Wednesday, September 30, 2009

~Ketika Cinta Bertasbih



Assalamualaikum..

Akhirnya penantian saya berakhir juga. Saya telah pun mula mengikuti perkembangan filem Ketika Cinta Bertasbih sejak pemilihan watak2 dalam filem tersebut lagi. Sebagaimana Filem Ayat-ayat Cinta, filem Ketika Cinta Bertasbih juga diangkat dari novel karangan Habiburrahman-el-syirazi dan merupakan best-seller di Indonesia. Auditionnya diadakan secara besar-besaran di Indonesia, dengan juri2 yang berpengalaman termasuklah penulis novel Ketika Cinta Bertasbih sendiri. Pasti beliau sangat berhati2 dalam pemilihan pelakon supaya hasilnya nanti bagus dan berkualiti. Saya lihat watak utamanya juga bagus sekali, di mana kebanyakan pelakon wanita dalam filem ini benar2 memakai tudung walaupun di luar filem. Kagum. Nampaknya penghasilan filem ini mungkin lebih berkualiti dan terjaga dari filem Ayat-ayat cinta.

Tidak sabar ingin menonton cerita ini, dengar kata novel Ketika Cinta Bertasbih mengandungi jalan cerita yang menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan di Indonesia. Semoga jalan ceritanya dapat memberi manfaat kepada penggemar2 filem cinta yang berlandaskan Islam, insya Allah.







2 comments:

-atiQah- said...

memang...novelnya memang sgt best...tersgt best.. :)

bila mula baca mcm xnak berhenti..hehe.. :)

skarang novel kcd ni di keluarkan dgn kulit muka baru.kedua2 novel digabung jd satu dan muka depannya pelakon2 cerita ni.. :)

saya pun ada buat entri pasal cerita ni masa bulan 5 yang lepas.

mawaddah aisya said...

-atiQah,

Dengar cerita atiqah pun dah cukup best, betul x sabar nak tengok..Buku pun saya belum baca, ni yang lagi tertunggu2..=)

Baru ni terjumpa cd Ketika Cinta Bertasbih di Giant, tu yang teringat balik filem ni..Dah masuk pasaran Malaysia nampaknya..=D