Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Sekarang ini saya agak busy menerima tempahan cupcake untuk mengisi masa lapang sempena cuti semester. Kali ni nak berkongsi pengalaman sejak mula menjual cupcake ni. Banyak kebaikan yang saya dapat, dan banyak juga keburukan sebab selagi saya manusia saya bukanlah sempurna. Insya Allah cuba kekalkan kebaikan yang ada dan cari jalan atasi keburukan..
BAiklah, kebaikan yang pertama saya dapat, ye alhamdulillah, saya dah dapat pegang duit dengan usaha penat lelah saya sendiri.=D Dan paling penting dah boleh belanja abah makan sempena father's day dengan duit cupcake itu..Satu perkara yang membahagiakan. Sangat.=) Tak pernah terfikir pun saya akan dapat buat semua ni, tapi ia telah ditakdirkan untuk saya, untuk itu, terima kasih ya Allah yang menunjukkan saya jalan untuk mencapai semua ini..Alhamdulillah..
Dan kebaikan kedua adalah bila saya dapat mengatasi ketakutan dan perasaan malu yang ada dalam diri. Maksudnya saya jadi lebih berdikari. Tidak sangka kan, keazaman yang kuat dalam diri dapat membawa saya menjadi seorang yang kuat semangat. Kalau dahulunya saya berfikir dua tiga kali untuk pergi giant atau mydin atau mana-mana kedai seorang diri, namun sekarang saya menjadi seorang yang berani. Ya berani dan malu bertempat. Saya dapat mengatasi perassan itu. Sangat bersyukur Ya Allah.
Selain itu paling menyeronokkan bila dengan menjual cupcake ini saya mendapat ramai kawan, dan lebih rapat dengan saudara mara. Saya tiba-tiba menjadi lebih ramah dan ceria..Apa tidaknya, mak saudara saya sudah memberikan saya title "Tauke cupcake" kepada saya..(Saya segan sebenarnya, rasa belum cukup layak nak jadi tauke) tapi kalau dgn title itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim, saya sangat suka malah sangat bersyukur..Alhamdulillah lagi.
Dan juga saya sudah tidak sesat lagi jika ke bandar K.Terengganu seperti pertama kali saya mahu mencari kedai alat membuat kek itu. Hampir satu jam saya pusing2 dalam bandar, padahal jalan yg saya lalu tu jalan yang sama. Agak tension tapi as times goes by, saya mula mahir dan tentulah ini satu kebaikan juga pada diri saya. Banyak tempat mula saya kenali, tidak macam dulu lagi yang sering terpinga-pinga bila orang sebut nama tempat di terengganu ni. Saya bukanlah seorang yang suka berjalan2, saya lebih suka duduk di rumah sebab itu saya kurang kenal nama tempat. Alhamdulillah satu lagi kelemahan telah diatasi.
Baiklah, seterusnya, tentulah kemahiran saya makin bertambah. Saya mahu pelbagaikan product, tapi belum ada cukup masa untuk semua tu. Insya Allah ada masa saya mahu cuba dan terus mencuba lagi.
Tapi banyak kebaikan ni tak menenggelamkan keburukan yang ada pada saya. Terutamanya bab kelam kabut, makin kelam kabut saya nampaknya sejak banyak order ni..Sampai selalu lupa nak makan sebab nak kejar masa. (Berita bagus jugak ni, bolehla turunkan berat sikit lepas makan cupcake kan.hehe). Lagi, time management, sangatlah lemah. Dengan oven yang boleh bakar 12 biji cupcake satu2 masa, agaknya berapa kali saya kena bakar untuk siapkan 155 biji cupcake? Oh sangatla memakan masa, lebih2 lagi untuk menyiapkan decoration yang pelbagai itu. Sudah banyak kali abah nak beli oven yg lagi besar, tapi saya nak hold dulu sebab sem depan jarang balik. Macam tak terguna la nanti. Tapi abah dah beli dah pun baru ni, terkejut saya. huhu. Apapun thanks abah sebab tak nak bagi jie bertambah2 kelam kabut di dapur tu. Appreciate it so much.=D
Apa lagi ye. Oh, saya pun jadi malas nak masak sebab kadang-kadang sibuk dengan kek je. Memang, saya dah nampak kemungkinan tak dapat jadi isteri yg baik( bila dah kawin) kalau asyik terima tempahan. Susah ye nak bahagi2kan masa ni. Tak suka sebenarnya, ni keburukan yang paling saya tak suka. Masih banyak perlu dipelajari nampaknya.hmm. Insya Allah mahu cari jalan atasi ini semua.
Selain itu, saya juga macam tak pedulikan perkara lain dah. Cupcake, cupcake, cupcake je dalam kepala. Oh sampai terlepas peluang untuk join kem kepimpinan untuk adik2 junior sekolah. Sangatlah terkilan, nampak sangat saya mata duitan. Tiba-tiba rasa saya tak menyumbang apa-apa pun pada Islam. Sedih pulak rasa. Apa dah jadi pada saya? Semoga ada hikmah di sebalik semua ni.. Saya tak mahu jadi orang yang mengejar dunia tanpa amal untuk bekalan di sana..Saya tak mahu pentingkan diri, tapi itulah yang telah berlaku..Sedih(-.-,).Ya Allah tunjukkan jalan yang Engkau redhai, jalan2 yang Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat..amiin.
Cuma satu amalan saya, saya akan minta petunjuk dari Allah bila mahu menerima satu2 tempahan, lebih2 lagi jika tempahan yang banyak..Pohon Allah tunjukkan saya jalan yang betul, dan dipermudahkan segala urusan saya. Saya tahu dengan diri saya yang kelam kabut ini saya tak mampu harungi ini semua seorang diri. Jadi saya rasa tenang bila minta petunjuk dari Allah, saya dapat rasakan segalanya jadi lebih mudah.Alhamdulillah. Selalu kan kita dengar, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya..Tapi saya lebih suka Allah yang rancangkan untuk saya, dan biar Allah menentukannya juga. Sebab itu saya minta petunjuk, apa yang harus saya buat step by step. Sesungguhnya Allah itu dekat dan mendengar doa hambaNya yang mengharap, insya Allah..Bila kita yakin dengan Allah, insya Allah akan dipermudahkan segala urusan kita..Yakinlah dengan Allah.
Tapi. Segala amalan dan suruhan Allah jangan kita abaikan. Terutamanya solat 5 waktu. Untuk dapat redha Allah, kita kenala jaga amalan kita. Niat harus ikhlas..Saya akui sebelum ni pun memang saya kurang menjaga solat saya, ye lah asyik sibuk terkejar2 dgn cupcake tu..Selalu je solat lewat2. tapi malu la kan kalau kita minta macam2 dengan Allah tapi kita tak ikut suruhan dan jauhi laranganNya? Yang penting jaga hubungan dengan Allah,okay? semoga semua orang pun beroleh kejayaan dalam bidang masing2. Ingat, rezeki itu milik Allah, kalau bukan kita minta dengan Allah, nak minta dengan siapa lagi?^_^
*Special thanks to abah, abg wan dan adik hanif yang pasti tension tengok dapur kelam kabut. maaf ye.(-.-")