Wednesday, September 30, 2009

~Ketika Cinta Bertasbih



Assalamualaikum..

Akhirnya penantian saya berakhir juga. Saya telah pun mula mengikuti perkembangan filem Ketika Cinta Bertasbih sejak pemilihan watak2 dalam filem tersebut lagi. Sebagaimana Filem Ayat-ayat Cinta, filem Ketika Cinta Bertasbih juga diangkat dari novel karangan Habiburrahman-el-syirazi dan merupakan best-seller di Indonesia. Auditionnya diadakan secara besar-besaran di Indonesia, dengan juri2 yang berpengalaman termasuklah penulis novel Ketika Cinta Bertasbih sendiri. Pasti beliau sangat berhati2 dalam pemilihan pelakon supaya hasilnya nanti bagus dan berkualiti. Saya lihat watak utamanya juga bagus sekali, di mana kebanyakan pelakon wanita dalam filem ini benar2 memakai tudung walaupun di luar filem. Kagum. Nampaknya penghasilan filem ini mungkin lebih berkualiti dan terjaga dari filem Ayat-ayat cinta.

Tidak sabar ingin menonton cerita ini, dengar kata novel Ketika Cinta Bertasbih mengandungi jalan cerita yang menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan di Indonesia. Semoga jalan ceritanya dapat memberi manfaat kepada penggemar2 filem cinta yang berlandaskan Islam, insya Allah.







Tuesday, September 29, 2009

Lagi cerita raya


Assalamualaikum..

Masih terasa2 suasana raya, masih terngiang2 riuh bicara, masih terbayang2 mereka di mata. Baru sehari hati sudah melonjak2 ingin pulang kembali. Hish, tak harus dibiarkan. Masih ada perjuangan di sini, tidak boleh terlalu menurut kata hati.

Sambutan raya tahun ini agak meriah, walaupun tanpa insan tersayang di sisi. Tiada bukan bererti hilang. Doa itu perantaraan, semoga diri ini mampu menjadi anak yang soleh supaya doa sampai ke sisinya. Sudah dinyatakan di dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah:

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat, amiiin. Al-Fatihah.

Bercerita tentang hari raya, rasanya tahun ni agak memenatkan. Menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, ternyata penat tetapi seronok. Rombongan 5-6 buah kereta beramai2 ke rumah saudara mara satu pengalaman menarik. Dan juga kesempatan bertemu mereka2 yang jarang bertemu, satu kesyukuran yang tidak terhingga. Bertemu dengan makanan2 yang banyak dan sedap juga satu kesyukuran , dan menerima duit raya walaupun dah besar juga masih satu kesyukuran.=)

Ini gambar keluarga pada raya pertama, setakat ini bilangannya sentiasa bertambah setiap kali raya.=)


Ini pula gambar keluarga besar yang juga bertambah dengan pesatnya.

Sedikit gambar bersama sahabat2:

~Jamuan raya alumni SHAMS~
Ustazah Naimah, Naimah, Ainul, Bibi, Saya, Tya, Sarah

~Rumah terbuka Tengku Syazwani~
Kakak saya, saya, Bibi dan Tengku

Sekian sedikit kenangan raya tahun ini, yang bakal menjadi kenang-kenangan nanti.
Dan kepada sesiapa yang ada menghantar message raya kepada saya tapi tidak mendapat balasan, ye saya dah tukar nombor. Handset kena curi dulu, dan kebanyakannya contact no hilang. Minta maaf banyak2 ye, saya tak mampu membuat apa2 untuk memberitahu semua orang nombor saya dah ditukar. Maaf Zahir Batin..=)Semoga mereka yang terlibat membaca notis ini.

Selamat Hari Raya.





Saturday, September 19, 2009

~Jemputan Rumah Terbuka untuk semua~

Assalamulaikum..
Sempena Hari Raya yang mulia ini,
Insya Allah kami akan mengadakan jamuan rumah terbuka, dan tentunya rumah saya akan dibuka luas2 untuk menyambut kehadiran anda semua.=)

Di sini dengan rasminya saya ingin menjemput sesiapa yang mengenali diri saya dan juga mengenali rumah saya untuk hadir pada majlis hari raya rumah terbuka ayah saya. Sahabat2 terjauh dan terdekat, terlama dan terbaru, sama ada rapat atau tidak, sahabat2 semua dijemput hadir di majlis tersebut dan semoga ukhwah yang terbina terus mekar di pagi syawal itu.

Berikut adalah maklumat jamuan tersebut:

~Jemputan Rumah Terbuka~
Tempat: Baitul Syakirin (rumah saya-Kuala Ibai)
Waktu: 10 am-4 pm
Hari: Hari Raya ke-2

Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya: "Ziarahilah saudara-mara kamu dari masa ke semasa, kerana ia boleh menambahkan kasih sayang."

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di sini ye..=)
(Contoh: Nak tanya jalan masuk ke rumah saya dll)

Dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, jika saya pernah melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak, terkasar bahasa, tersilap cakap, terlebih gurau, termengumpat, dan segala macam 'ter' yang terjadi di luar sedar saya.
Semoga kita semua mendapat keampunNya juga, amiiin..






Friday, September 18, 2009

Tragedi menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum..

Menjelang aidilfitri ini, muncul pula dugaan yang menimpa orang yang saya sayang. Abah, abang dan adik kesemuanya keracunan makanan dan demam. Saya kerisauan, mungkinkah makanan yang saya masak untuk sahur ada bahan yang menyebabkan keracunan itu? Namun hakikatnya saya dan kakak ipar saya sihat walafiat, walaupun kami juga makan makanan yang sama. Atau mungkin juga disebabkan mee goreng yang abah bawa pulang semalam selepas tarawikh. Tapi hanya abang yang makan mee itu dan ya, keadaan abang paling teruk. Abah dan adik tidak pula makan mee goreng itu.

Bagi adik pula, lewat2 petang baru mengalami sakit perut sedangkan ikut pemahaman saya, orang yang keracunan makanan akan menerima kesannya 4 jam selepas itu. Ini berdasarkan pengalaman saya dan pemberitahuan dari doktor sendiri. Kes yang tidak sama, tapi keadaannya sama. Tak tahu apa lagi yang nak difikirkan. Cuba mencari punca tapi tidak ketemu. Saya ikut resah, mungkinkah saya puncanya? Risau.

Namun apa saja puncanya, saya yakin ini ujian Allah. Untuk mereka dan saya juga. Kifarah dosa, mungkin. Ramadhan adalah bulan penyucian dosa, dan semoga ujian ini dapat membersihkan dosa2 lama. Hanya keyakinan pada Allah dapat menenangkan jiwa yang resah. Positif seboleh mungkin. Insya Allah, ada hikmahnya.