Tuesday, September 29, 2009

Lagi cerita raya


Assalamualaikum..

Masih terasa2 suasana raya, masih terngiang2 riuh bicara, masih terbayang2 mereka di mata. Baru sehari hati sudah melonjak2 ingin pulang kembali. Hish, tak harus dibiarkan. Masih ada perjuangan di sini, tidak boleh terlalu menurut kata hati.

Sambutan raya tahun ini agak meriah, walaupun tanpa insan tersayang di sisi. Tiada bukan bererti hilang. Doa itu perantaraan, semoga diri ini mampu menjadi anak yang soleh supaya doa sampai ke sisinya. Sudah dinyatakan di dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah:

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat, amiiin. Al-Fatihah.

Bercerita tentang hari raya, rasanya tahun ni agak memenatkan. Menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, ternyata penat tetapi seronok. Rombongan 5-6 buah kereta beramai2 ke rumah saudara mara satu pengalaman menarik. Dan juga kesempatan bertemu mereka2 yang jarang bertemu, satu kesyukuran yang tidak terhingga. Bertemu dengan makanan2 yang banyak dan sedap juga satu kesyukuran , dan menerima duit raya walaupun dah besar juga masih satu kesyukuran.=)

Ini gambar keluarga pada raya pertama, setakat ini bilangannya sentiasa bertambah setiap kali raya.=)


Ini pula gambar keluarga besar yang juga bertambah dengan pesatnya.

Sedikit gambar bersama sahabat2:

~Jamuan raya alumni SHAMS~
Ustazah Naimah, Naimah, Ainul, Bibi, Saya, Tya, Sarah

~Rumah terbuka Tengku Syazwani~
Kakak saya, saya, Bibi dan Tengku

Sekian sedikit kenangan raya tahun ini, yang bakal menjadi kenang-kenangan nanti.
Dan kepada sesiapa yang ada menghantar message raya kepada saya tapi tidak mendapat balasan, ye saya dah tukar nombor. Handset kena curi dulu, dan kebanyakannya contact no hilang. Minta maaf banyak2 ye, saya tak mampu membuat apa2 untuk memberitahu semua orang nombor saya dah ditukar. Maaf Zahir Batin..=)Semoga mereka yang terlibat membaca notis ini.

Selamat Hari Raya.





2 comments:

Anonymous said...

salam lebaran . :)
xsangka gambarku...ad gak..





- Tg Wanie

Tg fatin said...

Tengku!!

Salam Lebaran..
Gambarmu itu penting..=P