Assalamualaikum..
Mungkin setelah melihat logo iman inside yg sebesar gajah ini, ada yg terus gerakkan cursor ke pangkah, dan click.terus tutup. over. Bosan mungkin. Tapi saya tak kisah. Mereka mungkin lupa, hanya hati yg sedar inginkan kebaikan. Betul, hati yg keras akan menolak kebaikan dan x rasa bersalah melakukan kemungkaran. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.
Alhamdulillah, sudah lima hari Ramadhan berlalu. Apa khabar iman? semoga baik2 saja. Tapi manusia akan sering diuji, jadi jagalah iman sebaik mungkin. Kadang2 kita dapat mengagak bila saatnya iman kita jatuh, bila pulak iman kita naik. Duduk sejenak, fikirkan keadaan diri. Pernah atau tidak berasa berat utk melakukan ibadat wajib, apatah lagi ibadat sunat? pernah ke kita melengah2kan solat sampai ke hujung waktu manakala Al- Quran pula sudah 2 hari tidak bersentuh? Jika pernah mengalami keadaan2 itu, mungkin itu tandanya iman sedang mengalami konflik, iman sudah mula goyah. Banyak sangat tanda2 yg boleh difikir secara logik utk mengetahui bila iman kita mula jatuh. Cepat kenal pasti ini semua sebelum hati mula mati.
Antara tanda2 kejatuhan iman:
1. MAlAS utk pergi mengambil wudhu' utk solat di awal waktu
2. Melengahkan solat untuk buat perkara x berfaedah (dgr lagu,tgk cerita, main game)
3. Solat di hujung2 waktu
4. Terasa BERAT untuk membaca Al-Quran, tiada keikhlasan.
5. Baca 1 muka Al-Quran terasa seperti membaca i juzuk Al-Quran
6. Terasa solat tarawikh adalah satu bebanan yg SANGAT berat
7. Tak pergi solat tarawikh walaupun masjid sgt dekat
8. Cepat rasa sakit hati pada orang
9. MAsih suka mengumpat walaupun di bulan puasa
10. Tak suka mendengar kebaikan (ceramah)
11. Dan segala jenis kebaikan apabila kita mendengarnya terasa sakit hati, meluat, menyampah,
..itu tandanya iman sedang jatuh.
Nauzubillahiminzalik..Minta diajauhkan ini semua. Saya nyatakan ini semua secara umum sebab secara fitrahnya manusia tidak sempurna. Ada saat iman jatuh, kemudian naik kembali. Kemudian jatuh lagi. Inilah manusia. Cuma kita tidak mahu saat malaikat izrail datang memanggil, saat itu kita sdg dlam kejatuhan iman..Ya Allah minta dijauhkan, dan kurniakanlah kami husnul khatimah, Ya Allah..
Jadi sebelum terlambat, segeralah memperbaiki iman yg mula lemah. Bila kita sudah mengenal pasti keadaan iman, pasti lebih mudah untuk cari jalan mempertingkatkannya.
Cara saya, saya suka mencari dan mengenalpasti titik kelemahan dalam diri, kemudian cuba cari jalan utk atasinya. Pendek kata muhasabah diri.
Contohnya seperti di bawah ini:
1. MAlAS utk pergi mengambil wudhu' utk solat di awal waktu
Gagahkan diri dan fikir org yg sdg berjihad mendapat pahala yg SANGAT besar.
2. Melengahkan solat untuk buat perkara x berfaedah & solat di hujung2 waktu
Fikir "Allah x suka org yg lagha, apa yg kita suka mungkin bukan yg baik utk kita"
4. Terasa BERAT untuk membaca Al-Quran, tiada keikhlasan.
Ingat bahawa satu perkataan di dlm Al-Quran pn diberi ganjaran, apatah lagi satu muka atau 4 muka.
5. Baca 1 muka Al-Quran terasa seperti membaca i juzuk Al-Quran
Cuba baca tiap2 hari, Insya Allah lama2 hati menjadi lembut dan terasa ringan utk membaca Al-Quran
6. Terasa solat tarawikh adalah satu bebanan yg SANGAT berat
Ingatlah "jalan org beriman itu sentiasa berliku2, sesungguhnya aku sdg berjihad krn Allah."
7. Tak pergi solat tarawikh walaupun masjid sgt dekat
Fikir "pergi bazaar ramadhan yg kna jln kaki jauh2 boleh, pergi masjid sebelh rumah x blh pulak"
Kadang2 monolog dalam diri sgt membantu meningkatkan iman. Ingin tunggu orang sekeliling menegur, mungkin mereka juga segan bimbang kita berkecil hati. Jadi biarlah diri sendiri membantu iman, hakikatnya kita cuma insan yg lemah dan perlu kpd peringatan selalu..semoga Allah pelihara iman kita semua, amiiin..
"Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih"
-ini ayat favourite sy-
Wallahu'alam.
1 comment:
Aslkm Ukhti, boleh saya guna tak logo ImanIside ni? Jazakallah.
p/s- Guna http://www.sbox.ws tak ada iklan banyak sangat :)
Post a Comment