Friday, September 18, 2009

Tragedi menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum..

Menjelang aidilfitri ini, muncul pula dugaan yang menimpa orang yang saya sayang. Abah, abang dan adik kesemuanya keracunan makanan dan demam. Saya kerisauan, mungkinkah makanan yang saya masak untuk sahur ada bahan yang menyebabkan keracunan itu? Namun hakikatnya saya dan kakak ipar saya sihat walafiat, walaupun kami juga makan makanan yang sama. Atau mungkin juga disebabkan mee goreng yang abah bawa pulang semalam selepas tarawikh. Tapi hanya abang yang makan mee itu dan ya, keadaan abang paling teruk. Abah dan adik tidak pula makan mee goreng itu.

Bagi adik pula, lewat2 petang baru mengalami sakit perut sedangkan ikut pemahaman saya, orang yang keracunan makanan akan menerima kesannya 4 jam selepas itu. Ini berdasarkan pengalaman saya dan pemberitahuan dari doktor sendiri. Kes yang tidak sama, tapi keadaannya sama. Tak tahu apa lagi yang nak difikirkan. Cuba mencari punca tapi tidak ketemu. Saya ikut resah, mungkinkah saya puncanya? Risau.

Namun apa saja puncanya, saya yakin ini ujian Allah. Untuk mereka dan saya juga. Kifarah dosa, mungkin. Ramadhan adalah bulan penyucian dosa, dan semoga ujian ini dapat membersihkan dosa2 lama. Hanya keyakinan pada Allah dapat menenangkan jiwa yang resah. Positif seboleh mungkin. Insya Allah, ada hikmahnya.


No comments: