Monday, January 25, 2010

Sekeping surat~

Assalamualaikum..

"Ke hadapan pemilik blog ini..

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu. Lihat kembali, apakah ujian yang menimpa kali ini terlampau berat sehingga kamu tidak mampu bangkit kembali?Jangan jadi lemah.

Walaupun di saat ini hati kamu sedang bermujahadah, untuk melakukan apa yang tidak kamu sukai, namun tabah dan bersabarlah. Sesungguhnya kesabaran itu sebahagian dari iman. Hakikat bukan selalunya indah. Lihat, kenapa perlu kamu bersedih kerana hanya perlu memakai tudung di rumah sendiri kerana abang ipar tinggal di sini? Ya, keberadaanya di sini pun hanya sementara dalam menjaga kakak kamu berpantang. Cuma harus memakai tudung, ternyata satu isu yang kecil namun bisa membuat emosi kamu terganggu..Ya, bukan mudah menghabiskan sepanjang masa di rumah dengan bertudung kepala dan memakai baju berlengan panjang, apatah lagi ketika berada di dapur memasak dengan minyaknya, ikannya, pinggan mangkuk untuk dibasuh hingga menyebabkan baju kamu basah lencun. Belum dikira haba dan bauan2 yang melekat di tudung, sangat rimas. lebih2 lagi cuaca tidak menentu menyebabkan emosi kamu benar2 terganggu. Kamu bukan sempurna, namun berusahalah ke arah itu.

Lihat saja apabila amarah menguasai akal, mudah saja kamu berasa tertekan dan menyebabkan beras yang baru dibeli tumpah bertaburan di atas lantai, gelas kaca 2 biji kamu pecahkan, mula sakit hati dan tidak ikhlas dalam pekerjaan. Makin berserabut jiwa kamu dan mula ingin menangis. Apa dah jadi? Setakat inikah tahap kesabaran yang ada pada mu?Istighfar fatin, banyakkan bersabar. Bila amarah mulai menyerang, cepat tinggalkan keadaan itu dan cepat basuh muka, kerana api dapat diredakan dengan air. Berwudhu'lah, semoga kamu menjadi lebih tenang.

Sudahkah kamu lupa saat kamu berada di hospital suatu masa dahulu, kamu juga memakai tudung 24 jam,36 jam, 48 jam walaupun ketika tidur kerana menjaga aurat kamu dari dokor lelaki? Jika saat itu kamu punya kesabaran itu, kini keadaannya sama cuma suasana berbeza. Tabahlah, tiada guna marah2 kerana pada siapa akhirnya kemarahan kamu ditujukan?orang di sekeliling kamu juga.

Bertudung itu kerana mengikut perintah Allah. Sebab itu kamu harus kuat. Bukan perkara yang main2. Walaupun dikatakan ini rumah kamu, namun abang ipar itu tetap bukan muhrim. Sepupu juga walaupun ketika kecil kamu sudah terbiasa tidak bertudung, tapi sekarang kamu menanggung dosa jika tidak bertudung di hadapan sepupu atau saudara mara. Kuatkan semangat kamu untuk sentiasa akur dengan perintah Allah. Bertudung bukan semestinya kamu seorang yang baik, namun ia salah satu usaha untuk ke arah itu. Hati, tabahlah."

Yang benar, Iman.
..............................
Minta maaf kepada sesiapa yang terlibat..=)

Monday, January 18, 2010

Dunia Baru sang puteri



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..di sebalik hujan pasti ada pelangi yang cantik kan?cuma kadang2 kita tak pedulikan malah tak ingin ambil tahu apa disebalik hujan itu..dan kali ini pelangi itu muncul dengan terang sekali menyimbah kilauan cahaya yang indah2 saja ke dalam hidup kami. Ya kenapa puitis sekali bahasa kali ini?=)

Alhamdulillah, buat julung kalinya kakak saya menimang cahaya matanya. Bertempat di hospital Putrajaya, tepat 8.50pm (16.01.2010) semalam kakak saya selamat melahirkan baby girl yang masih tidak bernama setakat ini..Walaupun kakak saya yang sebenarnya berjuang keletihan di wad bersalin namun ternyata abang ipar saya yang kelihatan lebih tidak bermaya dan puct.... Oh apakah. (-.-")

Apa juga yang berlalu alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....Ibu dan anak sihat2 saja berkat doa dari semua...Auntie jienya juga sihat2 saja. (-.-)? Tidak mahu menulis panjang di sini maka secara exclusivenya saya paparkan gambar ahli keluarga baru kami..Doakan yang terbaik untuk semua ya.






-Semoga menjadi ibu bapa mithali, amiin-

Ada cadangan nama untuk sang puteri ini?
(sebelum ibu bapanya menyenarai pendekkan nama dari senarai panjang yang ibunya cipta. =)



Wednesday, January 13, 2010

Bila perpisahan berlaku

Assalamualaikum..

Nenek tercinta sudah kembali ke rahmatullah..Segala penderitaan di dunia sudah berakhir, semoga ada kebahagiaan yang menanti Tok di sana..Dan semoga juga perjalanan seterusnya dipermudahkan. Doakan rahmat Allah mengiringi Tok di sana..amiiin..

.....................

Saat ini masih menunggu abang datang dan membawa saya pulang ke kampung. Suatu fikiran bermain2 di fikiran saya, jangan terlalu menyayangi seseorang jika takut terluka kehilangannya...Ya, tidak salah menyayangi namun berpada2 dan bersederhanalah. Jika TERLALU menyayangi maka luka itu lebih dalam dan lebih menyakitkan...Sayanglah mereka kerana Allah kerana apabila Allah mentakdirkan sesuatu berlaku, hati lebih tabah dan redha dengan segala ketentuanNya. Sayang itu suatu perasaan namun jagalah perasaan itu sebaik2nya. Segala perasaan itu kembalikan juga pada Allah, kerana Dia lah jua yang menghadirkan perasaan itu. Hargailah kasih sayang dengan sebaik2nya dan bersedialah dengan apa jua kemungkinan, perpisahan itu baik sementara atau selamanya pasti akan berlaku..

Tabahlah hati.
al-fatihah.

Tuesday, January 12, 2010

Bila sahabatku terlena

Assalamualaikum..

Manusia sifatnya tidak sempurna. Setiap orang memilik kebaikan dan juga kejahatan. Namun bila ada sahabat atau saudara yang tengah lalai dan hanyut dengan dunia, bagaimana penerimaan kita?rasa marah?sakit hati?Malah mungkin benci? TIDAK! jangan sekali2 biarkan hati kita rosak dengan pemikiran begitu. Jangan benci pada dirinya, bencilah pada kejahilannya. Kita tak mungkin rasa apa yang dia rasa, kita tak mungkin tahu apa sebenarnya yang dia inginkan sebab kita tak berada di tempat dia. Mungkin juga dia sendiri tidak mengetahui apa yang dia lakukan itu satu kesalahan. Ketahuilah, Allah sedang menguji dia, malah Allah juga sedang menguji kita sebagai seorang sahabat..
.......................
Seorang sahabat yang baik tidak akan membenci, tetapi akan bimbang dengan keadaan sahabatnya dan akan sedaya upaya berusaha untuk menarik sahabatnya ke jalan yang benar. Kehanyutan sahabatnya akan membuatkan kasih sayangnya bertambah, kelalaian sahabatnya akan membuatkan dia rasa dirinya bertanggungjawab untuk membantu sahabtnya yang mungkin tengah mempunyai masalah..Dia tidak akan sekali2 menjauhkan diri, malah akan mendekati walaupun mungkin sahabatnya itu yang cuba melarikan diri. Dia tidak akan berputus asa, kerana dia sayangkan sahabatnya. Walaupun mungkin sahabat itu tidak pernah mahu menghargai, malah menyakiti hatinya, namun seorang sahabt yang baik tidak akan cepat tersinggung. Walaupun nasihatnya tidak dipedulikan, ajakannya tidak bersambut, message juga tidak dibalas,namun percayalah hati manusia sebenarnya lembut..Kasih sayang seorang sahabat bukan pada kata2, tapi pada hati yang sentiasa mengingati dan mendoakan sahabatnya..Dan seseorang itu juga tidak memerlukan title "sahabat" untuk mendoakan yang lain, kerana kita ini semua bersaudara dan patut menyayangi sesama kita atas dasar akidah yang sama. Ingatlah, orang yang tidak menyayangi tidak akan disayangi..dan juga ingatlah hadis ini:

"Rasulullah bersabda: Tidak beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya."
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah"
(Surah Al-Imran: ayat 103)

Tidak sukar menjalinkan ukhuwah dan ternyata memutuskan ukhuwah itu juga sangat mudah. Hargailah mereka di sekeliling dan fikirlah kebaikan mereka lebih dari kejahatan yang mereka lakukan. Sesungguhnya kita tidak layak untuk menilai manusia lain, kerana Allah lebih mengetahui isi hati dan memahami setiap manusia lebih dari sesiapa jua.

Semoga berjaya menghadapi ujian Allah.=)

Friday, January 8, 2010

Rahsia Cinta


Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala

Semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa, merawat duka, damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta, kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta, tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati, hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda, tulus suci selamanya
Cintakan saudara, masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan, suburkan dengan ketakwaan

Wednesday, January 6, 2010

Jumboku sakit


Assalamualaikum..

Kesian Jumbo kehabisan tenaga. Satu malam lampu tak tutup, mestilah penat kan jumbo..Xpelah, Jumbo rehat dulu, tuan dia pun kena exercise sikit jalan kaki pergi kelas disebabkan jumbo dah pengsan. oh ya Jumbo adelah sebuah kereta myvi yg bnyk berbakti pada saya di sini. Tapi entah kenapa sejak akhir2 ni Jumbo asyik sakit. Kasihan Jumbo.

Sebenarnya Jumbo kehabisan tenaga apabila kawan saya terlupa/ tersilap tak tutup lampu kereta semalaman. Jadi pagi esoknya sebaik sahaja kami ingin ke kelas Jumbo tak nak hidup..Jumbo dah pengsan rupanya..Huhu..Baiklah, dipendekkan cerita disebabkan saya tak jumpa2 "jumper" untuk charge balik tenaga Jumbo ("jumper" ek nama dia, clip wayar yg nk smbung bateri tu) so ayah saya kata cabutla bateri tu tukar dgn bateri kereta kwn sekejap. Tuan Jumbo tiba2 kena jadi mekanik. Baik, saya dan kawan2 akan berusaha demi kesihatan Jumbo. Dan malam semalam tuan Jumbo bersama2 3, 4 org kawannya berusaha menjadi mekanik wanita terjun uia..Kredit buat Haizum, tuan kereta kawan si Jumbo yg sangat berbakat menjadi mekanik..Hehe..cara2nya adalah seperti berikut;

1) buka bateri Jumbo
2) pasang bateri kereta kawan
3) start enjin Jumbo
4) dan tukar bateri Jumbo saya balik
5) lepas tu bawak Jumbo jalan2 pergi makan (pergi isi minyak kebetulan dah nak habis).

Nampak simple kan? tapi bukan mudah kan. Kami ni berhempas pulas la satu malam demi kesihatan jumbo. Penat tau buka skru wayar bateri tu, ketat. Lepas tu kena pasang balik sampaikan tapak bateri kereta haizum terkoyak. Silap teknik la tu. Alhamdulillah nasib baik kwn saya pergi panggil seorang pak cik ni, dia la yg cakap tapak bateri tu koyak..Dah..jadi masalah lain pulak. Tapi kami berjanji nak bertanggungjawab, dan petang tadi dah pun pergi ke workshop untuk beli tapak bateri tu..Hehe, ingat nak beli je pastu nak pasang sendiri balik,tapi tak nak dah la ambik risiko tu..nanti koyak kat lain pulak..kesudahannya kami pun bawak haizum dan keretanya ke workshop tu dan alhamdulillah semuanya selamat..,

Kelakar kat workshop tu pak cik india tegur kami.."sama tinggi ya kamu orang, kurus2 semua xde pun yang gemuk," pak cik ni..yang tu pun nak cakap..hehe




tu dia pak cik tu..

*terima kasih buat haizum (tuan punya bateri kereta yg dipinjam),

syida (yang bagi pinjam spanar),

pak cik cafe (yang tolong pasang bateri haizum dan bateri jumbo kemudiannya sampai luka tangan2), '

dan habeeba alisya yg bersama waktu suka dan duka..;p..

Monday, January 4, 2010

Kami Mujahidah~bahagian 1

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? alhamdulillah seronok ye dah melangkah ke tahun baru. Moga2 semua pun ada azam baru, biarla azam lama tak tertunai pun yang penting tingkatkan usaha untuk jadi lebih baik, insya Allah..erm..Dah lama tak menulis blog. Kini saya kembali dari menyepi..Semoga ada manfaatnya kepada semua.=)

Jumaat lepas kan, saya ada ikuti satu kem di Impian resort Hulu Langat. Ramai peserta dari uia gombak, kuantan, pj, nilai dan dari universiti lain pun ada. Kem ni terbuka pada sesiapa je, boleh ajak adik dan kakak sama, tak kisah universiti mana atau tingkatan berapa pun. Budak perempuan saja pun dah 3 buah bas..Mula2 saya x sure nak pergi ke tak, sebab minggu depan ada test dengan assignment nak kena hantar. Tapi alhamdulillah Allah buka hati saya nak ikut sama, dan ternyata saya x menyesal sedikit pun.

Tema kem ni adalah "Pemuda peka iman, Pemuda peka zaman". Oh ye, kem ni dilakukan asing2 lelaki dan perempuan, di dewan yang lain2 dan xde satu program pun yang bercampur. Saya tak tahu la kan macam mana orang lain, tapi saya rasa seronok sebab rasa terjaga dan tak perlu bimbang pergaulan bebas. Biasalah remaja kan, bila ada lelaki dan perempuan mulalah nak menjeling2 tengok "baiknya budak perempuan ni, ayu je" ataupun "Bagusnya budak laki ni jadi imam solat, dahla hensem" ataupun "malulah nak present, nanti kan ada org minat plk" dan macam2 lagi bisikan syaitan yang x suka manusia ni punya hati yang bersih. Dan kem ni xde tu semua, jadi saya seronok sangat, duduk di kalngan kami2 yang memang datang bukan sebab nak cari jodoh, tapi untuk didik jiwa yang gersang.

Okay, pertamanya saya nak cerita aktiviti lasak kami. Dan ye, kami panjat tembok, masuk hutan, panjat bukit yang curam guna tali, jatuh dalam air selut, meniarap dalam lorong berselut, turun bukit sampai tergelincir sebab tanah licin, lalu atas batang kelapa dengan anak sungai yang ada batu2 tajam, dan agak menakutkan bila semua tu kami lalui tanpa alat keselamatan langsung..Tapi alhamdulillah kami berjaya lalui tu semua tanpa bantuan lelaki pun, sebab bantuan Allah tu lebih dari mencukupi. Faci2 yang menjaga hanyalah kakak2 yang kuat semangat.

Paling seronok bila kami dibahagikan kepada beberapa group, dan kami diberikan satu misi di mana misi kami adalah untuk membawa makanan kepada orang2 islam yang dipulau di sebuah tempat, jadi kami sebagai pejuang2 harus tabah dan kuat semangat agar kami berjaya menyampaikan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Misi ini adalah bayangan pejuang2 Islam pada zaman nabi yang berhempas pulas membawa bekalan makanan kepada umat Islam yang dipulau pada waktu itu. Di setiap check point kami akan diuji dimana musuh2(faci2) akan bertanyakan tujuan kami berada di dalam hutan dan kami tidak boleh sama sekali mendedahkan rahsia yang diamanahkan. Jika tersilap langkah pasti misi kami gagal dan ada satu ketika pihak musuh tiba2 merampas bendera kami dan dengan kecepatan berfikir kami merebut kembali bendera tersebut yang merupakan semangat kami. Kami juga hampir tertipu dengan tipu helah musuh yang sangat licik di mana dengan baik hatinya musuh itu ingin menolong memegang bendera kami waktu kami ingin turun di bukit yang licin dan curam. Hampir kami tertipu namun nasib baik saya cepat menyedarinya maka saya pun menjerit pada sahabat saya agar cepat ambil kembali bendera itu kerana saya sudah pun berada di bawah. Alhamdulillah misi kami berjaya ditamatkan dan kami semua pulang ke kem dengan selamat. Satu pengalaman yang sangat2 seronok, Tak sangka kami berjaya harungi semua itu dengan tabah dan tanpa putus asa.

Nak dijadikan cerita, waktu saya panjat bukit kan, saya hampir tergelincir sebab kasut saya tapaknya tak mencengkam sangat sebab saya beli yang murah je. Bukit tu pulak tanahnya licin dan curam. Saya agak penat sebab baru je lepas panjat tembok..sebab agak kepenatan, sampai separuh jalan memanjat, saya hampir putus asa. Tapi saya fikir kalau saya lepas tali ni mesti saya akan jatuh dengan realnya dan tak mustahil tulang belakang saya akan patah atau paling kurang tangan saya patah..Nauzubillahiminzalik..takut sangat, sebab tu letih macam mana pun saya kena kuat semangat dan alhamdulillah saya berjaya..memang takut, tapi kena kuat semangat. Tak tahulah macam mana pejuang2 zaman dulu kan, mereka lagi teruk diuji..Saya kena sikit ni pun dah nak putus asa..Malu pada diri sendiri..(-,-")
*Mujahidah harus kuat