Saturday, February 20, 2010

Lapar? Mari makan cupcake~


Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini..Alhamdulillah, menyepi bukan bermakna menghilang, namun terus mencari kekuatan untuk kehidupan yang lebih baik insya Allah..

Kini kesibukan mula melanda setelah saya cuba menceburkan diri di bidang perniagaan, ya kini penjualan cupcake sudah bermula..!=)Secara kecil2an tentunya, kecil2 lama-lama jadi besar macam sikit2 lama jadi bukit..=D

Baiklah straight to the point, sebenarnya saya mula menjual cupcake untuk menjana duit untuk cik WAFA, society saya di sini. Dengan kerjasama penuh dari sahabat saya Asmaa', kami mula melangkah sedikit demi sedikit..Permulaan memang agak sukar, iyalah masih mencari tapak yg sesuai, kalau org putih kata test market. Namun alhamdulillah, mendapat respon positif jadi rasa macam ingin meneruskan usaha ini..Rasa tak percaya pulak saya yang tak pernah buat kek ni tiba2 dah boleh jual cupcake pulak..hehe..Itulah, bila kita nak sesuatu tu tak mustahil langsung boleh tercapai, dah lupa ke usaha tangga kejayaan?saya tak lupa.=)Semangat juang yang tinggi dan sokongan dari banyak pihak juga banyak membantu. Oh jangan lupa doa dan tawakal ye.

Okay, tak perlulah saya berceloteh panjang, jom kita lihat hasil air tangan kami yang tak seberapa ini..masih dalam proses pembelajaran dan eksperimen ya, jangan lupa tu.

Ya, kek sudah pun siap..


-Rose cupcake-


-Comel kan kalau dijadikan cenderamata untuk majlis kahwin..=)-



Ini tidak dijual, hanya untuk dimakan.. Lecturer saya ambik satu.


Ini percubaan kedua~alat membuat bunga tertinggal di rumah, terpaksa buat secara manual. Dan ada kisah menarik kali ini. Aising kek cair sebab letak di dalam kereta waktu pagi matahari terik memancar terlalu panas sehingga menjadi aiskrim..Akhirnya menjadi santapan kami2 dan teman2..ish3.


-Yaa, ini kek yg tiada cupnya jadi x boleh panggil cupcake. Saja buat besar sebab untuk dimakan je pun. eh macam banyak makan dari jual je. Ini perisa lemon, sedap sangat! Cik long yang syorkan. FAF-fatin asmaa' farhana.


Okay ini yang latest, dijual sempena promotion booth Wafa: ada yang tak sempat diambil gambar sudah pun dibeli..(-.-")










Tinggal lagi 8 biji kek, tapi main focus di sini nak tunjukkan satu lagi jenis jualan kami iaitu popia nestum. Pernah makan? ramai yang selepas makan tester kami terus beli sebab sedap. 50 paket bawak semua habis licin. Nak cuba sila tempah ye atau datang uia masa ada program anjuran wafa.=D

Dan ini special edition cupcake kami~barbie set.
( huhu.. nama rekaan tapi macam sesuai jugak):

Tadaa! suka sangat, sebab dah lama teringin nak decorate macam ni. Ini sebab bekas plastik dah habis so tak boleh nak jual cupcake dah. Apa lagi, jadi bahan eksperimen lah..Gambar seterusnya semua adalah bahan eksperimen dan bahan makan.(-.-") (makan lagi?)


kawan dah lukis bunga dulu, jadi sayang nak buang. Tu sebab baju senget sikit=p


-gown and crown-




Barbie set boleh dihadiahkan kepada anak perempuan atau anak saudara atau jiran atau anak kawan~ pendek kata sesiapa je yang suka benda comel macam ni.=)

Okay sekian sahaja setakat ni..Terkilan sebab ingat nak buat cupcake waktu majlis aqiqah puteri kakak saya untuk dijadikan cenderamata untuk tetamu, tapi kedai dah tutup waktu tu sebab raya cina. Tak ada rezeki nampaknya..

~Hadiah utk Kak Yus

*anak kakak saya yang baru dilahirkan tu namanya Nur Erdhina Shafiya.

Monday, January 25, 2010

Sekeping surat~

Assalamualaikum..

"Ke hadapan pemilik blog ini..

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu. Lihat kembali, apakah ujian yang menimpa kali ini terlampau berat sehingga kamu tidak mampu bangkit kembali?Jangan jadi lemah.

Walaupun di saat ini hati kamu sedang bermujahadah, untuk melakukan apa yang tidak kamu sukai, namun tabah dan bersabarlah. Sesungguhnya kesabaran itu sebahagian dari iman. Hakikat bukan selalunya indah. Lihat, kenapa perlu kamu bersedih kerana hanya perlu memakai tudung di rumah sendiri kerana abang ipar tinggal di sini? Ya, keberadaanya di sini pun hanya sementara dalam menjaga kakak kamu berpantang. Cuma harus memakai tudung, ternyata satu isu yang kecil namun bisa membuat emosi kamu terganggu..Ya, bukan mudah menghabiskan sepanjang masa di rumah dengan bertudung kepala dan memakai baju berlengan panjang, apatah lagi ketika berada di dapur memasak dengan minyaknya, ikannya, pinggan mangkuk untuk dibasuh hingga menyebabkan baju kamu basah lencun. Belum dikira haba dan bauan2 yang melekat di tudung, sangat rimas. lebih2 lagi cuaca tidak menentu menyebabkan emosi kamu benar2 terganggu. Kamu bukan sempurna, namun berusahalah ke arah itu.

Lihat saja apabila amarah menguasai akal, mudah saja kamu berasa tertekan dan menyebabkan beras yang baru dibeli tumpah bertaburan di atas lantai, gelas kaca 2 biji kamu pecahkan, mula sakit hati dan tidak ikhlas dalam pekerjaan. Makin berserabut jiwa kamu dan mula ingin menangis. Apa dah jadi? Setakat inikah tahap kesabaran yang ada pada mu?Istighfar fatin, banyakkan bersabar. Bila amarah mulai menyerang, cepat tinggalkan keadaan itu dan cepat basuh muka, kerana api dapat diredakan dengan air. Berwudhu'lah, semoga kamu menjadi lebih tenang.

Sudahkah kamu lupa saat kamu berada di hospital suatu masa dahulu, kamu juga memakai tudung 24 jam,36 jam, 48 jam walaupun ketika tidur kerana menjaga aurat kamu dari dokor lelaki? Jika saat itu kamu punya kesabaran itu, kini keadaannya sama cuma suasana berbeza. Tabahlah, tiada guna marah2 kerana pada siapa akhirnya kemarahan kamu ditujukan?orang di sekeliling kamu juga.

Bertudung itu kerana mengikut perintah Allah. Sebab itu kamu harus kuat. Bukan perkara yang main2. Walaupun dikatakan ini rumah kamu, namun abang ipar itu tetap bukan muhrim. Sepupu juga walaupun ketika kecil kamu sudah terbiasa tidak bertudung, tapi sekarang kamu menanggung dosa jika tidak bertudung di hadapan sepupu atau saudara mara. Kuatkan semangat kamu untuk sentiasa akur dengan perintah Allah. Bertudung bukan semestinya kamu seorang yang baik, namun ia salah satu usaha untuk ke arah itu. Hati, tabahlah."

Yang benar, Iman.
..............................
Minta maaf kepada sesiapa yang terlibat..=)

Monday, January 18, 2010

Dunia Baru sang puteri



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..di sebalik hujan pasti ada pelangi yang cantik kan?cuma kadang2 kita tak pedulikan malah tak ingin ambil tahu apa disebalik hujan itu..dan kali ini pelangi itu muncul dengan terang sekali menyimbah kilauan cahaya yang indah2 saja ke dalam hidup kami. Ya kenapa puitis sekali bahasa kali ini?=)

Alhamdulillah, buat julung kalinya kakak saya menimang cahaya matanya. Bertempat di hospital Putrajaya, tepat 8.50pm (16.01.2010) semalam kakak saya selamat melahirkan baby girl yang masih tidak bernama setakat ini..Walaupun kakak saya yang sebenarnya berjuang keletihan di wad bersalin namun ternyata abang ipar saya yang kelihatan lebih tidak bermaya dan puct.... Oh apakah. (-.-")

Apa juga yang berlalu alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....Ibu dan anak sihat2 saja berkat doa dari semua...Auntie jienya juga sihat2 saja. (-.-)? Tidak mahu menulis panjang di sini maka secara exclusivenya saya paparkan gambar ahli keluarga baru kami..Doakan yang terbaik untuk semua ya.






-Semoga menjadi ibu bapa mithali, amiin-

Ada cadangan nama untuk sang puteri ini?
(sebelum ibu bapanya menyenarai pendekkan nama dari senarai panjang yang ibunya cipta. =)



Wednesday, January 13, 2010

Bila perpisahan berlaku

Assalamualaikum..

Nenek tercinta sudah kembali ke rahmatullah..Segala penderitaan di dunia sudah berakhir, semoga ada kebahagiaan yang menanti Tok di sana..Dan semoga juga perjalanan seterusnya dipermudahkan. Doakan rahmat Allah mengiringi Tok di sana..amiiin..

.....................

Saat ini masih menunggu abang datang dan membawa saya pulang ke kampung. Suatu fikiran bermain2 di fikiran saya, jangan terlalu menyayangi seseorang jika takut terluka kehilangannya...Ya, tidak salah menyayangi namun berpada2 dan bersederhanalah. Jika TERLALU menyayangi maka luka itu lebih dalam dan lebih menyakitkan...Sayanglah mereka kerana Allah kerana apabila Allah mentakdirkan sesuatu berlaku, hati lebih tabah dan redha dengan segala ketentuanNya. Sayang itu suatu perasaan namun jagalah perasaan itu sebaik2nya. Segala perasaan itu kembalikan juga pada Allah, kerana Dia lah jua yang menghadirkan perasaan itu. Hargailah kasih sayang dengan sebaik2nya dan bersedialah dengan apa jua kemungkinan, perpisahan itu baik sementara atau selamanya pasti akan berlaku..

Tabahlah hati.
al-fatihah.