Assalamualaikum..
(Ini entry yang terlambat post~2 hari lepas)
Apa khabar semua? semoga dalam kondisi yang baik2 saja..Hari ni saya rasa cukup teruja+gembira+suka hati kerana first time seumur hidup (ye seumur hidup), saya berjaya menghasilkan cupcake dengan tangan saya sendiri.=D..Oh lupa, saya berada di rumah. Sila abaikan entry sebelum ini.. Ternyata rancangan Allah mengatasi rancangan saya (rancangan asal saya yang tidak ingin pulang), kerana di waktu2 yang sengit, Allah memberi ilham kepada saya untuk pulang ke rumah. Hanya lebih kurang 2 jam sebelum kawan saya menaiki bas, tiba2 perasaan ingin pulang itu sangat kuat menguasai pemikiran saya sehingga sedar tidak sedar saya terus keluar membeli tiket waktu itu juga-naik bas bersama kawan-dan sampai rumah esok paginya; tanpa satu pun dirancang oleh saya. Sehinggakan kakak saya (yang saya telefon untuk memberitahu kepulangan saya ini) meminta utk bercakap dgn abang saya yang berada di rumah untuk pengesahan bahawa saya memang berada di rumah dan tidak mereka2 cerita..Ops terlebih cerita,fokus utama entry ini sepatutnya bukan ini. Apapun Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar,mungkin ada hikmahnya yang hanya Allah yang tahu..
Kali ini saya tak ingin bercerita lanjut tentang "cerita saya dengan bas" yang mungkin sudah bosan didengar..namun ingin sekali saya berkongsi satu sejarah dalam hidup saya di mana saya berjaya menyiapkan kuih dengan tangan saya sendiri! Untuk makluman, sepanjang hidup saya, saya tidak pernah membuat kek apatah lagi kuih raya (saya mengaku semua kuih raya selama ini dibeli(-.-")) dengan alasan rumah saya tidak ada oven kerana kakak saya sudah membawanya tinggal bersama2 beliau. Alasan itu bertahan bertahun2 lamanya sehinggalah saya terbuka hati untuk membuat cupcake sehingga sanggup meminta abah membelikan oven baru..Juga penimbang baru sebab penimbang lama sudah menghilangkan diri entah ke mana. Jadi dengan segala macam kelengkapan baru saya mencuba kebolehan diri yang saya sendiri tidak pasti mampu atau tidak membuat kek apatah lagi cupcake.
Dan percubaan pertama saya gagal! Fail! kerana terlebih sukatan akibat menggunakan penimbang baru yang masih belum dibuka penahannya. Sukatan yang salah itu menyebabkan kek saya masak di luar sahaja manakala di dalamnya masih lembik. Malah kek itu hangus dan hanya menjadi santapan semut2 kerana terlebih manis. Malu sendiri dan rasa sedih kerana membazir. Namun kata2 semangat adik saya "tiada kejayaan tanpa kegagalan" mampu meniup sedikit semangat di samping tidak mahu menghampakan abah yang sanggup membeli oven baru hanya kerana saya ingin membuat cupcake.
Jadi keesokan harinya dengan semangat yang tersisa, saya meneruskan percubaan saya. Kali ini saya mengurangkan bahan2 kerana masih dalam tempoh percubaan dan tidak ingin terlalu banyak pembaziran berlaku. Pambakaran kek juga dijalankan beransur2 agar saya dapat mengenalpasti kelemahan sendiri dan ternyata sikap berhati2 saya membuahkan hasil. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar lalu terhasillah cupcake buatan sendiri:
*kredit untuk adik saya hanif yang bersama2 mencomotkan tangan membuat hiasan2 kek ini. Peringkat percubaan masih belum terlihat kekemasannya, insya Allah akan diatasi di masa2 akan datang.
Buat abah, terima kasih untuk oven baru dan semoga ini menjadi permulaan untuk diri ini "mengotorkan" dapur dan menjadi seorang wanita yang berjaya (chewah)..Dan abang wan terima kasih sebab kata cupcake ni sedap.=p
No comments:
Post a Comment