinya dia ingin didekati kerana fitrah manusia, ingin yang nampak baik2 sahaja. Teringat cerita "Syurga Cinta" lakonan Heliza af5, di mana seorang watak berkata,"aku ni bila nak kahwin cari yang bertudung jugak beb, sejuk sikit mata memandang".Tengok, yang pergi disko pun ada niat ingin beristerikan perempuan bertudung (baik).
Cantik itu subjektif. Pandangan manusia itu berbeza, jadi untuk mencari yang betul2 cantik pun sangat susah. Sebab tu pertandingan ratu cantik dunia pun nak guna ramai juri, sebab cantik itu atas pandangan masing2. Tapi pandangan Allah pada hambaNya sama rata, hanya jika dia beriman maka darjatnya adalah tinggi tidak kira cantik atau tidak rupanya. Jangan lupa, siapa yang mencipta wajah kamu? Hanya bernasib baik terpilih untuk diberi wajah yang cantik, seharusnya bersyukur. Jika tidak cantik pun mungkin disebabkan Allah nak uji, seharusnya bersyukur lagi. Tidak perlu peduli kalau tiada sesiapa yang suka, sayang atau minat, sebab kalau semua orang sayang tapi kalau Allah tak sayang kan sia2 saja?
2 comments:
syukran li qira'atiki.
:-)
Zaid Akhtar~Terima kasih atas kunjungan ini. Segan menerima kunjungan penulis disegani, semoga saudara terus menulis untuk kebaikan ummah.=)
Post a Comment