Tuesday, January 24, 2012

Make people happy, and you'll be happy too..^_^

Assalamualaikum..


We celebrated Erdhina's birthday (my niece) last night...^_^Actually we did not plan any celebration, it's just a last minute plan.

Okay the story is like this. My sister invited us to have dinner at their house last night, and she did baked a chocolate cake the previous day. So she asked me to did some decoration on the cake for Erdhina, and I'm happily accepted it,. yes because I love decorating cake but too lazy to bake cake, hehe, at least for now.

So yesterday I did some decorations on the cake. The challenge is to alter the shape of the cake because actually she baked a rectangular shape cake, and I thought it's not suit for a birthday cake. Yea I know I can did some cartoon-theme like thomas the train but my sister didn't like the idea plus I'm lazy too..hehe. Okay2,,back to the story. So I've come with the idea to bake some more cake and make it a round cake.

The shape is something like this.

Tadaa! so the cake becomes like this.


I just baked normal butter cake and whipped cream mixture for the topping..Alhamdulillah it comes out nice but inside is little bit chaos. hehe.

Inside:


Then, an idea came across my head. Why not I buy some balloons for Erdhina, maybe we can just throw a simple party for her. I like the idea so I immediately went to shop some accessories for the dinner. I even bought the party hat for her.^_^

I asked my brother to blow the balloons at our house beforehand so that it will save time. We put the balloons in the car and brought them to my sister's house, it's quite funny to see you know. =) It's actually a surprise for my sister too, and I'm so happy the things were going smoothly as planned. Erdhina seems so excited but feel shy at the same time. Hehe, she's too cute for being shy.^_^

The pretty birthday girl..^_^

All-time-favourite: Chicken Rice..:^_^

The mama..^_^

with papa..=)

Then all of a sudden, one of the balloons exploded.. Everyone were shocked and Erdhina immediately cried because she thought it's her fault..hehe, it's funny as I clapped and said, "wow, the balloon is explode, good job Dina.." just to make her calm..Don't make sense isn't it? Hehe. Because as far as I know, little kid will cry if they feel insecure and worry if people will scold them. In other words I'm trying to say, "Erdhina you did nothing wrong, don't worry" but I did it in another way around.^_^

So everything back to normal after a while and Erdhina did some activities on her own, she looked happy so we're happy too..=D..


And last but not least, I put here the picture of the baby~ Erdhina's little brother:

Muhammad Esyraf Haziq..^_^


So at the end, I believed it's such a beautiful feeling if we try to make people happy as we'll be happy too..The meaning of life is to give, maybe even more than we could accept because Insya Allah, you'll get back more through the way you never imagine.. Allah knows better.^_^

See you next entry..^_^

~Fatin

Friday, January 20, 2012

Perompak.

Assalamualaikum..

Dia nekad. Nyawa sendiri harus diselamatkan. Satu terjunan nekad mengiring dilakukan. Dia melayang di udara, sempat membayangkan diri seperti superman yang mampu terbang.

"Buk". Bunyi badannya terhempas di atas lantai. Ah, tersilap percaturan. Kepalanya jatuh di atas lantai kerana tangan terperangkap di sebalik penutup itu."Aduh," dia mengerang. Sakit, ngilu sekali dirasakan.

Mujur ada penutup itu, sebelah tangan dan kepalanya sama terperangkap. Namun dia tidak peduli, dia harus cepat bertindak. Derap kaki penghuni rumah semakin menghampiri. Sungguh, dia tak mahu tertangkap.

Ini bukan kali pertama dia memecah masuk rumah. Dia sudah berpengalaman, masakan kali ini tertangkap. Tidak, walau apa sekalipun yang berlaku, dia harus menyelamatkan diri. Demi maruah. Dia bingkas bangun.

Dengan penutup itu masih melekat di kepalanya, segala kudratnya dikerah. Agak terbatas pergerakannya. Dia berlari menuju ke pintu dapur. Ah, tuan rumah itu ada di situ.

"Jangan harap aku tertangkap, aku jaguh lumba lari sewaktu kecilku,"sempat hatinya terdetik.

Dengan sisa semangat yang ada, dia mula memecut laju ke arah ruang makan rumah itu. Tuan rumah kelihatan terpaku, mungkin tidak menyangka tindakannya yang sebegitu. Dia tidak peduli. Yang penting, nyawanya harus diselamatkan. Sambil berlari, penutup itu berjaya ditanggalkan. Dengan pantas dia melompat melepasi tingkap di ruang makan itu.

Dia berpaling ke belakang. Tersenyum sinis. "Aku jaguh, jangan pandang rendah padaku!" Dia sedikit angkuh. "Aku akan kembali, bersedialah,"bisik hatinya penuh keyakinan.

Tuan rumah hanya menggeleng-geleng kepala. Haiwan berkaki empat berwarna putih bertompok hitam itu sudah tidak kelihatan. Menghilang di sebalik jeriji besi tingkap di ruang makan. Dapur kelihatan berselerak. Penutup tong sampah yang berwarna biru itu bergolek di atas lantai.

"Memang dasar perompak," tuan rumah bercakap dengan diri sendiri. Geram, namun terasa sedikit lucu dengan terjunan yang dilakukan oleh si kucing perompak itu. Kelihatan nekad, walaupun tangan dan kepala terlekat di celah penutup tong sampah kecil yang boleh ditolak dengan tangan itu. Terjunan mengiringnya dari atas sinki ke atas lantai kelihatan gagal mendarat dengan betul.

"Kasihan," Nada sedikit menyindir, sambil tersenyum seorang diri.

Petang itu peristiwa rompakan tersebut tersebar dengan meluas di negeri Baitul Syakirin. Semua penghuni rumah kelihatan meluat dengan si kucing perompak yang tak pernah berputus asa. Sebelum ini, penutup biru yang sama juga ditemui di ruang makan yang sama.

Memang dasar perompak!


Gambaran penutup tong sampah: di sebelah kiri berwarna biru tetapi saiz lebih kecil dan muat-muat kepala si kucing perompak.


.......................................


Ya, perompak yang dimaksudkan di sini adalah seekor kucing yang tak pernah mahu berbaik dengan kami. Dibesarkan ibunya dengan sikap prejudis terhadap tuan rumah. Di mana silapnya, kami dipandang seperti musuh. Cubaan berdamai tidak pernah diendahkan..Dia lebih rela menjadi perompak dari dilayan seperti tetamu kehormat. Well, it's his choice. =p

P/s Bertemu perompak manusia? Nauzubillahimnzalik! Ya Allah, minta dijauhkan dari kami semua, amiin.

~Fatin

Wednesday, January 18, 2012

Melunakkan suara di hadapan lelaki ~konflik

Assalamualaikum..

Handphone itu dicampaknya ke atas bantal. Tanda protes pada diri sendiri. Tanda tidak suka. Mahu dicampak ke lantai, takut rosak pula.

"Kenapa ni, ada masalah ke?" Si kawan menegur.

"Tak ada apa-apa," cuba berdalih. Padahal semua sudah diekspresikan dengan lontaran handphonenya. Ada rasa bersalah pada handphone itu. Handphone itu tak bersalah. Fungsinya hanya untuk menghubungkan manusia. Ada sedikit rasa kesal kerana melampiaskan rasa marah pada yang tidak sepatutnya.

"Habis tu, kenapa campak handphone tu. Kalau tak nak bagilah aku," kawannya cuba mengalihkan mood yang kelihatan berat itu. Cuba bergurau, tapi nampaknya tiada respon. "Berat masalah ni," detik hati si kawan.

"Ok cuba cerita, tak suka ke si dia telefon? ada masalah? ke dia marah-marah?" Kawannya cuba serkap jarang.

"Bukan.."Lambat-lambat dia menjawab."Suka je. Suka sangat. Tapi tak suka." Dia termenung.

"La, ape tu. Suke ke tak sebenarnya?"

"Suka..sebenarnya happy, sangat. Bukan selalu dapat bercakap dengannya. Tapi saya takut..Tak tahulah nak bagitau macam mana."

"Tak fahamlah. Takut apanye?"Kawannya makin keliru.

"Hmm..tak tahulah. Entah apa yang saya cakap tadi. Dia ada buat lawak, saya tergelak.. Lepas tu saya pun ada cakap apa entah, tapi ada sesuatu yang buat saya tak sedap hati..saya perasan suara saya lembut je. Tiba-tiba teringat surah Al-Ahzab ayat 32 tu,

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."

"Alah, mana ada manusia sempurna. Jangan samakan diri kamu dengan isteri nabi pulak, kamu pun bukan saje nak cakap-cakap tak ada sebab. Sebab perkara penting je kan tadi," Kawannya cuba memujuk, menenangkan dirinya yang kelihatan tidak tenang.

"Betul tu, tapi isteri nabi kan contoh terbaik utk kita. Mana yang baik, kita ikutlah.Jauhnya rasa, astaghfirullahal'azim.."Sedih dia mengenangkan itu.

"Habis tu, takkan tak boleh cakap langsung dengan lelaki?" terasa juga kawannya. "Janganlah jumud sangat."

"Memang tak salah. Nak cakap, cakaplah. Kalau mampu keraskan suara masa bercakap dengan lelaki, cakaplah. Lebih-lebih lagi kalau ada urusan penting. Tak ada siapa halang. Yang jadi masalahnya bila kita lembutkan suara. Boleh menyebabkan perkara baik jadi salah.. Nanti perkara yang nak disampaikan entah ke mana, kita pun entah ke mana. Tak pasal-pasal jadi punca kelalaian seorang lelaki, dengan kita-kita pun jadi lalai..Mulalah angau nanti."

"Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Qur'an), kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.

"Dan sungguh, mereka (setan-setan itu) benar-benar menghalan-halangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (Az-Zukhruf: 36-37)

Dia menyambung,"Saya pun bukanlah kuat sangat..walaupun saya boleh je nak kawal diri sendiri, tapi saya tahu lama-lama saya dah tak boleh nak control dah. Sebab tu lah mungkin Allah kata jangan hampiri zina. Sebab Allah tahu kita tak kuat. Sekali kita rasa selesa dengan perkara tu, susah dah nak elakkan perkara tu..betul tak?"

Dia menyesali dirinya tadi. Sebab tu dia mahu cuba elakkan bercakap dengan lelaki. Dia tahu memang tak salah kalau atas urusan penting, tapi dalam berkomunikasi tu, dia takut dia pula yang terlebih-lebih. Dia takut dia sendiri tak dapat mengawal intonasi suaranya..Nak-nak waktu malam macam ni.

"Hmm..jauh sangat kamu ni berfikir..jadi diri sendiri je lah."

"Habis tu, kalau dalam diri saya suka mencuri, saya kena jadi pencuri lah ek. Ataupun kalau saya panas baran, saya bolehlah lepaskan kat sapa-sapa pun. Macam tu ke..?Jadi diri sendiri kan."

"Bukanlah macam tu.."

"Saya tahu diri saya tak baik, tapi saya tak mahu terus jadi tak baik. Itulah yang saya faham. Jadi diri sendiri, perlu selaras dengan Islam. Kalau tak, mungkin kita hanya terpedaya dengan bisikan syaitan."

Perbualan mereka terhenti. Dengan seribu satu persoalan lain yang timbul. Antara menjadi diri sendiri atau mengikut garis panduan di dalam islam. Antara mahu jadi umat Nabi Muhammad yang baik atau menjadi umat zaman ini yang selesa dalam kemungkaran. Semua itu pilihan. Mahu ke syurga atau dihumban ke neraka? itu juga pilihan.
...........................................

Ini cuma cerita yang bermain di fikiran saya. Watak-watak hanya sekadar bermain di minda. Nak tulis novel, tapi tak pandai. Tulis dalam blog je lah..Semoga menjadi teguran untuk diri sendiri juga. Wallahua'lam.

Jumpa lagi!=)

Thursday, January 12, 2012

"Abang, takkan pinggan sekeping ni tak boleh basuh?"

Assalamualaikum..


Situasi Satu:

"Abang, takkan pinggan sekeping ni tak boleh basuh?"Suaranya bergetar menahan geram.

"La, orang lelaki mana basuh pinggan. Tu kerja orang perempuanlah."Balas si suami endah tak endah.

"Abang, saya ni dah satu hari penat, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, madi anak, anak menangis lagi, masak lagi. Takkan sekeping ni pun awak tak boleh basuh,"Si isteri masih tak puas hati. Geram. Badannya penat juga, bukan suami je yang penat.

"Eh awak ni kenapa? saya satu hari kat pejabat, otak saya penat tau tak..awak kan suri rumah je, memang kerja awak pun. Kenapa nak merungut sangat ni. Saya bekerja pun nak beli pinggan mangkuk yang awak nak sangat tu. Adillah tu."Suara masing-masing mula meninggi.

"Abang ni kenapa. Saya nak pinggan mangkuk ni pun sebab nak masak untuk awaklah. Tu pun tak boleh faham ke."

Seterusnya masing-masing mula mengungkit kekurangan masing-masing. Badan yang penat menjadi tegang, kepala mula berasap dan ada pula pihak yang menghasut dalam diam. Ingatkan habis di situ, rupanya perasaan tidak puas hati itu dipendam, dan menjadi dendam dalam diam. Mungkin akan diungkit lagi untuk pergaduhan di lain kali.

Situasi Dua:

"Abang, takkan pinggan sekeping ni tak boleh basuh?"Suaranya bergetar menahan geram.

"Oh maaf-maaf. Abang lupa. Meh abang basuh," Dicapainya pinggan yang digunakannya, lalu dibasuh, dibilas dan disimpan di rak. Dia terdengar getaran di suara isterinya. Kalau tak dibasuh ni, mahu jadi gaduh ni.Kemudian berlalu untuk menonton televisyen.

"La, satu je dibasuhnya?"Detik hati si isteri. Padahal mangkuk lain tersusun di dalam sinki menunggu untuk dibasuh."Takpelah, at least dia basuh pinggan sendiri. Oklah dari tinggal je terus," Kemarahannya menurun, sejuk sikit mendengar kata maaf dari suaminya.

Situasi Tiga:

"Abang, letak je lah pinggan kat situ. Nanti saya basuhkan." Si isteri menawarkan dirinya untuk membasuh pinggan mangkuk di sinki.

"Okay," si suami tersenyum lega. Badannya penat sekali baru pulang bekerja. Isterinya seorang suri rumah. Suri rumah kan tak ada kerja sangat nak buat. Dalam fikirannya.

Dalam fikiran si isteri pula," Hmm..penatnya badan. Satu hari menjaga anak, basuh baju, lipat baju, memasak, pergi pasar,nak kena basuh pinggan mangkuk pulak, periuk kuali lagi. Penatnya..Kenapa suami tak tawarkan nak basuh pinggan sendiri? Satu je pun." Tapi semuanya tersekat di kerongkong. Dia mahu menjadi isteri solehah, tak apalah dia berkorban sikit.

Situasi Empat:

"Abang, letak je lah pinggan kat situ. Nanti saya basuhkan." Si isteri menawarkan dirinya untuk membasuh pinggan mangkuk di sinki.

"Eh, Tak apelah, sikit je pun. 5 minit tak sampai. Mangkuk-mangkuk lauk tu, meh sini abang basuhkan."

"La, xpelah bang, tu tugas saya.." Si isteri cuba menolak. Kesian jugak tengok suami penat-penat pulang, basuh pinggan pulak.

"Sape kata ni tugas isteri? Nabi pun buat kerja rumah tau. Siap menjahit lagi. Abang tak pandai menjahit. Basuh pinggan pandai la. Ala, basuh-basuh macam tu je, lepas tu dah. Boleh tengok tv sama-sama. Ni abang tengok tv sorang-sorang, isteri abang pulak sibuk mengemas dapur. Tak patut-tak patut." Sambil tangannya sibuk membasuh pinggan di sinki.

"Ya Allah, alhamdulillah..ringan sikit rasa beban ni."Si isteri tersenyum. Badan penat terus hilang sebab gembira dengan si suami yang memahami.

Balas si isteri,"Nanti saya potongkan buah tembikai ye," Dua-dua tersenyum.


Nota kaki:

#Anda, golongan manakah? Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, ’Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ =)

#Isteri, selami rasa suami. Suami, selami rasa hati isteri. Persefahaman dan tidak mementingkan diri itu penting dalam rumahtangga..Saling memahami, insya Allah lebih harmoni.=)

#Mungkin juga situasi ni berlaku dalam hal-hal rumahtangga yang lain, tapi konsepnya sama. Elakkan dari mementingkan diri, Insya Allah..=)

#Saya belum pun berumah tangga,^_^ tapi pengalaman itu berdasarkan apa yang berlaku disekeliling saya, diselami dan difahami sebelum dikeluarkan dalam bentuk penulisan..Semoga menjadi panduan juga untuk diri sendiri, insya Allah..^_^

Wednesday, January 11, 2012

Pengaruh sahabat dalam kehidupan~

Assalamualaikum..

Saya masih ingat, sewaktu saya akan menjejakkan kaki di matrikulasi PJ, saya sangat bimbang dengan apa yang saya hadapi. Sahabat yang bagaimana akan saya temui. Sebab saya sangat memahami hadis ini:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

(Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari)

Waktu itu saya bimbang jugak dengan diri sendiri. Apa tidaknya, saya tahu sangat yang saya ni memang cepat terpengaruh. Saya tahu saya tidak kuat. Saya memang mudah sangat terikut-ikut dengan persekitaran. Saya fikir kalau saya dapat kawan yang teruk, memang macam tu jugalah saya nanti. Baru saya sedar perkataan "pengaruh rakan sebaya" yang selalu digunakan dalam karangan Bm tu memang benar-benar berlaku dalam diri remaja. Saya sendiri tak kuat untuk melawan pengaruh itu. Saya harap sangat saya dapat kawan-kawan yang baik, jadi kalau saya terpengaruh sekalipun, hanya ke arah kebaikan. Kadang-kadang saya benci apa yang saya suka. Sebab yang saya suka itu kadang-kadang merosakkan diri saya..Saya tak mahu diri saya terus menjauh, tergelincir dan terus sesat dari jalan kebenaran.Nauzubillahiminzalik..Sebab itu saya mahu kawan yang dapat menegur saya kalau saya terlalai.

Namun Allah lebih mengetahui. Sesungguhnya saya tiada masalah dengan kawan-kawan saya waktu itu. Semua baik, cuma tidak ke arah membudayakan Islam itu sendiri. Pergaulan agak bebas, pemakaian tidak mengikut syariat, banyak perkara tidak selari dengan Islam dan saya hanya mampu melihat kerana tidak punya kekuatan menegur. Ternyata saya tidak tenang. Saya rasa saya makin lama makin menjauh dari Allah. Sedikit-sedikit, jadi lalai tanpa saya sedar..Sungguh saya tak sedar akan perubahan saya waktu itu. Apa yang saya tidak suka lakukan suatu masa dahulu, perlahan-lahan saya terlibat sama. Benar sekali hadis di atas, "Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." Mungkin saya tidak sampai terbakar, tapi ada juga bau busuk itu menghinggapi saya, sekali sekala.

Walaupun keadaan masih terkawal dan saya masih menjaga batas-batas saya, namun saya sangat bimbang jika ia berlarutan, tak mustahil saya akan semakin jauh. Dalam diam saya bersunguh-sungguh berdoa agar Allah menemukan saya dengan mereka yang faham apa yang saya mahukan. Saya mahukan kawan-kawan yang mampu membuatkan saya jadi lebih baik, yang mendidik saya dengan akhlak mereka, dan yang menegur jika saya salah. Sebab saya tahu jika saya buat salah, saya tak akan perasan kesalahan itu sebenarnya satu kesalahan. Ini yang saya takutkan. Saya takut tertipu dengan diri sendiri.

Alhamdulillah, Allah mendengar kata hati saya. Tidak lama kemudian, saya mula mengenali kawan-kawan yang memahami saya..Seperti biasa, saya yang cepat terpengaruh ini tidak lepas dari pengaruh mereka,tapi apa yang saya suka adalah mereka membawa pengaruh yang baik pada saya dan saya sedikit lega. Saya mula menjinakkan diri ke usrah, saya ingat benar arwah ummi saya pesan,

"Cubalah cari dan join usrah, biar orang tak ajak pun, tapi kita kena cari."

Sekarang baru saya faham kenapa ummi berpesan begitu. Ada kepentingan dan keseronokan dalam berusrah. Diri saya tertegur dengan sendiri apabila mereka lebih banyak beramal dari saya. Saya jadi cemburu dan mahu buat diri jadi lebih baik. Saya mula rasa lebih tenang sedikit walaupun ada juga masanya saya malas dan beri berjuta alasan bila kesibukan melanda..Alhamdulillah..Allah masih mahu menjaga saya. Juga saya memohon agar Alah menjaga sahabat-sahabat saya, kerana saya mencintai mereka kerana Allah..Insya Allah.

Betapa pentingnya peranan seorang sahabat. Benar, saya sangat mengakuinya. Mereka membentuk saya tanpa saya sedar. Kerana itu saya yakin untuk menjadi baik, kita perlu bersahabat dengan mereka yang lebih baik. Supaya hidup kita bermotivasi.Bukan sedikit masalah dalaman saya, jangan lupa saya masih lagi seorang remaja. Saya cepat terpengaruh. Saya sukakan hiburan. Saya menggemari fesyen. Saya mahukan keseronokan. Tipu jika saya katakan yang saya tidak pernah mahu memakai pakaian yang cantik-cantik, dipuji dan menjadi perhatian. Tipu juga jika saya katakan saya suka memakai tudung berbidang besar di awal pemakaian saya, perlu memakai stokin kaki, dan terpaksa lupakan pakaian-pakaian cantik yang kurang sopan yang sehingga kini masih ada dalam almari bilik saya. Dan tipu juga jika saya katakan saya tidak pernah diuji dengan kehadiran lelaki. Saya sama seperti remaja lain. Banyak sekali konflik dalaman yang terpaksa saya atasi dalam mempertahankan agama dan prinsip saya.

Namun alhamdulillah, sekuarang-kurangnya mempunyai sahabat yang baik sedikit sebanyak membantu saya mengharungi segalanya dengan lebih baik. Tanpa sedar mereka mengajar saya untuk mengawal emosi dan kehendak diri sendiri. Saya mula menyayangi diri sendiri. Saya mula faham, kecantikan itu hanya untuk suami. Keseronokan hanya sementara. Maka, di sinilah saya masih berjuang untuk istiqamah, kerana saya tahu istiqamah itu lebih sukar dari membuat perubahan ke arah kebaikan. Saya sentiasa berdoa agar Allah tidak memesongkan hati saya setelah apa yang Allah berikan..amiin.

Kenapa saya menulis ini? Sebab saya mahu setiap mereka yang mahu berubah tahu, setiap perubahan memang perlukan jihad yang besar. Lebih-lebih lagi untuk mengatakan tidak kepada keinginan sendiri. Dan juga betapa seorang sahabat sangat mempengaruhi seseorang seperti dalam hadis di atas. Jika pernah jatuh, masih ada masa untuk bangkit kembali. Jika terlupa, sama-sama mengingatkan. Bergeraklah segera menghampiri hidayah Allah, usahalah, jangan lepaskan ia dan berjuang sehabis mungkin, kerana kita sebenarnya sedang kembali kepada fitrah manusia, menjadi hamba kepada Allah. Carilah sahabat yang memahami perasaan yang mahukan perubahan itu. Insya Allah, Allah akan memudahkan jalan anda dan pertemukan anda dengan sahabat yang akan membantu anda di akhirat kelak..amiin.=)

~Sekadar coretan rasa,
fatin

Tuesday, January 10, 2012

Rabbit pendrive~sweet memory.

Assalamualaikum..

"Hi! How are you? My name is rabbit. This is my story.

The first day I met my owner,I'm so happy. She looks nice.=p..Her friend named Asmaa' bought me for her, and my owner said I'm super cute and said that she likes me so much. She even gave me a hat to make me look more cute.

Even though I like the idea of having a hat, but I don't think it's a brilliant idea to take my body as a hat. She should buy another "real" hat if she's really want to, but I think she is trying to provoke me.

It's ok. After all I'm just a pendrive. But sometimes I did worried about my ownwer. She thinks about me too much, and she want me to have friends so I don't feel lonely. It's a good thing, but, yea,why should a pendrive has friends? She should allow me to have facebook account instead. (-.-")

So meet my new friend.

I remembered one day my owner said this," This keychain will be your best friend forever,". I don't know what is the keychain means, but she did stick to me wherever I go. It's okay, I like her because she let me rest in her like a blanket.


Then, my owner introduced me to another friend. She's so pretty! And she's so lucky because my owner put her on her bag, so she can see the environment clearly. I always just stayed inside the hot-dark-boring bag, i'm lucky I have my best friend with me. It's okay then.

"Let's take picture together.Smileee!^_^"
Last but not least, my other friend. She is super big, but so cute. Hehe. We always play together when my owner don't have anything to do. Now we are a happy big family.^_^

Thank you my owner! You make me feel so blessed and happy!^_^"

Note: I found this diary of my rabbit pendrive. She's being kidnapped long ago and I miss her so much now. We've created such beautiful memory together..Till meet again.=)
~Fatin

Monday, January 9, 2012

Saya seorang pendiam?

Assalamualaikum..


Lama tak berupdate. Saya masih berpraktikal. Seronok pula. Banyak yang saya belajar kat sini. Kawan-kawan praktikal yang lama dah habis, masuk pula kawan baru. Suka.^_^..Alhamdulillah, tapi kan rupa-rupanya saya taklah pendiam sangat seperti yang saya sangka. Eh. Ye, dulu saya ingat saya seorang yang pendiam. Tiba-tiba masuk seorang kawan baru yang lebih pendiam dari saya..Tidak menegur kalau tidak ditegur. Oh. Mungkin tahap pendiam saya tidak sebanyak itu..

Baru saya sedar, saya mungkin pernah menjadi pendiam, tapi saya rupanya dah mengatasi masalah itu tanpa saya sedar. Alhamdulillah. Mungkin masih ada kualiti pendiam itu dalam diri saya, tapi saya rasa,sekarang lebih bertempat. Dan mungkin juga bergantung dengan siapa saya berkomunikasi. Jika dia peramah, maka saya juga menjadi peramah. Jika dia pendiam, mungkin saya akan jadi lebih-lebih pendiam darinya. Atau jika dia ceria, saya mungkin terlebih-lebih ceria. Ah, lupa, masih bergantung pada mood juga..hehe.Hmm, lebih fleksible agaknya. Seperti pembaris yang boleh dilentur, jika terlebih lentur mungkin patah.*Mungkin juga ini tidak berkaitan.


Ada masa ceria, ada masa moody, ada masa happy, ada masa sedih, tu semua pusingan hidup kan? Yang penting bagaimana kita menghadapi semua itu dengan baik. Insya Allah, belajar menangani emosi dengan lebih berkesan.^_^

~Fatin

Tuesday, January 3, 2012

Nasi Carrot & Kek Coklat

Assalamualaikum..


Dua hari yang lepas bersamaan hari Ahad adalah birthday abah. Saya memang bercadang nak buat kek sehari sebelum hari kejadian, tetapi kerana tak sempat, tak terbuat pulak saya. Jadi saya dan adik bercadang sekadar nak beli kek di kedai dan keluar makan-makan di luar.

Tapi entah macam mana, bila je sampai rumah petang tu dari pejabat( Terengganu kerja hari ahad), tanpa fikir panjang saya terus jugak buat kek tu. Dan tiba-tiba terfikir baik saya masak je malam ni, tak payahlah keluar makan..Aha, muncul pulak idea lain tiba-tiba walaupun badan penat sebenarnya. Baiklah, saya nekad. Saya nak masak jugak untuk malam ni. Lebih kurang pukul 6 lebih, dengan bantuan adik saya, saya pun mula memasak nasi carrot. Kebetulan ada ayam dalam peti ais. Saya tak fikir panjang dah, terus je saya buat dan saya cakap kat adik saya, seumur hidup ni lah pertama kali saya buat sendiri nasi carrot. Reka je lah kan. Sebelum ni pun saya cuma tolong-tolong orang je.

Masalahnya, masa nak buat gulai ayam, tiba-tiba takde santan. Ah sudah. Tapi saya selalu fikir, orang yang pandai masak adalah orang yang mampu guna apa saja yang ada dalam dapurnya.Buka peti, nampak air susu dutch lady, terus saya ambik untuk gantikan santan..Tak kisah la kan, yang penting, siap. Hasilnya,memang sedap..alhamdulillah.^_^

Jadinya, terkejar-kejarlah saya di dapur, nak buat kek coklat dengan nasi carrotnya lagi dalam masa yang sama. Mujur adik saya ada membantu. Adik pulak dah nak balik ke tempat belajarnya malam tu jugak, dia kata nak makan lepas magrib. Baiklah, saya senyum je. Hehe, entah sempat ke tak la kan.

Setelah bertungkus lumus di dapur, lebih kurang pukul 8.45, semua dah siap terhidang atas meja. Saya puas. Maghrib tadi sempat lagi berjemaah dengan ayah.Kek coklat pun dah siap. Alhamdulillah, dimudahkan semuanya.

Jadi ni pengalaman pertama masak nasi carrot, hehe, saya rasa nasi tu boleh diimprovekan lagi, mujur lauk semua menjadi..Ni lah hasilnya malam tu:




Kek Birthday abah tak sempat pun nak hias cantik-cantik, adik sibuk suruh tengok cerita 3 idiot yang amir khan berlakon tu..Nak tinggal gi dapur kejap pun dia tak bagi.(-.-") Tapi bestlah malam tu, seronok je tengok2 cerita, makan kek, dan puas hati sangat nasi carrot habis licin. Alhamdulillah, semua suka nampaknya.^_^


Cuma apa yang saya dapat rasakan, bila kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas, semua jadi mudah, semua jadi cepat dan hasilnya sangat puas hati. Mungkin disebabkan keikhlasan tu, perkara tu jadi berkat.=) Tapi kalau hati tak ikhlas, saya rasa semuanya rasa berat je nak buat..Betul tak? Kadang-kadang ikhlas ni perlu dicari jugak, sebab nak tunggu ikhlas datang, rasanya banyak kebaikan yang tak terbuat nanti..Insya Allah, sama-sama didik diri supaya ikhlas tu muncul. Kalau tak ikhlas nak buat sesuatu tu, fikir je syaitan mmg x suke tgk kita buat baik, jd syaitan sila pergi jauh2. Inilah yang saya maksudkan bila saya kata, kadang-kadang musuh kita ni adalah diri sendiri. Kena berusaha untuk ubah diri, lama2 insya Allah akan hadir keikhlasan tu. Wallahu'alam..^_^

Jumpa lagi!^_^
~Fatin

Monday, January 2, 2012

Fenomena Ustaz Azhar & koleksi video countdown 2012

Assalamualaikum..


Tahniah diucapkan kepada semua yang memilih untuk menghadiri countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idris. Satu pilihan yang bijak.=) Memandangkan saya tidak pun pergi bersama menghadirkan diri, hanya mampu menonton vidoe-videonya sahaja. Ni antara koleksi Ustaz Azhar sempena sambutan Tahun Baru di Shah Alam baru-baru ni..Saya letak di sini supaya mudah sikit untuk tonton video-video ni dengan kualiti yang agak baik. Dan juga untuk memudahkan abah untuk menonton semuanya tanpa perlu cari satu-satu di youtube.^_^ Saya susun viseo-video ni bukan mengikut turutan ye, hanya mengikut tajuk..Semua ni saya cuma ambil dari youtube.. so, kredit kepada semua pemilik video.=)

1) Zizan tiru gaya ustaz Azhar~



2) Soalan: nak jadi menantu ustaz:



3) Soalan: Kenapa ustaz tak masuk raja lawak?^_^



4) Soalan: Apa hukum main alat muzik?



5) Ustaz dan Zizan main gitar~



6) Soalan: Apa hukum langgar lampu merah, ustaz?



6)Berapa meter kereta ustaz??hehe.



Alhamdulillah, dikhabarkan lebih 70 000 orang hadir bersama-sama ustaz pada malam tersebut. Subhanallah, besar angka tu. Sila perhatikan keratan akhbar sinar harian di bawah ni, yang nombor tiga tu. Salah satu bukti fenomena Ustaz Azhar semakin melebar luas dalam negara ni. Fenomena yang sihat, semoga Ustaz terus dipelihara dan dipermudahkan urusannya selalu, amiiin.=)


Lagi Gambar:

~Kredit to google


Sama-samalah kita mengambil manfaat dari semua video di atas ni, berhibur-berhibur juga, amal jangan lupa.=)
~Fatin

Aura Ustaz Azhar

Assalamualaikum..


Tahu kan pasal fenomena Ustaz Azhar? Alhamdulillah, terharu sangat dengan penerimaan anak muda dengan ustaz azhar ni..Kat mana je Ustaz Azhar pergi mesti mendapat sambutan hangat..Bukan calang-calang ustaz ni, dengan mat-mat rempit sekali pergi dengar. Gambar-gambar di bawah menunjukkan buktinya, semua gambar ni kredit ke fb rasmi Ustaz Azhar.

~Bersama Sham Kamikaze

~Bandar Baru Bangi

~Ipoh

~JB

~Kuantan

~Taman Sri Gombak Selangor


Semoga Ustaz Azhar dipermudahkan urusan, dan jangan tak tahu, Ustaz Azhar ni sangat kelakar, sebab tu ramai yang minat..Suka dengar ceramah ustaz Azhar yang sempoi tapi bermanfaat. Jom sebarkan fenomena Ustaz Azhar!^_^