Wednesday, January 18, 2012

Melunakkan suara di hadapan lelaki ~konflik

Assalamualaikum..

Handphone itu dicampaknya ke atas bantal. Tanda protes pada diri sendiri. Tanda tidak suka. Mahu dicampak ke lantai, takut rosak pula.

"Kenapa ni, ada masalah ke?" Si kawan menegur.

"Tak ada apa-apa," cuba berdalih. Padahal semua sudah diekspresikan dengan lontaran handphonenya. Ada rasa bersalah pada handphone itu. Handphone itu tak bersalah. Fungsinya hanya untuk menghubungkan manusia. Ada sedikit rasa kesal kerana melampiaskan rasa marah pada yang tidak sepatutnya.

"Habis tu, kenapa campak handphone tu. Kalau tak nak bagilah aku," kawannya cuba mengalihkan mood yang kelihatan berat itu. Cuba bergurau, tapi nampaknya tiada respon. "Berat masalah ni," detik hati si kawan.

"Ok cuba cerita, tak suka ke si dia telefon? ada masalah? ke dia marah-marah?" Kawannya cuba serkap jarang.

"Bukan.."Lambat-lambat dia menjawab."Suka je. Suka sangat. Tapi tak suka." Dia termenung.

"La, ape tu. Suke ke tak sebenarnya?"

"Suka..sebenarnya happy, sangat. Bukan selalu dapat bercakap dengannya. Tapi saya takut..Tak tahulah nak bagitau macam mana."

"Tak fahamlah. Takut apanye?"Kawannya makin keliru.

"Hmm..tak tahulah. Entah apa yang saya cakap tadi. Dia ada buat lawak, saya tergelak.. Lepas tu saya pun ada cakap apa entah, tapi ada sesuatu yang buat saya tak sedap hati..saya perasan suara saya lembut je. Tiba-tiba teringat surah Al-Ahzab ayat 32 tu,

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."

"Alah, mana ada manusia sempurna. Jangan samakan diri kamu dengan isteri nabi pulak, kamu pun bukan saje nak cakap-cakap tak ada sebab. Sebab perkara penting je kan tadi," Kawannya cuba memujuk, menenangkan dirinya yang kelihatan tidak tenang.

"Betul tu, tapi isteri nabi kan contoh terbaik utk kita. Mana yang baik, kita ikutlah.Jauhnya rasa, astaghfirullahal'azim.."Sedih dia mengenangkan itu.

"Habis tu, takkan tak boleh cakap langsung dengan lelaki?" terasa juga kawannya. "Janganlah jumud sangat."

"Memang tak salah. Nak cakap, cakaplah. Kalau mampu keraskan suara masa bercakap dengan lelaki, cakaplah. Lebih-lebih lagi kalau ada urusan penting. Tak ada siapa halang. Yang jadi masalahnya bila kita lembutkan suara. Boleh menyebabkan perkara baik jadi salah.. Nanti perkara yang nak disampaikan entah ke mana, kita pun entah ke mana. Tak pasal-pasal jadi punca kelalaian seorang lelaki, dengan kita-kita pun jadi lalai..Mulalah angau nanti."

"Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Qur'an), kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.

"Dan sungguh, mereka (setan-setan itu) benar-benar menghalan-halangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (Az-Zukhruf: 36-37)

Dia menyambung,"Saya pun bukanlah kuat sangat..walaupun saya boleh je nak kawal diri sendiri, tapi saya tahu lama-lama saya dah tak boleh nak control dah. Sebab tu lah mungkin Allah kata jangan hampiri zina. Sebab Allah tahu kita tak kuat. Sekali kita rasa selesa dengan perkara tu, susah dah nak elakkan perkara tu..betul tak?"

Dia menyesali dirinya tadi. Sebab tu dia mahu cuba elakkan bercakap dengan lelaki. Dia tahu memang tak salah kalau atas urusan penting, tapi dalam berkomunikasi tu, dia takut dia pula yang terlebih-lebih. Dia takut dia sendiri tak dapat mengawal intonasi suaranya..Nak-nak waktu malam macam ni.

"Hmm..jauh sangat kamu ni berfikir..jadi diri sendiri je lah."

"Habis tu, kalau dalam diri saya suka mencuri, saya kena jadi pencuri lah ek. Ataupun kalau saya panas baran, saya bolehlah lepaskan kat sapa-sapa pun. Macam tu ke..?Jadi diri sendiri kan."

"Bukanlah macam tu.."

"Saya tahu diri saya tak baik, tapi saya tak mahu terus jadi tak baik. Itulah yang saya faham. Jadi diri sendiri, perlu selaras dengan Islam. Kalau tak, mungkin kita hanya terpedaya dengan bisikan syaitan."

Perbualan mereka terhenti. Dengan seribu satu persoalan lain yang timbul. Antara menjadi diri sendiri atau mengikut garis panduan di dalam islam. Antara mahu jadi umat Nabi Muhammad yang baik atau menjadi umat zaman ini yang selesa dalam kemungkaran. Semua itu pilihan. Mahu ke syurga atau dihumban ke neraka? itu juga pilihan.
...........................................

Ini cuma cerita yang bermain di fikiran saya. Watak-watak hanya sekadar bermain di minda. Nak tulis novel, tapi tak pandai. Tulis dalam blog je lah..Semoga menjadi teguran untuk diri sendiri juga. Wallahua'lam.

Jumpa lagi!=)

No comments: