Saturday, February 20, 2010

Lapar? Mari makan cupcake~


Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini..Alhamdulillah, menyepi bukan bermakna menghilang, namun terus mencari kekuatan untuk kehidupan yang lebih baik insya Allah..

Kini kesibukan mula melanda setelah saya cuba menceburkan diri di bidang perniagaan, ya kini penjualan cupcake sudah bermula..!=)Secara kecil2an tentunya, kecil2 lama-lama jadi besar macam sikit2 lama jadi bukit..=D

Baiklah straight to the point, sebenarnya saya mula menjual cupcake untuk menjana duit untuk cik WAFA, society saya di sini. Dengan kerjasama penuh dari sahabat saya Asmaa', kami mula melangkah sedikit demi sedikit..Permulaan memang agak sukar, iyalah masih mencari tapak yg sesuai, kalau org putih kata test market. Namun alhamdulillah, mendapat respon positif jadi rasa macam ingin meneruskan usaha ini..Rasa tak percaya pulak saya yang tak pernah buat kek ni tiba2 dah boleh jual cupcake pulak..hehe..Itulah, bila kita nak sesuatu tu tak mustahil langsung boleh tercapai, dah lupa ke usaha tangga kejayaan?saya tak lupa.=)Semangat juang yang tinggi dan sokongan dari banyak pihak juga banyak membantu. Oh jangan lupa doa dan tawakal ye.

Okay, tak perlulah saya berceloteh panjang, jom kita lihat hasil air tangan kami yang tak seberapa ini..masih dalam proses pembelajaran dan eksperimen ya, jangan lupa tu.

Ya, kek sudah pun siap..


-Rose cupcake-


-Comel kan kalau dijadikan cenderamata untuk majlis kahwin..=)-



Ini tidak dijual, hanya untuk dimakan.. Lecturer saya ambik satu.


Ini percubaan kedua~alat membuat bunga tertinggal di rumah, terpaksa buat secara manual. Dan ada kisah menarik kali ini. Aising kek cair sebab letak di dalam kereta waktu pagi matahari terik memancar terlalu panas sehingga menjadi aiskrim..Akhirnya menjadi santapan kami2 dan teman2..ish3.


-Yaa, ini kek yg tiada cupnya jadi x boleh panggil cupcake. Saja buat besar sebab untuk dimakan je pun. eh macam banyak makan dari jual je. Ini perisa lemon, sedap sangat! Cik long yang syorkan. FAF-fatin asmaa' farhana.


Okay ini yang latest, dijual sempena promotion booth Wafa: ada yang tak sempat diambil gambar sudah pun dibeli..(-.-")










Tinggal lagi 8 biji kek, tapi main focus di sini nak tunjukkan satu lagi jenis jualan kami iaitu popia nestum. Pernah makan? ramai yang selepas makan tester kami terus beli sebab sedap. 50 paket bawak semua habis licin. Nak cuba sila tempah ye atau datang uia masa ada program anjuran wafa.=D

Dan ini special edition cupcake kami~barbie set.
( huhu.. nama rekaan tapi macam sesuai jugak):

Tadaa! suka sangat, sebab dah lama teringin nak decorate macam ni. Ini sebab bekas plastik dah habis so tak boleh nak jual cupcake dah. Apa lagi, jadi bahan eksperimen lah..Gambar seterusnya semua adalah bahan eksperimen dan bahan makan.(-.-") (makan lagi?)


kawan dah lukis bunga dulu, jadi sayang nak buang. Tu sebab baju senget sikit=p


-gown and crown-




Barbie set boleh dihadiahkan kepada anak perempuan atau anak saudara atau jiran atau anak kawan~ pendek kata sesiapa je yang suka benda comel macam ni.=)

Okay sekian sahaja setakat ni..Terkilan sebab ingat nak buat cupcake waktu majlis aqiqah puteri kakak saya untuk dijadikan cenderamata untuk tetamu, tapi kedai dah tutup waktu tu sebab raya cina. Tak ada rezeki nampaknya..

~Hadiah utk Kak Yus

*anak kakak saya yang baru dilahirkan tu namanya Nur Erdhina Shafiya.