Sunday, March 21, 2010

Do we care?

Berhibur Sambil Beramal
KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" ~ Break The Siege

TARIKH:26 Mac 2010
LOKASI:Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor
MASA:8.00mlm hingga 11.00mlm

INTRODUCING: Kumpulan Daie

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)

Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00VIP - RM30.00
#VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas.
Lelaki & Perempuan diasingkan.

& Gabungan NGO-NGO di MalaysiaDapatkan Tiket Melalui Wakil IPT Masing-masing atau di kaunter tiket di pintu masuk auditorium pada 26 Mac nanti.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@ gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Note: Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.

Saturday, March 6, 2010

Encik labah-labah


Assalamualaikum..

Semalam saya ada lihat seeokor labah2 kecil, encik labah2 ni turun guna talinya, bila hampir sampai ke bawah, encik labah2 cepat-cepat panjat balik ke atas guna talinya itu.. Saya tertanya2 kenapala begitu tergesa2 sekali encik labah2 ni. ada masalah ke?Kenapa sikit lagi nak sampai ke bawah tiba2 pergi naik balik. Saya x faham. Lepas tu x sampai 5 minit encik labah2 turun lagi menggunakan tali yang sama.. saya bertambah2 hairan. Drama apa ni? Saya nak tanya tapi mustahil lah kan encik labah2 nak jawab, sebab kami dari dunia yang berbeza.

Ya, kerana seekor labah2, saya mula terfikir..Kita, ya kita manusia ni, bila kita buat sesuatu mesti bersebab kan. Apa saja perbuatan, tingkah laku, perkara yang dilakukan pasti bersebab..Tapi tak semua orang faham sebab musabab kita sebab pemikiran setiap manusia berbeza. Baik bagi saya, belum tentu baik bagi orang lain, jahat bagi saya mungkin bagi orang lain itu perkara biasa. Sebab tu kita tak layak pun untuk menilai orang lain..Jahat mereka di mata kasar, siapa tahu suatu hari nanti Allah bolak balikkan hatinya dan ditempatkan di kalangan hamba yang terpilih. Dan sebab itu jugalah kita ada agama sebagai penunjuk arah, sebab secara fitrahnya manusia itu sama cuma mungkin kerana persekitaran yang membuatkan kita berbeza.

Bila difikirkan balik, labah2 tu mesti ada sebab untuk turun naik begitu. Tapi kita tak faham, sebab kita tak berada di tempat dia. Mungkin dia ada masalah, tapi kita pulak tuduh dia buat perkara sia2. Tengok, kita cepat menilai tanpa ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Manusia banyak begitu. Suka menuduh orang tanpa ingin tahu punca dia jadi begitu. Mungkin dia tengah ada problem sebab tu moody semacam. Atau mungkin dia tengah sakit sebab tu suka marah2..Kita tak cuba memahami tapi terus menilai dan menghakimi tanpa sempat orang itu membela diri sendiri.

Kadang-kadang kita tak beri pun peluang untuk orang itu menjelaskan apa yang berlaku, sebab sikap manusia suka cakap belakang..Cuba kita tempatkan diri kita dalam situasi mereka, belum tentu kita mampu nak hadapi semua tu..Jangan rasa kita mampu kalau bukan kita yang berada dalam situasi tu. Dan jangan cuba samakan kemampuan diri sendiri dengan orang lain, kerana Allah ciptakan manusia itu berbeza. Yang penting jangan cepat menghukum. Manusia penuh dengan kesilapan, tapi selagi ada peluang, bantu mereka untuk berubah..kerana perubahan itu sukar tanpa sokongan dari mereka disekeliling. Semoga kita semua sentiasa bersangka baik, walaupun sukar tapi itu yang sebaiknya. Biarlah dibenci manusia, yang penting Allah tidak membenci kita. Biarlah tidak disayangi manusia namun Allah menyayangi kita..Itu lebih penting..


Love family and friends.=)