Thursday, January 12, 2012

"Abang, takkan pinggan sekeping ni tak boleh basuh?"

Assalamualaikum..


Situasi Satu:

"Abang, takkan pinggan sekeping ni tak boleh basuh?"Suaranya bergetar menahan geram.

"La, orang lelaki mana basuh pinggan. Tu kerja orang perempuanlah."Balas si suami endah tak endah.

"Abang, saya ni dah satu hari penat, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, madi anak, anak menangis lagi, masak lagi. Takkan sekeping ni pun awak tak boleh basuh,"Si isteri masih tak puas hati. Geram. Badannya penat juga, bukan suami je yang penat.

"Eh awak ni kenapa? saya satu hari kat pejabat, otak saya penat tau tak..awak kan suri rumah je, memang kerja awak pun. Kenapa nak merungut sangat ni. Saya bekerja pun nak beli pinggan mangkuk yang awak nak sangat tu. Adillah tu."Suara masing-masing mula meninggi.

"Abang ni kenapa. Saya nak pinggan mangkuk ni pun sebab nak masak untuk awaklah. Tu pun tak boleh faham ke."

Seterusnya masing-masing mula mengungkit kekurangan masing-masing. Badan yang penat menjadi tegang, kepala mula berasap dan ada pula pihak yang menghasut dalam diam. Ingatkan habis di situ, rupanya perasaan tidak puas hati itu dipendam, dan menjadi dendam dalam diam. Mungkin akan diungkit lagi untuk pergaduhan di lain kali.

Situasi Dua:

"Abang, takkan pinggan sekeping ni tak boleh basuh?"Suaranya bergetar menahan geram.

"Oh maaf-maaf. Abang lupa. Meh abang basuh," Dicapainya pinggan yang digunakannya, lalu dibasuh, dibilas dan disimpan di rak. Dia terdengar getaran di suara isterinya. Kalau tak dibasuh ni, mahu jadi gaduh ni.Kemudian berlalu untuk menonton televisyen.

"La, satu je dibasuhnya?"Detik hati si isteri. Padahal mangkuk lain tersusun di dalam sinki menunggu untuk dibasuh."Takpelah, at least dia basuh pinggan sendiri. Oklah dari tinggal je terus," Kemarahannya menurun, sejuk sikit mendengar kata maaf dari suaminya.

Situasi Tiga:

"Abang, letak je lah pinggan kat situ. Nanti saya basuhkan." Si isteri menawarkan dirinya untuk membasuh pinggan mangkuk di sinki.

"Okay," si suami tersenyum lega. Badannya penat sekali baru pulang bekerja. Isterinya seorang suri rumah. Suri rumah kan tak ada kerja sangat nak buat. Dalam fikirannya.

Dalam fikiran si isteri pula," Hmm..penatnya badan. Satu hari menjaga anak, basuh baju, lipat baju, memasak, pergi pasar,nak kena basuh pinggan mangkuk pulak, periuk kuali lagi. Penatnya..Kenapa suami tak tawarkan nak basuh pinggan sendiri? Satu je pun." Tapi semuanya tersekat di kerongkong. Dia mahu menjadi isteri solehah, tak apalah dia berkorban sikit.

Situasi Empat:

"Abang, letak je lah pinggan kat situ. Nanti saya basuhkan." Si isteri menawarkan dirinya untuk membasuh pinggan mangkuk di sinki.

"Eh, Tak apelah, sikit je pun. 5 minit tak sampai. Mangkuk-mangkuk lauk tu, meh sini abang basuhkan."

"La, xpelah bang, tu tugas saya.." Si isteri cuba menolak. Kesian jugak tengok suami penat-penat pulang, basuh pinggan pulak.

"Sape kata ni tugas isteri? Nabi pun buat kerja rumah tau. Siap menjahit lagi. Abang tak pandai menjahit. Basuh pinggan pandai la. Ala, basuh-basuh macam tu je, lepas tu dah. Boleh tengok tv sama-sama. Ni abang tengok tv sorang-sorang, isteri abang pulak sibuk mengemas dapur. Tak patut-tak patut." Sambil tangannya sibuk membasuh pinggan di sinki.

"Ya Allah, alhamdulillah..ringan sikit rasa beban ni."Si isteri tersenyum. Badan penat terus hilang sebab gembira dengan si suami yang memahami.

Balas si isteri,"Nanti saya potongkan buah tembikai ye," Dua-dua tersenyum.


Nota kaki:

#Anda, golongan manakah? Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, ’Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ =)

#Isteri, selami rasa suami. Suami, selami rasa hati isteri. Persefahaman dan tidak mementingkan diri itu penting dalam rumahtangga..Saling memahami, insya Allah lebih harmoni.=)

#Mungkin juga situasi ni berlaku dalam hal-hal rumahtangga yang lain, tapi konsepnya sama. Elakkan dari mementingkan diri, Insya Allah..=)

#Saya belum pun berumah tangga,^_^ tapi pengalaman itu berdasarkan apa yang berlaku disekeliling saya, diselami dan difahami sebelum dikeluarkan dalam bentuk penulisan..Semoga menjadi panduan juga untuk diri sendiri, insya Allah..^_^

3 comments:

Anonymous said...

good,,satu perkongsian yg matang..

Anonymous said...

excellent typing! :) keep it up

Tg fatin said...

Terima kasih kepada semua pembaca.=)