Assalamualaikum..
Hari ni saya merajinkan diri untuk mengemas bilik. Biasalah bila mengemas2 ni mesti terjumpa barang2 yang selama ni menyepi di dalam almari. Tiba2 saya terjumpa satu kad, masih cantik kad ni. Saya mendapat kad ini dari keluarga tersayang sempena hari lahir saya. Sudah menjadi tradisi keluarga kami, bila tiba hari jadi salah seorang ahli keluarga, orang yang menyambut hari jadi akan menerima sekeping kad yang ditulis oleh semua ahli keluarga, termasuklah abah umi saya. Di dalam tu akan ditulis kata2 dan harapan setiap orang terhadap si penerima kad itu.
-smiley card-
Saya pun bacalah kembali apa yang mereka tulis untuk saya. Seperti biasa mereka menulis kata2 dan harapan yang mendoakan kebahagiaan saya. Cuma saya sedikit tertarik dengan kata2 adik dan abang saya yang sulung yang membuatkan saya tersenyum. Kata2nya lebih kurang macam ni.
Adik saya: "Harap jangan cepat bad mood dan smile always"
Abang: Keep yourself cheerful all the time!
Saya hampir lupa, dulu saya seorang yang panas baran! Patutlah kad tu dipenuhi bunga2 yang sedang tersenyum, mungkin ingin mengingatkan saya orang yang suka tersenyum itu dapat menggembirakan orang lain. =)Tiba2 saya tersedar saya dulu dan sekarang berbeza. Dahulu saya selalu bad mood dan sangat sensitif. Sangat keras kepala juga. Sikit2 nak merajuk. Pastu berharap ada orang pujuk walaupun xde siapa nak layan saya. Akhirnya muncung sedepa dan buat orang sakit hati bila tengok. Saya ingat lagi saya pernah merajuk lepas tu kunci pintu bilik x keluar2 sampai malam. Konon nak buat orang bimbang, nanti mereka terpaksa pujuk sebab saya x makan lagi. Dan betullah jangkaan saya, mereka datang memujuk. Tapi saya buat2 degil, xnak jugak buka pintu. Akhirnya abang2 kakak saya pergi tutup suis lampu utama, buat rumah jadi blackout, dan buat2 bising macam rumah blackout. Dengan harapan saya takut dan keluar dari bilik. Tapi saya sangat ego masa tu, sanggup x keluar jugak sebab tahu mereka nak main2kan saya. Tak tahulah kenapa sensitif sangat masa tu. Memang orang selalu sakit hati dengan saya.
Bila dikenang kembali, saya rasa malu dengan diri sendiri. Kadang2 perkara kecil pun buat saya jadi sakit hati. Saya sangat ego untuk minta maaf, dan selalu anggap diri sendiri sahaja yang betul. Saya tahu bukan saya saja yang pernah merasai keegoan begitu. Selagi kita bergelar manusia, diri kita x akan pernah sempurna. Dan peluang untuk mencari kesempurnaan itu tetap ada. Selagi ada keinginan, masih ada jalan untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi lebih baik. Saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Cuma keadaan mungkin berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang mampu berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, namun ada juga yang memerlukan berpuluh tahun untuk membuang sikap buruk dalam diri. Selagi kita berusaha, selagi itu pahala mujahadah sentiasa bersama kita.
Alhamdulillah, sekarang saya sudah tidak lagi terlalu sensitif. Fikiran negatif sudah saya buang jauh2, sebab saya rasa dengan bersangka baik hidup saya lebih tenang. Bayangkan jika ada orang yang terlanggar kereta kita, sama ada kita sakit hati atau bersikap tenang, semua tu x mengubah perkara yang dah berlaku. Jadi kenapa tidak kita pilih untuk bersikap tenang? Hati pun lebih tenteram dan akal sudah tentu dapat berfikir dengan waras. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Baik fikiran kita, baiklah tindakan kita.
Tidak lupa juga perasaan ego dalam diri. Saya percaya ego itu wujud dalam diri setiap dari kita. Cuma cara menangani itu penting agar kita tidak menjadi sombong. Saya mengambil contoh untuk meminta maaf bila ada melakukan kesalahan. Saya yakin ramai yang terlalu ego untuk melafazkan perkataan maaf itu walaupun sedar diri bersalah. Bimbang jika maruah tercalar jika meminta maaf, padahal saya rasa orang yang meminta maaf itu lebih mulia sebab dia berani mngaku kesalahan itu. Kadang2 dengan hanya dua perkataan itu dapat melembutkan jiwa yang tengah sakit, dan dapat menyejukkan api amarah yang tengah menyala. Kita pun akan lebih tenang tentunya.
Tipulah kalau saya kata saya sudah berjaya membuang semua sikap buruk dalam diri saya. Saya masih mencuba dan akan terus mencuba. Jika saya perlukan masa beratus tahun pun saya tetap tidak akan putus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Kerana saya percaya pada janji Allah:
"Sesungguhnya orang2 yang beriman, dan orang2 yang berhijrah di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha ampun, Maha Penyayang."
-Al-Baqarah:218-
2 comments:
assalamualaikum..
salam ziarah...saya pun ada perangai negatif..
dulu sensitif dan panas baran..
sekarang w'pun sudah kurang, tp masih ada..
tgh berusaha ke arah untuk membuangnya..
hehe..suka baca entri ni.. :)
atiqah,
Bukan senang nak ubah sesuatu yang dah jadi kebiasaan, tapi x jugak susah. Kena yakin dgn kemampuan sendiri. Kalau orang lain blh jadi baik, knp kita tidak? Pilihan di tangan kita, kan?=)
Selamat berusaha dan jangan sekali2 putus asa..=)
Post a Comment