Saturday, September 17, 2011

Hukum berimamkan perempuan tidak bertudung~

Assalamualaikum..


Sebenarnya sudah lama saya menulis entry ini, tapi entah mcm mana saya terlupa password blogger, (-.-") Jadi alhamdulillah setelah selesai masalah ni, bolehla saya sambung menulis lagi..^_^

Dalam post sebelum ini, saya ada menyatakan tentang saya berimamkan perempuan yang tidak bertudung. Baiklah, secara jujurnya, saya mungkin terlepas pandang perkara ini.. Mungkin persekitaran tidak mendedahkan saya tentang perkara ini, atau saya sendiri yang terlepas pandang tentang hukumnya..Jadi di sini sy ingin mengucapkan terima kasih pada yang menegur... Insya Allah, setelah membaca, bertanya dan meminta pendapat beberapa pihak, hukumnya lebih jelas untuk saya. Sukalah untuk saya berkongsi sedikit ilmu tentang hukum "perempuan berimamkan perempuan yang tidak bertudung" ini dalam entry kali ini dengan pembaca sekalian..Mungkin ada pembaca masih kurang jelas dengan hukumnya, sama-samalah kita menambahkan ilmu kita.

Sebelum itu, saya meminta maaf andai ilmu yang saya kongsikan ini ada kekhilafan di mana-mana, atau mungkin ada pembaca yang lebih mengetahui tentang perkara ini. Jika ada kesilapan, mohon perbetulkan dan kongsikan untuk kepentingan umat Islam semua. Baiklah, saya ada bertanyakan seorang ustaz tentang perkara ini..Apa hukumnya perempuan berimamkan seorang perempuan yang tidak bertudung? Waktu solatnya, imam sempurna menutup aurat, tetapi di luar solat si imam tidak memakai tudung..Jadi jawapan dari ustaz adalah, solat itu sah. Kerana syarat sah solat telah ditepati.

Baiklah, untuk lebih detail, ingin saya kupaskan satu-satu..Sekali lagi, jika salah, mohon perbetulkan..Ini saya bertanya kpd seorang kawan yang berpengetahuan dalam bab ini dan juga ada melalui pembacaan sendiri..

1) Perempuan yang tidak memakai tudung, dikatakan fasik. Apakah yang dimaksudkan dengan fasik ni?

Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)

Jadi tidak menutup aurat termasuk dalam melanggar perintah Allah dan berbuat kemaksiatan.

Sumber: abubasyer.blogspot.com

2) Berimamkan orang yang fasik adalah tidak sah, namun jika makmum tidak menyedari atau tidak mempunyai pengetahuan tentang kefasikan imam tersebut, solat itu adalah sah.

Memetik pandangan dari laman web,
Menurut Ibn Taimiyah rh.,

“para Imam-imam Mazhab bersependapat bahawa adalah tidak disukai (makruh) bersolat dibelakang orang yang Fasik, akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai kesahihan solat tersebut. Ada yang berkata : TIDAK SAH, sebagaimana qaul Malik dan Ahmad didalam salah satu dari dua riwayat mereka. Ada yang berkata SAH, sebagaimana qaul Abu Hanifah dan al-Syafie, dan riwayat yang lain dari mereka berdua (Malik dan Ahmad). Akan tetapi mereka bersetuju mengenai hakikat orang yang sedemikan tidak boleh di lantik (menjadi Imam)” [Majmu’ Fataawa , 23/358].

Ada dikalangan Ulama’ berpendapat bahawa, seseorang yang melakukan DOSA, tidak seharusnya diambil sebagai Imam, akan tetapi jika dia telah diberi kedudukan yang sedemikian, maka solat dibelakangnya adalah sah, kerana kemungkinan mereka itu sedang diuji, atau mereka di paksa bersolat dibelakangnya. Akan tetapi, jika Imam tersebut melakukan perkara syirik, seperti meminta pertolongan orang yang telah mati, maka TIDAK boleh bersolat dibelakangnya. [Majmu’ Fataawa Ibn Baaz, 9/278].

Kesimpulan yang saya boleh buat berdasarkan persoalan "Apakah hukumnya berimamkan perempuan yang tidak bertudung" adalah seperti di bawah:

"Perempuan yang tak memakai tudung boleh dikatakan fasik, dan berimamkan orang yang fasik adalah tidak sah. Namun begitu, jika makmum tidak mengetahui dan tidak punya pengetahuan tentang itu, maka hukum solat si makmum adalah sah. Walaubagaimanapun, jika masih ada keraguan pada si makmum, diharuskan untuk menggantikan solat tersebut."

Wallahu'alam. Semoga persoalan ini terjawab, dan sebarang perkongsian sangat dialu-alukan.=) Minta maaf atas sebarang kekhilafan.

Thursday, September 8, 2011

Gaya Hidup orang Holland?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan di bawah rahmat Allah sentiasa..Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu, kini Syawal menjelma dan bakal juga berlalu. Bagaimana, dapat istiqamahkah kita dalam berbuat kebaikan? Allah suka pada amalan yang berterusan walaupun sedikit,

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit” (Riwayat Al –Bukhari dan Muslim)

Baiklah, kali ni ingin bercerita tentang sebuah keluarga yang agak mengagumkan saya. Baiklah, kepada yang mengenali saya, tentu mengetahui tentang kisah abang saya yang berkahwin dengan orang Holland. Bila sebut org Holland, ramai yang terbayang rambut blonde, skirt pendek, baju ketat dan tidak Islam..^_^ Saya tak mahu tulis panjang lagi, boleh rujuk entry saya yg terdahulu utk melihat siapakah isteri abang saya tersebut. ^_^

Dan baru-baru ini, alhamdulillah, seminggu sebelum Ramadhan, keluarga kakak ipar saya berkunjung ke Malaysia buat pertama kalinya. Dan kami menhabiskan masa yang indah bersama-sama, kami bercuti di pulau, bawa mereka ke pasar payang, makan durian, pergi pasar dan masak bersama-sama. Sangat seronok! =D..Walaupun pertama kali bertemu, kami tidak kekok walaupun bahasa percakapan kami adalah english. Saya seronok pulak jadi penterjemah utk mereka bila pergi bershopping dan bila bertemu saudara mara kami. Grammar saya bukanlah betul sangat tapi cakap je lah asal faham, kan.hehe. ^_^

-Menjamu mereka dengan buah-buahan tempatan pada malam ketibaan-

Apa yang saya kagum sangat tentang mereka ni? Mereka biasa-biasa saja. Ayah dan Ibu kpd Feer (kakak ipar saya) masuk Islam sewaktu muda. Jadi alhamdulillah, anak-anak mereka semua Islam. Feer tiga beradik, semuanya perempuan. Ada seorang kakak dan seorang adik. Namun hanya Feer seorang yang memakai tudung. Tak apalah, semoga kakak dan adik Feer (Mandy dan Soor) akan terbuka hati utk memakai tudung suatu hari nanti. Namun saya tak salahkan mereka, mungkin suasana di negara mereka iaitu Holland tak membantu mereka untuk mengamalkan Islam ini dengan cara yang betul. Saya tahu suasana sangat membentuk peribadi seseorang, namun agak terkilan di Malaysia yang merupakan negara Islam ni ramai je yang tak pakai tudung, Salah suasanakah atau salah ibu bapa atau salah siapa? Wallahu'alam.

Cuma saya memang mengagumi ibu dan ayah Feer yang sedikit sebanyak dapat menanamkan budaya Islam dalam keluarga mereka. Sepanjang mereka tinggal di rumah saya (lebih kurang seminggu), saya dapat melihat cara hidup Islam dipratikkan dalam keluarga mereka. Waktu solat, mereka akan berkumpul dan menunaikan solat jemaah bersama-sama. Waktu subuh, mereka bangun sebelum subuh dan berjemaah bersama jugak. Kagum bukan? Mereka bukanlah ustaz ustazah, namun amalan mereka mengagumkan bagi saya dengan mengambil kira suasana hidup mereka di kalangan orang tak beragama Islam di negara mereka Holland. Subhanallah.

Kami juga bawa mereka melawat Masjid Kristal (saya pun pertama kali pergi (-.-")), dan waktu itu saya berjemaah dengan adik beradik dan Ibu Feer. Kami tiba waktu jemaah sudah pun selesai bersolat maghrib, lalu Kakak Feer iaitu Mandy menjadi imam. Bacaannya lancar dan merdu sekali. Sekali lagi saya kagum. Remaja perempuan di Malaysia ini belum tentu mampu menjadi imam seperti beliau. Subhanallah.

-Di masjid Kristal-

Dan juga, saya ingin bercerita juga tentang Feer. Feer juga mengagumkan saya. Memandangkan di rumah saya ada abang saya yang lain, Feer terpaksa memakai tudung 24 jam, eh mungkin hanya 12 jam menolak waktu tidur. Pada mulanya, saya fikir tentu sebab saya pakai tudung sebab abang ipar sy berada di rumah, maka Feer pun begitu. Tapi saya silap, rupanya sewaktu di Holland juga Feer memang menjaga auratnya dgn abang iparnya (suami Mandy, oh ye, Mandy dah berkahwin)..Sewaktu kami berkongsi-kongsi cerita, Feer ada juga bercerita betapa dia kelam kabut mencari tudung jika abang iparnya muncul secara tiba-tiba di rumahnya di Holland. (Ini juga berlaku pd saya (-.-")).. Subhanallah, betapa Feer berusaha menjaga auratnya walaupun di dalam rumah sendiri. Ini mengagumkan kerana dia bukan tinggal di negara Islam, namun kesedaran dan amalannya melebihi mereka yang tinggal di negara Islam. Tidak malukah kita? Feer juga tidak memakai baju yang jarang, memakai tudung dgn melabuhkannya dan berpakaian sopan dan labuh. Remaja Islam perempuan melayu, tidak tercabarkah anda?

-@ Local Delight-

-@ Pasar Payang-

-@ Pulau Perhentian-


Belum mengambil kira kesungguhan mereka mencari makanan yang halal. Di negara mereka, makanan halal sangatlah susah untuk dicari. Mereka ada senarai code-code barangan yang tidak halal untuk dimakan, dan meyemak senarai panjang itu setiap kali keluar bershopping. Sekali lagi rasa malu sebab di Malaysia ni, makanan halal punyalah banyak tapi ada juga yang masih sambil lewa makan di premis yang tak halal dan syubhah..Kufur nikmatkah penduduk Malaysia? Tentulah bukan semua begini, hanya sekadar memberi contoh sebahagian penduduk Islam di negara Islam ini. Hmm, tepuk dada tanya iman.

Sebenarnya banyak lagi kekaguman saya terhadap mereka, tapi entry ini terlalu panjang jadi Insya Allah saya akan sambung di lain entry pulak. Semoganya ada sedikit pengajaran yang boleh kita kongsikan bersama. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ^_^

~Fatin