Dia nekad. Nyawa sendiri harus diselamatkan. Satu terjunan nekad mengiring dilakukan. Dia melayang di udara, sempat membayangkan diri seperti superman yang mampu terbang.
"Buk". Bunyi badannya terhempas di atas lantai. Ah, tersilap percaturan. Kepalanya jatuh di atas lantai kerana tangan terperangkap di sebalik penutup itu."Aduh," dia mengerang. Sakit, ngilu sekali dirasakan.
Mujur ada penutup itu, sebelah tangan dan kepalanya sama terperangkap. Namun dia tidak peduli, dia harus cepat bertindak. Derap kaki penghuni rumah semakin menghampiri. Sungguh, dia tak mahu tertangkap.
Ini bukan kali pertama dia memecah masuk rumah. Dia sudah berpengalaman, masakan kali ini tertangkap. Tidak, walau apa sekalipun yang berlaku, dia harus menyelamatkan diri. Demi maruah. Dia bingkas bangun.
Dengan penutup itu masih melekat di kepalanya, segala kudratnya dikerah. Agak terbatas pergerakannya. Dia berlari menuju ke pintu dapur. Ah, tuan rumah itu ada di situ.
"Jangan harap aku tertangkap, aku jaguh lumba lari sewaktu kecilku,"sempat hatinya terdetik.
Dengan sisa semangat yang ada, dia mula memecut laju ke arah ruang makan rumah itu. Tuan rumah kelihatan terpaku, mungkin tidak menyangka tindakannya yang sebegitu. Dia tidak peduli. Yang penting, nyawanya harus diselamatkan. Sambil berlari, penutup itu berjaya ditanggalkan. Dengan pantas dia melompat melepasi tingkap di ruang makan itu.
Dia berpaling ke belakang. Tersenyum sinis. "Aku jaguh, jangan pandang rendah padaku!" Dia sedikit angkuh. "Aku akan kembali, bersedialah,"bisik hatinya penuh keyakinan.
Tuan rumah hanya menggeleng-geleng kepala. Haiwan berkaki empat berwarna putih bertompok hitam itu sudah tidak kelihatan. Menghilang di sebalik jeriji besi tingkap di ruang makan. Dapur kelihatan berselerak. Penutup tong sampah yang berwarna biru itu bergolek di atas lantai.
"Memang dasar perompak," tuan rumah bercakap dengan diri sendiri. Geram, namun terasa sedikit lucu dengan terjunan yang dilakukan oleh si kucing perompak itu. Kelihatan nekad, walaupun tangan dan kepala terlekat di celah penutup tong sampah kecil yang boleh ditolak dengan tangan itu. Terjunan mengiringnya dari atas sinki ke atas lantai kelihatan gagal mendarat dengan betul.
"Kasihan," Nada sedikit menyindir, sambil tersenyum seorang diri.
Petang itu peristiwa rompakan tersebut tersebar dengan meluas di negeri Baitul Syakirin. Semua penghuni rumah kelihatan meluat dengan si kucing perompak yang tak pernah berputus asa. Sebelum ini, penutup biru yang sama juga ditemui di ruang makan yang sama.
Memang dasar perompak!

Ya, perompak yang dimaksudkan di sini adalah seekor kucing yang tak pernah mahu berbaik dengan kami. Dibesarkan ibunya dengan sikap prejudis terhadap tuan rumah. Di mana silapnya, kami dipandang seperti musuh. Cubaan berdamai tidak pernah diendahkan..Dia lebih rela menjadi perompak dari dilayan seperti tetamu kehormat. Well, it's his choice. =p
P/s Bertemu perompak manusia? Nauzubillahimnzalik! Ya Allah, minta dijauhkan dari kami semua, amiin.
~Fatin
No comments:
Post a Comment