Tuesday, June 30, 2009

ikan duyung di kolam renang

-Kolam renang kanak2-

Assalamualaikum..

Hari ni agak meletihkan. Kalau dikira memang dah lama x menyentuh air kolam renang yg penuh klorin itu..semenjak kelas asyik penuh di waktu petang, maka diri ini tidak punya masa lagi utk beriadah..Sedihnya apabila hak beriadah dinafikan. Walaupun begitu kelas tidak harus dipersalahkan, kita harus terima dgn redha..Ada hikmah pastinya.

Jadi kesempatan yg ada pada hari ini digunakn sebaiknya utk kembali menjejakkan kaki di kolam renang. Cuma bezanya kali ini lokasinya bukan lagi di tempat yang biasa (UIA), tapi sebuah kolam renang yg agak kontroversi di terengganu ini.Ya, kolam renang yang pernah digunakan utk sukma suatu ketika dahulu..Alhamdulillah impian yg dah lama terpendam menjadi kenyataan..Alhamdulillah juga tiada perkara yang aneh berlaku sepanjang kunjungan saya ke sini.Setakat ini kolam renang ini masih dibuka utk org awam..Satu perkara yang saya baru tahu tentang kolam ini, rupanya ia dibina bersambungan dgn KFC pantai batu buruk yg sedia ada itu..Jadi siapa yang ada niat utk menguruskan badan haruslah tabah melihat org makan ayam di KFC..(juga harus kuat utk meneruskan boikot..;p)

Saya dan akidah brjanji utk bertemu pada pukul 11 pagi. Sampai di sana, kami terdiam dan terpaku..Tutup rupanya..hehe..Rupanya utk weekdays seperti ini, kolam renang hanya dibuka pada waktu petang. Itulah, masa plan semalam x fikir langsung kemungkinan kolam ditutup..Rancangan pergi berenang ini baru juga dirancang semalam sewaktu ber'ym' dgn akidah. Kebetulan akidah akan berangkat pulang hari rabu ini jadi saya x mahu menyia2kan peluang yg ada..Bila lagi dapat menghabiskan masa dengan kawan lama..Untuk pengetahuan semua, kawan saya ini mengambil kelas berenang di sini dengan tunjuk ajar seorang instructor berpengalaman..Siapa yang teringin utk belajar berenang juga sangatlah dialu2kan.

Jadi di bawah ini adalah jadual waktu kolam renang dibuka. Sebelum pergi sila pastikan anda tidak pergi pada waktu yg salah.

Ahad-Khamis: 2-4 pm(session 1), 4.30 pm-6.30pm (session 2)
Jumaat: 9.30-11.30 (session 1), 2-4 pm(session 2), 4.30 pm-6.30pm (session 3)
Sabtu: x ingat..nantila check balik.

Jadi kesimpulannya, kami pun pulang ke rumah dan kembali pada waktu petang (2-4 pm)..Tak ramai orang, cuma kami berdua dan seorang wanita lain..Kata akidah kalau hujung minggu biasa penuh dgn org cina..jadi weekdays adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yg tidak bekerja dan sdang bercuti seperti kami.=)

Oh lupa satu perkara penting..Kolam renang ini dibina BERASINGAN lelaki dan perempuan. Jadi muslimah tidak perlu bimbang ye. Beriadah ini penting, tapi biarlah syariat tetap dipelihara.

Okay, satu lagi pengumuman penting. Sebelum masuk pastikan anda memakai swimming suit yang sesuai..Sekali lagi muslimah tidak prlu bimbang..Di bawah ini saya sediakan link utk mendapatkan baju renang yang sesuai utk kaum perempuan. Terdapat juga baju renang utk kanak2 perempuan, iyalah melentur buluh biar dari rebungnya..Jika terasa susah utk membeli online, boleh bagitau saya kerana kak sofea( pengasas bajurennang.com) adalah kenalan saya..Saya percaya impian anda utk berenang seperti ikan duyung akan terlaksana tidak lama lagi..Ikan duyung versi muslimah.=)


Pilihan lain:
(untuk perbandingan harga, design dan sebagainya)


Selamat beriadah..!=)


Sunday, June 28, 2009

Adikku sudah dewasa

Assalamualaikum..

Hari ni si adik lelaki yg berusia 16 tahun bertanyakan pendapat saya tentang masalah biasa yg remaja hadapi..masalah ape murid2?masalah hati dan perasaan..Betul, suatu perkara yg normal bila usia meningkat remaja..Tapi bagi saya ia menakutkan..Inilah saatnya akal mulai x dapat berfikir dengan waras, hati mula jadi x keruan dan iman mula ditolak ke tepi....Segala di depan mata tampak indah tanpa pertimbangan akal..menakutkan apabila kaca pun dilihat seperti intan.

Saya bukanlah seorang yg bijak pndai utk bercakap soal ini. Setiap orang ada penilaian dan pendapat masing2..Saya lebih suka jika semua dapat meluangkan sedikit masa membaca artikel di bawah ini, yang bagi saya sangat dekat dengan kehidupan seorang remaja masa kini..Cerita ni sangat2 best, saya pasti ramai yang mengalami situasi seperti watak dalam cerita ni. Selamat membuat penilaian!

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebee saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai
satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’. .
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..’ALL OUT’lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya. .

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam. .
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah. .
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan ?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. .

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “
Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

COUPLE HARAM

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang. .
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak. .
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu…

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan,
sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?”

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

“Alah kau tu..cakap je berapi.. gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. .”

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak. .
“Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?”

Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”

“Em,boleh..duduklah . Nta nak tanya apa?”

“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

“Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?”

“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”

Saya tak mahu mengalah.

“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan ?”

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”

“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”

“Zina hati?” Saya menduga.

“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”

“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.”

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”

Saya trdiam lagi.

“Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”

“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”

“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”

“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”

Tiba-tiba saya terfikir..

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”

Saya cakap..

“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

“Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.”

Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”

“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”

“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..”

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

“Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum. .”

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

“Terima kasih bang..”

“Takpe, dah tanggungjawab. .”

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

“Seindah gubahan pertama..”

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum. .saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- ”

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.




Thursday, June 25, 2009

Muhasabah


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, exam telah berakhir dan saat ini saya sudah selamat berada di rumah, alhamdulillah syukurnya..tadi berkesempatan pulang ke kampung melawat nenek, ibu saudara dan sepupu2 yang comel..Seronoknya pulang ke kampung, paling tak dapat dilupakan hidangan wajib Mak Teh, sambal belacan. Ah,bestnya.Berselera betul di kampung, suasananya takkan sama..betul2 sangat seronok walaupun hanya seketika..Terkedu sebentar mendengar soalan sepupu comel,Sofea yang lebih manja dgn panggilan 'Ya' (atau masa dulu org suka panggil soya)..

Sofea: Kak Jie, boleh x..?
Saya: Boleh ape?
Sofea: Boleh x tidur kat sini?
Saya: Oh..(terkedu)

Bukan saya tidak mahu berada lebih lama di kampung, tapi saya ada urusan lain di k.trg..Malah saya belum pun lagi sempat memasak di rumah utk penghuni rumah saya..Macam2 resepi ingin dicuba, tapi semuanya bergantung pada tahap kerajinanla kan..hehe..

Mak Teh pun brtanyakan soalan yang serupa dengan 'Ya' bila tahu saya sedang bercuti..Rasa agak terkilan sebab tak dapat memenuhi permintaan semua. Baru saya sedar hidup ni bukannya utk diri sendiri sahaja, masih banyak perkara yang perlu kita lakukan utk banyak pihak. Betul, kita akan gembira bila orang lain gembira kerana kita.

Terfikir2 apakah yang telah saya lakukan untuk insan di sekeliling..Apakah saya telah berbuat sesuatu yang mampu menggembirakan abah, adakah saya sering bertanyakan khabar abang2 dan kakak2, dan apakah saya sering menelefon saudara mara utk mengeratkan ukhuwah yang mungkin agak renggang lantaran tinggal berjauhan? Juga kepada sahabat2 dulu dan sekarang, apakah saya telah menjadi seorang sahabat yang baik dan mampu mengajak semua ke arah kebaikan?Paling penting, apakah sumbangan saya terhadap Islam?

Saya mungkin tidak mampu utk berada di barisan hadapan, tapi juga tidak mahu ketinggalan di barisan belakang..Jika dihitung, waktu yang ada tidak akan prnah cukup untuk saya melakukan semuanya sekaligus, tapi lebih baik berusaha menjadi lebih baik daripada hanya biarkan masa berlalu begitu sahaja..Peringatan utk diri sendiri tentunya.


-Si comel SoYa-


Saturday, June 20, 2009

Rezeki

Assalamualaikum..

Hari ni cafe tutup, kedua2 cafe yg berdekatan tutup..xtahu knp. mungkin musim org kahwin, dan mungkin mak cik cafe tu pergi jamuan kahwin..Entah, tak dapat dipastikan. tapi alhamdulillah, rezeki ttp ade..Asmaa' ajak kami berempat menghadiri majlis perkahwinan kawan kepada kakaknya di taman melewar..Kakak asmaa' ni belajar di new zealand, so asmaa' jadi wakil. Alhamdulillah, dapat makan free. ada hikmahnya cafe tutup.=)

Sebenarnya, kami sangatlah lega dan syukur kerana berjaya menyiapkan projek selama 3 hari 3 malam pada minggu lepas..Setelah berhempas pulas bersengkang mata dan mengadap laptop mencari bahan, alhamdulillah projek berjaya disiapkan walaupun present agak lewat dan terpaksa buat balik sebab ada sedikit masalah. Sir nampaknya memahami. Tak dapat digambarkan perasaan syukur setelah berjaya mengharungi waktu2 yg sukar, dan dibalas dengan kegembiraan..Alhamdulillah, semuanya dgn izin Allah jua yg mengetahui segala2nya.

Petang selepas presentation itu, kami berlima mencuri sedikit kesempatan untuk bertandang ke rumah rai yang x pernah lagi dikunjungi sejak rai berpindah ke sini. Kami plan untuk membuat aiskrim yg macam dekat supermarket tu, idea huda sebenarnya yg ada pengalaman membuatnya..bahan2 nya simple shj, jadi sebelum ke rumah rai, kami singgah sebentar di Giant utk membeli bahan2 yg diperlukan..sambil2 shopping, teringat pada triffle yg biasa dibuat..Oh, alang2 ada dapur, buatlah triffle sekali..Asmaa' pun menjadi mangsanya sebab triffle asmaa' lagi lagi menjadi dari sy punya.(sebenarnya sbb dapur lambat masa tu, sbb tu ambik masa smpai 3 jam buat, ingat lagi waktu bawa pergi berkelah dekat dgn masjid terapung dgn kawan2 shams~siapa yg berkenaan tentu ingat..=))..

Sampai di rumah rai, mak rai menjamu kami dengan mee bandung..alhamdulillah, murah rezeki kami..setelah kenyang menjamu selera dan makan anggur yg dibeli tdi, kami pn menyerang dapur rumah rai, menyiapkn aiskrim vanila dan triffle..meriah sekali suasana, inilah pertama kali kami berlima berkongsi dapur.oh, sangat seronok. Terciptalah satu kenangan yang tentu sekali menjadi memori indah kami berlima..terasa betapa indahnya ukhuwah jika disemai dengan kasih sayang. Ya Allah peliharalah persahabatn kami ini dijalanMu..kurniakan kami kekuatan agar ukhuwah ini berkekalan dan mendapat keredhaanMu..

Sampai lewat malam kami masih lagi menyiapkan resepi itu..Xpelah, bukan selalu. Sekejap je sebenarnya, tapi masing2 sibuk berceloteh..kami tidur lewat, dan bangun awl keesokannya. sarapan pagi: nasi lemak. Betul2 murah rezeki, alhamdulillah.terima kasih mak rai yang menyediakn semua ini. semoga murah rezeki tuan rumah juga.=)

Okay, aiskrim belum siap. Aiskrim ni kna tnggu lama sikit, sbelum keras betul2..Tapi triffle dah siap..bestnye. awal2 pagi dah mkn triffle..memang ternak lemak la kami di sini.hehe..tapi puas hatinya dapat makan triffle. Ingat nak msukkan gambar, tapi wayar tertinggal kat mana entah. lain kali ye. Oklah, seterusnya adalah persiapan untuk exam.hemm..Perlu study hard and study smart. Doakan kejayaan kami.Lepas exam paling best, balik kampung, yeay!Banyak resepi yang ingin dicuba, semoga kerajinan menjadi milik saya.=)

Saturday, June 13, 2009

Susah dapat parking? sila baca.

Assalamualaaikum..

Pernah atau tidak anda mengalami situasi seperti di bawah:

"Pada hujung minggu yg indah, anda pergi ke Giant atau Mydin atau Jusco atau yg seangkatan dgnnya dgn harapan dapat membeli belah atau sekadar window shopping..Sampai di sana baru sedar hari ni hari minggu sbb tu car park penuh!..pusing2 cari parking sampai 3-4 pusingan, xde yg kosong..Mulalah kepala jadi panas dan sibuk menyalahkan org lain kenapa x duduk rumah je hari minggu, padahal x sedar anda pn termasuk golongan yg sama..pastu pusing lagi untuk kali yg keberapa entah, dgn harapan ade kereta yg dah keluar..tiba2 nampak ada parking kosong,yes!..lagi satu meter nak smpai kat parking itu, tiba2 ada org potong line. Oh, dia ambik parking kite, nak kena ni..&%!^#..Mulalah mengata, mengumpat, menghina dan menambahkan dosa dgn percuma sdgkan org tu dgn senang hatinya pergi membeli belah tanpa ada perasaan bersalah..anda masih lagi berpusing2 mencari parking, dah hampir sejam ni..Datang idea baru, tunggu je lah sape yg keluar dari mall tu, kita follow je dia, mesti dia nak gi kat parking..Tunggu punya tunggu, ade seorang pakcik keluar..anda pn ikut pakcik ni perlahan2 dgn kreta..pak cik ni pergi kat kereta dia, buka bonet kereta, letak barang dan terus patah balik ke mall..ala pak cik, knp x balik terus je..Lalu anda sambung lagi mengumpat dan mengata..hmm.."

Situasi macam ni selalu terjadi x kira di mana kita berada. Bagi seorang pemandu kereta, bukanlah suatu perkara yg aneh kalau parking penuh di waktu kita benar2 memerlukan..kadang2 apabila x dpt parking, kita pergi pula ke mall yg lain dgn harapn di situ tidak ramai org dan ada parking kosong, tapi ttp juga sama keadaannya..sebagai seorag yg positif, kita percaya pasti ada jln penyelesaiannya..Ya, jalan penyelesaian yg mudah!..Selain keluar awal pada pagi minggu, cara yg termudah dan terbaik adalah dgn membaca "Ya rozaq"(Yang Maha Pemberi Rezeki) beberapa kali ketika sedang mencari parking ( sebaik2nya sejak keluar rumah lagi)..Sungguh, saya x pernah gagal mendapatkn parking sejak mengamalkan doa ini..dengan syarat, kita perlu benar2 yakin dgn Allah..Dengan izinNya, pasti perkara yg susah menjadi senang.

Saya tidak akan pernah lupa beberapa kejadian yg benar2 mmbuatkan sy merasa takjub. Waktu itu saya baru mendpat lesen, dan masih belum lagi confident sepenuhnya.Kejadian berlaku di sebuah deretan kedai, jadi sudah tentu parkingnya hanya di tepi jalan. Oleh kerana waktu itu parking penuh, kakak menyuruh saya menunggu di dalam kereta dan alihkan kereta kalau ada kereta yg datang. Entah kenapa sy jadi panik, sebab kalau ada kereta yg datang, sy perlu pusing satu bangunan utk smpai ke kedai itu kembali..Dengan perasaan x confident itu mulut sy terkumat kamit membaca "Ya Rozaq" berulang kali..Tak smpai 5 minit, sebuah kereta yg betul2 di depan saya keluar dari parkingnya!..Saya betul2 terdiam, takjub. Subhanallah, Allah benar2 mendengar doa sy..Sejak itu doa ini sudah menjadi amalan sy setiap kali mencari parking.Dan alhamdulillah, sy jarang kecewa..Tapi kalau selepas membaca doa ini tetap tidak mendapat parking, jangan salahkan takdir atau kecewa dgn Allah. Jangan! Sebab mungkin ada hikmahnya yg di luar pengetahuan kita. Mungkin kalau kita x dpat parking di situ, Allah nak bagi kita parking yg lebih dekat dgn pintu masuk. Ataupun kalau x dpt langsung, mungkin Allah tahu kita akan belanja berlebihan w/pun kita tgh pokai! Allah lebih mengetahui keadaan hambaNya..Bersangka baiklah dgn Allah.

p/s Yakinlah pada ketentuan Allah, Allah Maha mengetahui yg terbaik utk hambaNya..Selalu positif sbb mgkin ada perkara yg kita suka tidak baik utk kita, dan ada perkara yg kita tak suka sebenarnya adalah yg terbaik utk kita.

Tuesday, June 9, 2009

Saya, dahulu dan sekarang.


Bukan mudah rupanya memikul amanah yg diberi.Bila berada di tahap ini, baru tahu amanah ini bukan sekadar memastikan kerja siap pada waktunya, tapi lebih dari itu..Diri ini masih terlalu mentah, sgt mentah apatah lagi pengalaman masih cetek bagai air tasik yg hampir kering..sangat cetek agaknya.Saya bukanlah seorang yang berpengalaman dlm hal ehwal pengurusan, apatah lagi dalam kepimpinan..Saya akui diri ini sgt2 bnyk kelemahan, dgn atur cara majlis yg kdg2 berterabur,suara yg tnggelam tmbul di tgh2 org ramai, dan penggunaan bahasa yg kdg2 bercampur baur; ini semua membimbangkankan sy..sy xpandai men'control' keadaan, mungkin krn suara sy yg sy rasa semakin hari semakin perlahan.=|..adik sy sndiri pernah marahkan sy, katanya suara sy sgt perlahan ktika mmbeli sayur di pasar, dan kakak sy selalu kata sy cakap dgn spek shj..Oh, apa dah jadi, sy xmahu kehilangan suara sdiri..!

Masih sy ingat,waktu di sekolah menengah dahulu, sy hanyalah seorg insan yang suka membawa diri..kawan rapat saya hanyalah beberapa org, selebihnya mungkin sy kenal tapi x ingat nama..sy rasa sy boleh dikategorikan di kalangan org2 yg pendiam,(mungkin?) dan utk memegang jawatan dalam mn2 persatuan itu jauh sekali..Namun dlm senyap2 begitu, ada jgk peluang utk sy menimba sedikit ilmu apabila sy berjinak2 dgn beberapa society, w/pn hanyalah sbg org bawahan yg hanya menurut perintah big boss..inilah antara pengalamn awl sy berjinak2 dgn hal ehwal pengurusan persatuan.sy lebih senang begitu, sy tahu apa yg perlu sy buat, krja sy sudah ditentukan dan selebihnya hanyalah menunaikan amanah yg diberi..sy lebih fokus..sgt berbeza dgn sekarang, sy perlu lebih memerah otak,fikir itu fikir ini, sy jugalah yg perlu memastikan krja berjalan sperti yg dirancang dn yg penting, sy yg perlu bercakap di dpn org.oh sy rasa sgt lemah.

Kadang2 sy tertanya sendiri, sayakah ini? pernah masa sekolah rendah dulu ada seorang guru lelaki cina memberitahu ayah sy kebimbangannya kerana sy terlalu pendiam..begitu sekali?sy xprnah merancang utk mnjadi pendiam, tapi mgkn krn kurang keyakinan diri maka sy trmasuk dlm kategori itu..hakikatnya sy sgt suka mmbuat krja persatuan, sy suka mnjalankan amanah yg diberi sbaik mungkin,  sy puas kalau melihat hasil yg sy inginkan itu di depan mata..dan sy nekad, bila menjejakkan kaki ke menara gading, sy akan mengubah diri sy. Anjakan paradima kata org. Saya selalu fikir, sy suka buat kerja2 begini tapi tergendala krn sikap sy sdiri..sy x mahu ketinggalan lagi..sy bangun perlahan2, sy cuba mengubah diri ini..dari seorg yg pendiam kini sy sdh blh bercakap dgn org yg sy tdk knal, sy mula rapat dgn lecturer2, dgn kakak2 dan adik2..Juga dgn saudara mara yg dahulunya sy hanya pndang dari jauh (lelaki terutamanya, w/pun ayah saudara sendiri), kini sy mnjadi lebih periang namun kdg2 masih tersipu malu..sy senang dgn perubahan ini..dan yg paling terharu, melalui kakak sy, sy tahu ayah sy juga gembira melihat perubahan ini..abah kata, "jie dah x mcm dulu, jie dah lain skrg"..masakan tidak, dulu utk order makanan di KFC pn (skrg boikot) adik yg mnjadi mangsa. Sekarang kalau singgah di mana2 kedai, sayalah yg excited ke sana kemari..inilah sy, dahulu dan sekarang.

Namun skrg sy berdepan dgn masalah lagi.sy x meminta diberi amanah ini,sy jadi takut krn pengalamn sy sgt cetek, kemahiran komunikasi sy masih kurang dan hakikatnya sy masih x tahu cara terbaik utk meng'handle' situasi..lain org lain ragamnya, ini satu cabaran buat sy..sedih, sakit hati, kecewa, itu adalh satu proses mematangkan diri..Bukan mudah bagi sy mnghadapi semua ini namun inilah kehidupan..saya perlu positif, amanah yg diberi mgkin satu ujian buat sy..hakikatnya, sy cumalah seorg insan kerdil yang masih belajar, dan akan terus belajar.Teringat kata2 Kak Has,"Buatlah sebanyak mungkin kesalahan waktu proses pembelajaran, krn waktu ini tiada org akan marahkan kita krn kita masih belajar. Pengalaman inilah yg akan mnjadi bekalan utk ms hadapn (bidang kerjaya), di mana semua org akn memandang tinggi pada kita dan sedikit kesalahan mungkin akan memberi kesan yg besar"..Mungkin ini satu proses pembelajarn yg mncabar bagi sy, sy berdoa agar diberi kekuatan, dikurniakan petunjuk dan hidayah dariNya serta dimudahkn segala urusan yg bakal mendatang..doakan sy!

Saturday, June 6, 2009

Michael Jackson?

..Michael Jakson @ Mikaeel..

Assalamualaikum..Sudah lama tidak meng'update blog ini..Mungkin agak kekeringan idea ditambah pula dengan kesuntukan masa. Namun bukan bermakna saya terus menghilang..=D.

Ketika membelek2 berita online,tiba2 trjumpa satu artikel tentang michael jackson, tajuknya lebih kurang macam ni; "Michael Jackson baca al-Quran setiap hari."Saya bukanlah peminat Michael Jackson,apatah lagi pendengar setia lagu2nya,namun mendengar berita pengislaman beliau sangat mengharukan saya.

Mungkin cerita Michael Jackson memeluk Islam adalah cerita lama, kira-kira 7 bulan yg lalu (pada November 2008). Namun kisahnya cukup hebat, di mana kita lihat seorang raja pop berpengaruh, yang hidupnya penuh kontroversi sama ada dari segi penampilan ataupun kehidupannya yg misteri, akhirnya terbuka hati menerima hidayah Allah..Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam.Subhanallah!Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha penyayang..Siapa dapat menyangka hidayah Allah itu muncul buat seseoarang seperti Michael Jackson.

Melihat wajahnya yang berubah2 kerana pembedahan plastik agak menakutkn saya..Jika dihitung, betapa banyaknya dosa2 yg dilakukan beliau sebelum memeluk Islam kerana mengubah ciptaan Allah,dan dosa2 lainnya yg tidak kita ketahui..Namun hidayah itu milik Allah.Dialah yang memberi hidayah itu buat hambaNya, sangat beruntung Michael Jackson dielamatkan Allah dari terus berada dalam kekafirannya..Subhanallah, saya x dapat berhenti dari merasa takjub. Siapa tahu selepas keislamannya beliau menjadi lebih baik dari segelintir umat Islam yang hanya Islam pada nama. Mungkin benar, hanya orang yg pernah melakukan dosa akan berasa peritnya hidup bergelumang dgn dosa, lantas apabila diberi hidayah mereka akan jadi lebih baik dari org yg sedia ada baik..Semoga Michael jackson terus mendapat rahmat Allah dan istiqamah dgnnya..

Michael Jackson mungkin sudah bertemu dgn kehidupan sebenarnya, namun kita umat Islam jangan terlalu lalai..Kita langsung tidak layak utk menilai orang lain kerana hidayah itu milik Allah..Hindari dari mengata dan memandang rendah orang lain, kerana mungkin sebenarnya hati mereka lebih suci apabila hidayah Allah sampai buat mereka..Daripada mengutuk dan mengumpat, lebih baik kita mendoakan mereka..tukarkan dosa kpd pahala kerana jika kita mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya, malaikat juga akan mendoakn perkara yg sama buat kita..Hati cepat berbolak balik, iman cepat turun dan naik..Hanya Allah mengetahui segala2nya, pohonlah kepada Allah agar iman dipelihara dalam zaman yg mencabar ini..Hanya sebagai peringatan buat diri sendiri juga kepada pembaca sekalian.

Untuk melihat gambar2 Michael Jackson sejak zaman mudanya, bolehla click di sini:


Semoga kita sama2 mengambil sedikit iktibar dari kisah raja pop ini, dan jangan sekali2 putus asa terhadap rahmat Allah.

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Terbuka Gong Badak Runtuh!


Satu email yg diterima hari ini agak memeranjatkan..Stadium Terbuka di Terengganu yg baru siap telah runtuh.Berikut adalah antara petikan email yg diterima:

"Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan. 

Difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) ."





Semoga kejadian ini dapat memberi pengajaran buat mereka yg mahu berfikir.Wallahu'alam.

*Memandangkan sy tiada di tempat kejadian, kredit gambar buat CtKay's.

Monday, June 1, 2009

..Gaya & Fesyen..




*Pesanan buat kaum adam, entry ini bukan hanya utk kaum hawa semata2.Lihatlah sekeliling, jika ada sahabat, kakak, adik perempuan mahupun ibu anda, adalah mnjadi tanggungjawab anda utk menasihati dan mengubah mrk ke arah yg lbih baik..Berpesan2lah ke arah kebenaran.'Amal ma'ruf Nahi Munkar'

Entry kali ini adalah brkenaan T-shirt muslimah yg mndpt sambutan hangat di kalangn mereka yg ingin sekali-sekala lari dari imej berjubah dan berbaju kurung, namun masih lagi menutup aurat dan selesa utk bergerak.Berbeza dari dulu di mana T-shirt labuh hanya mempunyai warna2 yg suram dan design yg sterotaip, peminat T-shirt labuh kini mempunyai banyak pilihan sama ada dari segi designnya yg unik atau juga warnanya yg ceria..Saya ada menyenaraikan beberapa link di dlm blog ini utk memudahkan sahabat melihat dan memilih..Jangan terkejut jika baju yg menutup aurat ini  lebih cantik dilihat berbanding baju yg terdedah!


Sila click pada Muslimah Collection dan AMK collection di bahagian link di sebelah utk kepelbagaian pilihan.

Siapa kata muslimah tdk boleh brgaya, namun biarlah pemilihan itu sesuai dgn title muslimah itu sendiri..Tidak slh bergaya namun pastikan pakaian yg dipakai itu menepati apa yg diajar oleh Islam..Baju haruslah tidak mengikut potongan badan dan juga tidak jarang.Pemilihan tudung yg sesuai juga haruslah dititik beratkan, terutamanya pemilihan tudung bawal yg kebnyakannya jarang..

Saya sendiri mmkai tdung bawal bidang 60" & 55", tapi apa yg menyedihkan sy ialah walaupun ianya bidang besar tapi msh lagi jarang..Sebagai seorang pembeli ternyata  bukanlah dalam bidang kuasa kita utk meminta pengeluar itu supaya membuat tudung yg tidak jarang, namun sbg seorg muslimah kita harus bijak mncari jalan penyelesaiannya agar apa yg dipakai masih menepati syariat Islam itu sendiri.Alternatif lainnya adalah dgn memakai selapis lagi anak tdung kecil (nipis sahaja) di bahagian dlm tdung agar dapat melindungi bentuk leher..Mungkin cara ini kurang popular tetapi tudung kecil ini sudah semakin diguna pakai di tempat saya..Mungkin selepas ini dengan kesedaran yg ada, sahabat semua dpt mempratikkan cara ini demi melindungi diri kita sendiri khususnya..Kadang2 sy jd malu sdiri melihat wanita memakai tudung tetapi dapat dilihat dgn jelas scarf/serkup di dalamnya..Sekali imbas seolah2 hanya scarf/serkup shj yg dipakai krn tudung itu sudah hilang fungsinya..!*mungkin belum ada kesedaran atau tiada cara utk mengelakkannya.Sekarang tiada alasan lagi.=)

Mungkin ada yg tertanya2 bagaimana keadaan anak tudung yg disebut2 td.Di sini sy sertakan contohnya:

[lebih kurang 40.5cm x 45cm]

Jika sukar untuk mendapatkan anak tudung seperti yang dinyatakn di atas, bolehla informkan pd sy krn sy akui agak sukar mencari anak tudung ini di luar, terutamanya jenis kain yg selesa dan tidak mengganggu tugas seharian..Sy sendiri menempah anak tudung ini krn ada jenis kain yang apabila dipakai melekat pada tudung kita, amatlah tidak selesa..Bukanlah niat sy utk mempromote apatah lagi berbisnes di blog ini, tapi sy ikhlas memberi sedikit panduan agar dimudahkan segala urusan kita.Mana tahu ada yg punya keinginan utk berubah(dari segi pemakaian), tapi agak sukar krn susah mndapatkan pakaian yg sesuai ataupun trpaksa mengikut arus semasa..Maksud sy mungkin bagi pemakai tudung bawal, agak membazir utk membeli tudung lain sdgkan tudung yg sedia ada sdh bertimbun2..Jadi adalah lebih baik kita menggunakan apa yg ada tapi cuba ubah cara memakainya..Ingatlah, aurat bagi seorang perempuan itu haram didedahkan kecuali muka dan tapak tangan..Hanya kita yg dapat memilih apa yg trbaik utk diri kita..Selamat membuat pilihan!