Mood menulis sudah datang.^_^
Baru-baru ini setelah selesai berperang dengan FYP dan segala macam presentation dan showcase, alhamdulillah kami berkesempatan utk menjejakkan kaki di sebuah restoran korea di sri gombak sebelum saya pulang bercuti..Restoran ni insya Allah halal dan menurut kawan saya, pemiliknya korea muslim dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Restoran ni pernah dipromosikan dalam akhbar tempatan dan kawan saya yang memperkenalkan restoran ni kepada kami..Thank you Cik Rai.^_^ Akhirnya dapat juga rasa makanan korea hehe.
Jom lihat apa yang restoran ni sediakan:
-Kimbap (macam sushi)-
-Kalguksu (mee dengan seafood)-
-Bulgogi (daging panggang kalau tak silap)-
-Jajangmyeon ~ini saya punya (macam bihun goreng kicap)-
Makanan di bawah ini saya sudah lupa namanya. Waktu dihidangkan kelihatan cantik tersusun tapi kemudian harus digaul sampai sebati. Itu cara orang korea makan.Tapi rasanya agak pelik, tawar dan pedas. Kawan saya tak habis pun makan.hehe, mungkin bukan selera kita..Cik Huda, takpelah pengalaman pertama kan.^_^
-Sebelum-
-Selepas-
Tak tahulah betul ke tak nama makanan di atas ni. Harap-harap saya tak tertukar dan tak tersilap eja..hehe. Apapun, saya suka jajangmyeon tu, bulgogi pun sedap juga. ^ Tapi kan, saya pernah tengok rancangan kat tv, ada orang korea kata bahan kat sini tak cukup untuk buat makanan mereka, jadi mungkin ada kekurangan di mana-mana. Kawan-kawan lain kali kita kena pergi makan kat korea terus, baru puas hati.hehe. Mana tahu rasanya tak sama, kan.?^_^
Nice experience though. And a perfect semester ending with izzah. Gonna miss her.=)
Till meet again in next entry insya Allah.^_^