Sunday, November 8, 2009

Set cupcake untuk orang tersayang



Assalamualaikum..

Final makin menghampiri namun saya ingin berkongsi entry terakhir sebelum berehat dari blogging untuk memberi laluan kepada final. Sebelum pulang hari sabtu yang lepas, saya berjaya menyiapkan beberapa set cupcake untuk mereka yang saya sayang sebab bila kita berjaya melakukan sesuatu yang menggembirakan, pasti kita ingin berkongsi kegembiraan itu dengan mereka yang rapat dengan kita. Jadi di bawah adalah set cupcake yang berjaya disiapkan dalam tempoh percubaan belajar membuat cupcake:

Set "Keluarga" untuk keluarga dan saudara mara tersayang:

(kesian adik hanif keknya cacat sebab tak cukup kek dah.hehe.Lain kali K.jie buat kek yang besar terus)


Set "Ibu mengandung" untuk kakak kesayangan:


Set "Sahabat" untuk kawan-kawan tersayang:

(Habeeba Alisya~kawan rapat yang dilindungi Tuhan)
Ini nama kami.=)

dan Set "Kanak-Kanak" untuk sepupu2 di kampung:

Kesian sangat bentuk tak cantik sebab oven sempit dan nak cepat lalu
kek disusun berlanggar2 dalam oven. Beri perhatian pada smiley pink di sebelah kanan, kesian sangat
jadi mangsa tangan adik saya..Huhu.

Waktu menghadiahkan set "ibu mengandung" untuk kakak saya, saya sengaja tidak menyusun perkataan "Baby with love" itu dan meminta kakak saya dan suaminya meneka apa yang saya tulis untuk mereka. Lalu terciptalah perkataan2 yang bermacam2 seperti:

serta "Baby vowel" yang entah ape2..hehe. Dan akhirnya barulah abang saya hazwan memberitahu jawapannya sebab beliau sudah tidak sabar2 ingin makan cupake itu.=P


Saya melakukan perkara yang sama kepada sahabat2 saya namun dengan sekali imbasnya asmaa' dapat meneka sebab "Habeeba Alisya" adalah kami.=). Terkilan jugak kek tak cukup untuk diberi pada jiran, adik suruh buat lagi namun dah tak sempat. Insya Allah lain kali buat lagi.

Nampaknya tempoh percubaan saya berjalan dengan lancar dan disukai ramai, alhamdulillah. Rasa kelakar sebab sepupu saya dah berangan2 nak buka kedai kek dengan saya, dan kakak saya pun tak sabar2 tunggu saya habis belajar sebab nak ajak saya buka kedai kek jugak..Dan kawan2 pun dah ajak saya buka kedai bakeri, amboi saya dah ade 3 buah kedai setakat ni..Hehe, saya baru je nak belajar guna oven dengan betul orang pulak dah bagi harapan yang tinggi tu, isy..(-.-")

Saya ni suka pada perkara yang cantik2 dan berseni sebab tu cupcake saya bewarna-warni macam kanak2. Waktu menghias cupcake tu, saya, abang dan adik "bermain2" dengan aising tu sampai berapa kali saya kena buat aising tu balik sebab tak cukup. Memanglah makanan yang menggemukkan. Seronok dan saya tak sabar nak pulang lepas final untuk meneruskan hobi baru ini ke peringkat lebih tinggi..=D..Mungkin saya akan cuba membuat aising "fondant" yang keras itu dan tentu hasil seni saya akan jadi lebih kemas. Tiba-tiba rasa sudah dewasa sebab dulu selalu main playdoh buat jadi bentuk makanan, sekarang saya pun masih main2 seperti main playdoh cuma playdoh ni boleh dimakan..Playdoh versi dewasa.=D

*Final start 11 Nov, doakan saya.=). Kawan2, good luck ye!

6 comments:

-atiQah- said...

wah3...bestnya...
saya tiba2 jadi teringin nak buat cupcake lepas tgk yg kamu buat.. :-)

oh ya, boleh buat entri pasal campuran warna utk buat aising? hehe..pastu piping bag yg mcm mana digunakan... saya nak cuba baut jgk kat rmah.. :-)

Tg fatin said...

atiQah~iye,mari kita beramai2 buat cupcake yang comel dan menggemukkan..hehe.=D.

insya Allah lepas exam akan diusahakan entry tersebut.

ummuaiman said...

ok le tu. kalau buat acap kali sikit lama2 cantik le

dnieAlias said...

jie..cantiknyaaaa...nak makn trus dr skrin laptop..hehehe...da jd ank dr da kwn kuu

Tg fatin said...

aida_avil~ Insya Allah Kak Da..Harap2 ada improvement di masa akan datang.=)

Tg fatin said...

dnieAlias~dinie, thank u..x sangka kena buat cupcake dulu baru bergelar anak dara..hehe..=P