Saturday, April 21, 2012

Berkampung di Kampung~Part 1 (Berkebun)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..rasa tenang sejak kebelakangan ni membawa pula saya mencari ketenangan di kampung. Hehe, alhamdulillah, saya seronok sangat di Kampung. Sebenarnya dari dulu lagi, saya mahu menghabiskan masa di kampung ni.

Seronok bila dapat bersama-sama dengan sepupu-sepupu yang masih kecil, lebih-lebih lagi saya belum ada komitmen lain setelah tamat belajar ni. Apa lagi, ni lah kesempatan yang saya tunggu-tunggu. Suasana di kampung ni pun cukup mendamaikan hati.=)

Kebetulan, waktu saya 'menetap' sementara (lebih kurang seminggu) di rumah teh ni, Teh sedang mengusahakan tanaman jagungnya. Waktu ini waktu untuk membaja. Jadi, bila saya nampak Teh tengah bersiap-siap nak ke kebun pada waktu pagi, saya cepat-cepat bersiap juga, sebab nak ikut membaja sekali. Ini pengalaman menarik buat saya.=)

Oh ye, kebun Teh depan rumah dia je. Jalan tak sampai seminit pun dah sampai. Menarik kan.^_^

Menurut Teh, sekarang Teh nak membaja dulu, nak bagi pokok jagung tu subur. Saya sebenarnya taklah minat berkebun ni, tapi kali ni teruja pulak.=)..

Menariknya, Teh cerita, ada benih jagung yang dicuri oleh semut. Pertama kali dengar, macam tak percaya. Bila saya tengok, ha'a, betullah, ada je barisan pokok yang tak lengkap. Berlubang-lubang barisan sebab semut dah larikan benih jagung.

Tiba-tiba rasa comellah pulak semut-semut ni. Hehe. Terus terbayang dalam fikiran saya, buku cerita kanak-kanak yang saya baca dulu, semut dan belalang (betul ke ni) yang simpan makanan untuk musim hujan. Tak sangka betul-betul macam tu. =)

(Ni lah sepupu-sepupu saya, akan diceritakan pada next entry^_^)

Lalu berkebunlah kami berdua sepanjang pagi sampaikan matahari mula terpacak atas kepala. Bila balik rumah, terkejut saya sebab rupanya lebih kurang dua jam jugak habiskan masa membaja. Sungguh tak terasa langsung masa berjalan, sedar-sedar dah bermandi peluh.

Mungkin sebab kami rancak sangat bercerita sampai tak sedar masa berjalan macam tu je. Tapi alhamdulillah la, cepat sikit kerja Teh bila saya tolong menyibuk ni. Hehe. Saya pun seronok.

Waktu petang, aktiviti diteruskan, abang saya dan isterinya pula bersama-sama Teh turun membaja. Mereka tinggal dalam 2 hari, kalau diikutkan macam-macam aktiviti yang nak dilakukan, tapi masa yang ada tak cukup.


Setelah penat membaja, Teh dan abang mengait buah kelapa untuk minum petang. Seronok.=)

Okay, setakat ni dulu. Insya Allah nanti sambung lagi. =)

Friday, April 20, 2012

Syukur, ada maknanya buat mereka yang mengerti~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sejak kebelakangan ini, hidup semakin tenang. Hikmah itu dari Allah, Dia memberi ujian, Dia jugalah memberi jalan keluar dari ujian itu.=)..

Satu-satu Allah mengeluarkan saya dari bebanan masalah saya selama ini. Apabila saya jenguk kembali kenangan lalu, baru saya mengerti kenapa Allah meletakkan saya pada situasi itu. Sesungguhnya Allah memang Maha Mengetahui, Maha Memahami. Susunan Allah sentiasa cantik, dan penuh hikmah.

Saya bersyukur, Allah sentiasa ada untuk saya. Dan sentiasa dekat. Walaupun kadang-kadang saya jauh dariNya, namun Dia sentiasa menarik saya kembali supaya dekat denganNya melalui ujian-ujianNya, demi mendidik saya menjadi lebih matang dalam kehidupan. Tanpa rahmatNya, saya mungkin tidak merasakan semua ini. Syukur ya Allah.

Di saat saya diuji dengan manusia, Dia sentiasa memujuk saya dengan kekuatan jiwa.

Di saat tiada seorang manusa pun yang memahami keadaan saya, Dia sentiasa ada memberikan saya keyakinan.

Di saat saya menitiskan air mata, Dia jugalah yang memujuk saya dengan mengurniakan kesabaran.

Di saat saya rasa putus asa, Dia juga ada menyejukkan jiwa saya dengan ayat-ayat suciNya.

Dia memujuk saat saya kesedihan, dan menenangkan jiwa saya pula saat saya kegembiraan.

Dia tak pernah jauh, jadi mana mungkin saya tidak bersyukur?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.

Kebahagiaan itu bukan datang dari manusia semata, namun kebahagiaan itu ada pada ketenangan jiwa yang sentiasa mencari redhaNya.

Dan setiap apa yang dilarangNya, tidaklah mahu saya lakukan.

Setiap apa yang tidak disukaiNya, tidaklah pula mahu saya teruskan.

Dan apa yang menjadi suruhanNya, itulah yang mahu saya pegang.

Semoga Allah menunjukkan jalanNya, dan tidak bawa saya jauh dari track orang Mukmin. =)amiin.

Mujahadah dan istiqamah. Ya, itu yang saya perlukan. Doakan saya terus kuat dan istiqamah atas jalanNya. Saya tidak mahu menjadi seperti cerita ulama' yang kuat beribadah, tapi di akhir hayatnya kecundang pada bisikan syaitan. Nauzubillah. Semoga dijauhkan.

Sebab itu saya perlukan teguran dan kritikan. Walaupun pedas, saya tahu itu salah satu cara untuk saya membaiki diri saya. Saya juga tidak sempurna.

Doakan saya mendapat Husnul Khatimah, dan dipelihara di bawah rahmatNya, di akhirat sana, amiiin.=) Saya doakan pembaca semua juga beroleh Husnul Khatimah juga, amiiin.=)