Monday, March 12, 2012

Ummi~

"Ummi," Terdetik di hati saya.

"Ummi buat apa di sini? Bukan ummi dah "pergi" ke?"

Saya pandang wajah ummi. Ummi juga memandang saya, dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Air mukanya tenang.

"Ummi, macam mana ada kat sini?" saya masih melontarkan soalan demi soalan. Mustahil, bagaimana mungkin Ummi ada di sini.

"Ummi, hidup semula?" bisik hati saya kehairanan.

Ummi tersenyum. Kami berada di sebuah tempat yang saya tak pasti di mana.

Saya masih belum puas hati. Keadaan waktu itu benar-benar menghairankan saya. Diri saya dipenuhi persoalan.

"Ummi, macam mana perasaan ada di alam sana?" saya masih bertanya, cuba mendapatkan pengalaman ummi. Ya, sejak kebelakangan ini, saya terfikir bagaimana agaknya alam itu. Alam yang pasti dilalui setiap manusia. Dan saya pasti ummi tahu bagaimana.

Perlahan-lahan ummi menjawab,"ok je, luas kat sini," sambil tersenyum.

"Tapi, lama dah ummi kat sana,"

"Lama tu bagi perkiraan manusia di dunia, tapi ummi rasa macam mimpi..sekejap je,"

Saya terkesima. Betul ke? Tapi Ummi dah hampir 4 tahun di alam sana. Yang saya rasa agak lama.

Kemudian tanpa disedari, saya memeluk Ummi. Erat, terasa hangat badannya. Saya bisik di telinganya, perlahan.

"Ummi, tunggu jie di syurga ya,"

Saya pandang ummi, ummi hanya tenang seperti biasa.

Kemudian kami berjalan-jalan di tempat itu. Bertemu kawan-kawan ummi, semua kehairanan. Macam mana Ummi boleh hidup semula?

....................................

Saya terjaga dari tidur. "Ya Allah,"

Mimpi apakah ini? Subhanallah, mimpi itu terasa sangat benar. Rasa Ummi benar-benar hidup semula. Subhanallah.

Saya ambil buku di sebelah tempat tidur saya. Buku yang baru saya beli, "Indahnya Kematian". Mungkin ini sebabnya, ummi muncul dalam mimpi saya. Subhanallah.

Walau apa pun penafsiran mimpi tersebut, saya rasa cukup bahagia walau sekejap cuma. Ummi mungkin tiada di alam ini, namun ummi sentiasa hidup di dalam hati saya.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati ummi di sana. Dan saya mahu jadi anak soleh supaya doa saya sampai kepada Ummi..Insya Allah. Doakan saya juga.=)

....................................

*Insya Allah nanti sambung Allah itu ada!...bah..3.

3 comments:

white said...

Alhamdulillah... banyak2lah b'syukur pada Allah swt, kerana menghadirkan ummi dalam mimpi saudari, tambahan lagi dalam keadaan yang baik...peluang & kesempatan yang jarang2 diperoleh... Semoga dimudahkan untuk istiqamah dalam kebaikan dan ke arah kebaikan... Di sana, orang2 yang baik di"bersamakan" oleh Allah swt dengan orang2 yang baik juga...
A free motivation by white :)

Nur Iman Adryna said...

sayunya baca...
huhu...moga roh ummi baik2 saja di sana...sentiasa doakan dia ye fatin...

Puan Fifiey said...

Alhamdulillah.. sayu hati bila membaca.. Mesti Arwah tok dan ummi gembira kak fida dah ngandung... sedih sgt.. maybe kalau arwah tok dan ummi ada..terasa sgt ada sedabb diorg tunggu sgt kak fieda dapat anak.