Selamat Tahun baru 2012..=)..Sebenarnya saya taklah minat sangat untuk meraikan tahun baru ni kerana Satu Muharram lebih bermakna untuk diraikan..Azam untuk meningkatkan diri ke arah lebih baik pula seharusnya berlaku setiap hari..Namun, Insya Allah, kita berdoa yang baik2 saja untuk tahun 2012 ini. Semoga segala perjalanan hidup kita ini mendapat keberkatan, perlindungan, dan bimbingan dari Allah sentiasa..=)
Penulisan di blog ni pun dah tak berapa nak konsisten saya tengok. Sebenarnya banyak draft yang tersimpan, tapi saya bimbang apa yang nak saya kongsikan itu mungkin tak berapa bermanfaat untuk pembaca. Saya sedar, penulisan adalah salah satu cabang minat saya walaupun tidaklah sehebat mana, namun untuk menulis perkara yang bermanfaat itu lebih sukar dari yang saya bayangkan. Bukan saya tak teringin menulis tentang kehidupan harian, bukan tak teringin letakkan gambar-gambar yang menarik, ataupun berkongsi resepi-resepi yang pernah saya cuba, tetapi saya mahu cuba mengaitkan semua itu dengan sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca. Keliru juga, pelbagai kategori blog yang ada di ruangan maya ni, tapi blog saya, kategori manakah? saya rupanya masih keliru dengan konsep penulisan sendiri.hehe, Insya Allah akan cuba memperbaiki kekurangan ni.
Semoga tahun ini dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan, dan terus istiqamah dalam kebaikan.Sedang cuba belajar mempratikkan IQ, EQ dan SQ. (Intelligence quality, emotional quality, spiritual quality) supaya pembentukan diri lebih seimbang. Kurang satu, rosaklah diri. Saya doakan semua pembaca juga beroleh kebaikan di dunia dan akhirat, amiin.^_^
p/s terima kasih kerana mengunjungi blog ini.=)
~Fatin
No comments:
Post a Comment