Tuesday, June 30, 2009

ikan duyung di kolam renang

-Kolam renang kanak2-

Assalamualaikum..

Hari ni agak meletihkan. Kalau dikira memang dah lama x menyentuh air kolam renang yg penuh klorin itu..semenjak kelas asyik penuh di waktu petang, maka diri ini tidak punya masa lagi utk beriadah..Sedihnya apabila hak beriadah dinafikan. Walaupun begitu kelas tidak harus dipersalahkan, kita harus terima dgn redha..Ada hikmah pastinya.

Jadi kesempatan yg ada pada hari ini digunakn sebaiknya utk kembali menjejakkan kaki di kolam renang. Cuma bezanya kali ini lokasinya bukan lagi di tempat yang biasa (UIA), tapi sebuah kolam renang yg agak kontroversi di terengganu ini.Ya, kolam renang yang pernah digunakan utk sukma suatu ketika dahulu..Alhamdulillah impian yg dah lama terpendam menjadi kenyataan..Alhamdulillah juga tiada perkara yang aneh berlaku sepanjang kunjungan saya ke sini.Setakat ini kolam renang ini masih dibuka utk org awam..Satu perkara yang saya baru tahu tentang kolam ini, rupanya ia dibina bersambungan dgn KFC pantai batu buruk yg sedia ada itu..Jadi siapa yang ada niat utk menguruskan badan haruslah tabah melihat org makan ayam di KFC..(juga harus kuat utk meneruskan boikot..;p)

Saya dan akidah brjanji utk bertemu pada pukul 11 pagi. Sampai di sana, kami terdiam dan terpaku..Tutup rupanya..hehe..Rupanya utk weekdays seperti ini, kolam renang hanya dibuka pada waktu petang. Itulah, masa plan semalam x fikir langsung kemungkinan kolam ditutup..Rancangan pergi berenang ini baru juga dirancang semalam sewaktu ber'ym' dgn akidah. Kebetulan akidah akan berangkat pulang hari rabu ini jadi saya x mahu menyia2kan peluang yg ada..Bila lagi dapat menghabiskan masa dengan kawan lama..Untuk pengetahuan semua, kawan saya ini mengambil kelas berenang di sini dengan tunjuk ajar seorang instructor berpengalaman..Siapa yang teringin utk belajar berenang juga sangatlah dialu2kan.

Jadi di bawah ini adalah jadual waktu kolam renang dibuka. Sebelum pergi sila pastikan anda tidak pergi pada waktu yg salah.

Ahad-Khamis: 2-4 pm(session 1), 4.30 pm-6.30pm (session 2)
Jumaat: 9.30-11.30 (session 1), 2-4 pm(session 2), 4.30 pm-6.30pm (session 3)
Sabtu: x ingat..nantila check balik.

Jadi kesimpulannya, kami pun pulang ke rumah dan kembali pada waktu petang (2-4 pm)..Tak ramai orang, cuma kami berdua dan seorang wanita lain..Kata akidah kalau hujung minggu biasa penuh dgn org cina..jadi weekdays adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yg tidak bekerja dan sdang bercuti seperti kami.=)

Oh lupa satu perkara penting..Kolam renang ini dibina BERASINGAN lelaki dan perempuan. Jadi muslimah tidak perlu bimbang ye. Beriadah ini penting, tapi biarlah syariat tetap dipelihara.

Okay, satu lagi pengumuman penting. Sebelum masuk pastikan anda memakai swimming suit yang sesuai..Sekali lagi muslimah tidak prlu bimbang..Di bawah ini saya sediakan link utk mendapatkan baju renang yang sesuai utk kaum perempuan. Terdapat juga baju renang utk kanak2 perempuan, iyalah melentur buluh biar dari rebungnya..Jika terasa susah utk membeli online, boleh bagitau saya kerana kak sofea( pengasas bajurennang.com) adalah kenalan saya..Saya percaya impian anda utk berenang seperti ikan duyung akan terlaksana tidak lama lagi..Ikan duyung versi muslimah.=)


Pilihan lain:
(untuk perbandingan harga, design dan sebagainya)


Selamat beriadah..!=)


5 comments:

hazaryu said...

thanks 4 the entry..sekarang ni pun saya tgh mencari2 baju renang yang sesuai dengan identiti muslimah..sekurang2nya entry anda telah memberi peluang kepada ana untuk bermain air tanpa sebarang masalah..berenang mcm duyung yang berjumpa dengan lautnya...n_n-azah

Tg fatin said...

alhamdulillah..
Bergelar muslimah bukan penghalang untuk beriadah..Cuma perlu sesuaikan dengan cara dan pembawaan title muslimah itu sendiri.=)

Semoga menjadi ikan duyung yang tidak takut dengan gelora di lautan luas.=)

Anonymous said...

maaf..saya nak tanya,kenal tak sesiapa yang boleh ajar baby berenang?

Unknown said...

Ada kelas berenang utk dewasa? Area kuala terengganu

Unknown said...

Ada kelas berenang utk dewasa? Area kuala terengganu