Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala
Semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa, merawat duka, damai di jiwa
Terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta, kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta, tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati, hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda, tulus suci selamanya
Cintakan saudara, masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan, suburkan dengan ketakwaan
5 comments:
Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama
:)
::hawa::~dalam maksud kata2 itu..Tapi apa yg kita suka x semestinya yang terbaik utk kita kan?=)..Hanya Tuhan yang tahu.
stuju2.... :)
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
samada ia benar atau sebaliknya...
Tp kata2 kat ats tu adalah Cinta Utama iaitu cinta yang abadi ( Cinta terhadap Ilahi)
::hawa::~Insya Allah itu yg kita cari kan.=)sama juga orang itu, semoga berjumpa dengan cinta yg sebenarnya..=)
semoga saudari2 sekalian jumpa apa yg di cari....
a free advice 4 u gurlz... (free btl2 nie)...
bercintalah selepas berkahwin.... pelik kan??? x ada yg peliknya krna itulah yg sepatutnya...
sincere advice from white...
Post a Comment