Wednesday, December 14, 2011

Sembang Rakyat Kedai Kopi

Assalamualaikum..

Sekarang heboh isu video "Sembang Rakyat". Memang bersembang sungguh2, sembang kosong orang kata. Bukan sembang menambah ilmu. Saya tak mahu ulas panjang,saya pun bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas. Ingin mengata, saya cuba elakkan sebab hidayah tu milik Allah. Walaupun sakit hati apabila hukum Allah diperkatakan dan dihina, sama-sama la kita berdoa agar semua yang terlibat ni menyesal dan bertaubat. Lebih baik lagi kalau pohon maaf secara terbuka sebab saya yakin umat Islam cukup sensitif dengan perkara ini..Tolak tepi politik sekejap, yang dihina itu hukum Allah, yang diumpat itu Ulama', yang dibenci itu pejuang agama..Besarnya kesilapan ni, saya tengok pun beristighfar panjang. Takut mendengar dan takut memikirkan balasan Allah pada mereka.. Nauzubillahiminzalik.



Lagi video orang yang hanya pandai bercakap:



Hebat mereka ini bercakap, jadi pemimpin tak nak. Tapi kalau jadi pemimpin bahaya ni, cakap main sedap mulut je, ilmunya x ada mana pun..='(..Sedih pulak rasa.

Teringat saya pada kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.Dari apa yang saya baca, Pihak Quraisy sebenarnya bukanlah patuh sangat pada agama nenek moyang mereka, taklah pulak kuat beribadat sampai membenci agama Islam yang dibawa nabi Muhammad. Mereka hanya takut kedudukan mereka tergugat, malah mereka bimbang dilarang dari melakukan apa yang mereka suka. Apa yg mereka suka pulak semuanya penindasan dan kekejaman.Dan keegoan itulah yang membuatkan mereka menjadikan agama sebagai alasan untuk menentang Nabi Muhammad. Mereka katakan Nabi itu mahu menentang agama nenek moyang mereka sedangkan kebanyakan mereka bukanlah pula ahli ibadat. Wallahu'alam.

Sebenarnya mereka ada kebimbangan lain. Bimbang kedudukan dan kemewahan mereka hilang, pengaruh berkurang dan kehilangan penyokong menjadikan mereka begitu keras menentang nabi..Atas nama agama, mereka menentang dengan pelbagai cara. Tapi itulah, lagi nabi dikutuk, lagi banyak mata yang terbuka melihat, lagi banyak hati yang tersentuh..Ramai pulak yg menerima hidayah setelah teruk nabi dihina..Semuanya kerja Allah. Di sini saya tak menyamakan mana-manak pihak pun dengan kisah nabi ini, sekadar terfikir. Semuanya kerana perjuangan menegakkan agama Allah tidak mudah. Tapi itulah namanya berjuang, kan.=)

Tuesday, December 13, 2011

Menginsafi takdir~

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni, saya semakin berminat dengan perkembangan semasa. Suka pula membaca blog-blog ilmiah. Suka memerhati keadaan politik yang tidak stabil. Saya mengagumi mereka yang istiqamah dalam perjuangan, berani melontarkan idea-idea dan hujah biarpun diasak dengan seribu tekanan.

Namun dalam masa yang sama saya masih ada krisis pembentukan diri. Krisis pertembungan antara remaja dan dewasa. Remaja yang berfikiran matang atau dewasa yang berfikiran kanak-kanak? Masih mencari duduk diri, mencari apa yang saya mahu dalam hidup. Saya masih sama seperti remaja lain. Terkeliru dengan apa yang saya suka dengan apa yang perlu saya suka. Men"jati diri"kan diri dengan prinsip islam bukan kerja mudah. Ada banyak godaan, banyak ujian.


Di dunia akhir zaman ini, tersalah langkah sikit mampu buat kita tersungkur. Saya sering juga tewas dengan kehendak diri, dan saya juga sering menentang diri sendiri. Dalam diri saya, masih ada 'kenakalan', dan masih ada juga rasa 'keremajaan', tapi saya mahu membawanya dengan cara yg betul. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Gelisahnya saya hanya Tuhan yang tahu. Diri saya masih banyak kejahatan dan kekurangan, dan saya tak mahu ia kekal begitu. Sungguh, untuk mencantikkan akhlak perlukan jihad yang besar..Dan saya masih berusaha. Mereka yang melihat saya sekarang mungkin tidak tahu betapa susahnya untuk saya menjadi seperti sekarang. Bukan bermaksud sekarang ini saya sudah bagus, jauh lagi sempurna. Namun mungkin lebih baik sedikit jika dibandingkan saya 5 tahun yang lampau. Untuk menjadi lebih baik sikit lagi, mungkin perlukan lagi lima tahun sebelum saya mampu membuang apa yang saya tidak mahu sekarang..Bukan mudah, tapi saya yakin bukan jugak susah, kan?


Saya manusia yang diuji juga. Banyak sekali ujian, namun memikirkan saya masih tidak diuji dengan penyakit yang kronik atau diuji dengan bencana alam seperti tsunami, sudah cukup untuk saya menginsafi takdir saya. Ujian yang saya anggap besar bagi saya, mungkin hanya kecil di mata insan lain. Saya hanya mensyukuri setiap ujian yang Allah hadirkan kerana tahu ia berhikmah. Saya memandang ujian itu semua sebagai satu cara saya membentuk diri supaya lebih bersyukur, sabar, tabah dan redha. Saya menerima itu semua sebagai satu didikan untuk saya meningkatkan diri ke arah yg lebih baik. Dan saya tahu ada yang menilai saya, yang melihat usaha saya, yang membantu saya setiap detik. Semua itu memberi kekuatan dan saya yakin Allah tidak akan tinggalkan hambaNya yang berserah hanya kepadaNya.

Sekadar coretan luahan pembakar semangat kepada diri sendiri. Doakan saya.=)

Tuesday, November 8, 2011

Betul ke Praktikal di Jabatan Kerajaan Tak best?


Assalamualaikum..
Apa khabar semua? semoga dalam pelihara Allah selalu.=) Lama betul blog ni ditinggalkan..rindu pulak nak menulis.^_^

Sekarang ni, saya sedang berpraktikal di sebuah jabatan kerajaan, masih tinggal beberapa bulan lagi. Keluar sudah dari kepompong universiti, dalam diam saya harap jugak saya ni rama-rama yang pandai jaga diri.=)

Sebenarnya, bila pertama kali saya jejakkan kaki kat sini, macam-macam yang saya fikir. Takut sangat. Sampai termimpi-mimpi. Sungguh, saya sangat takut. Apa yang saya takut pun saya tak tahu. Mungkin sebab saya rasa kurang yakin pada kemampuan diri dan saya pulak seorang diri.Sebagai pelajar komputer sains, bimbanglah jugak kalau saya tak mampu buat apa yang diarahkan..Belajar dan bekerja kan sesuatu yang berbeza.

Hehe, lagi satu, mungkin sebab pelajar-pelajar biasanya disogokkan dengan kisah praktikal di jabatan kerajaan tak bagus, tak ada kerja, kena buat kopi dan tolong fotostat je, jadi semua tu terngiang-ngiang je di fikiran saya..memang ni yang sering saya dengar. Bimbang jugak kalau tak ada kerja, apa yang saya nak tulis dalam report nanti? Bukannya saya tak mahu kerja di syarikat swasta, tapi saya ada alasan sendiri..

Mula-mula terkilan jugak sebabnya berpraktikal di syarikat swasta dibayar elaun, sedangkan di kerajaan tidak. Tapi, siapa tahu kan, kuasa Allah, dengan tiba2-tiba nya pelajar yang berpraktikal di kerajaan diarahkan supaya dibayar elaun. Subhanallah, agak menakjubkan pada saya sebab arahan itu dibuat tak sampai 2 bulan sebelum tarikh masuk saya ke dalam jabatan ini. Berapa dibayar tu, taklah banyak mana, tapi kalau dikira saya duduk di rumah ayah dan semua ditanggung, Alhamdulillah lagi. Rezeki tu milik Allah, kadang-kadang berlaku perkara di luar jangkaan ni selagi kita bertawakal padaNya kan. Insya Allah.=)


Seterusnya, dengan pemikiran pelajar praktikal kurang diberi kerja sewaktu berpraktikal, sekali lagi saya dikejutkan apabila kawan-kawan praktikal saya tak ada satu pun yang goyang kaki..Kalau ada goyang kaki pun, bawah meja je la kot.hehe. Disuruh buat kopi untuk bos pun tak pernah. Mereka diberi tugas untuk membuat sistem, seorang pelajar diarahkan membangunkan satu sistem. Sistem yang mereka buat ni mungkin diguna pakai untuk jabatan ni, mungkin jugak tidak. Tapi pernah ada satu sistem yang dibuat pelajar praktikal di sini, disebar meluas utk diguna pakai oleh semua jabatan dalam kerajaan ni. Hebatnya saya dengar. Kalau jual tu banyak duit beliau boleh dapat.hehe. Tapi apa yang saya nampak, sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu di sini, bukan sikit malah banyak. Bukan ke ni tujuan kita berpraktikal? Mencedok sebanyak mana ilmu yg ada untuk diaplikasi nanti..Bila ingatkan semua ni, buat saya tersenyum. Jauh sekali apa yang saya fikir dengan kenyataannya. Tak habis2 saya mengucapkan syukur atas nikmatNya.

Belum dikira betapa ramah tamahnya staff di sini, rasa seperti sebuah kelaurga besar. Kawan-kawan praktikal dari universiti lain pun baik-baik dan alhamdulillah saya mudah sekali berkawan dengan mereka..Rasa terkilan pulak sebab masuk lewat..hehe, apapun, insya Allah kat mana-mana pun kita, selagi kita bertawakal padaNya, pasti Allah akan mudahkan segalanya untuk kita..Allah akan beri sesuatu tu ikut kemampuan kita, jadi bersyukur dan redha lah selalu..=) Alhamdulillah, setakat ni saya bersyukur sangat dengan semua kurniaan Allah pada saya..Alhamdulillah.^_^

p/s Saya pun kena buat satu sistem, doakan segalanya dimudahkan ye kawan2..Programming ni bukannya saya minat sgt tapi saya nak cuba buat sedaya mungkin insya Allah. Fighting!!^_^

-Fatin

Saturday, October 1, 2011

fatinbakery~

Assalamualaikum..

Maaf, saya mahu mengupdate blog ini, tetapi tiada semangat dan juga kerana kekangan waktu.

Sekadar update pendek, saya mahu menjemput pembaca semua melawat page facebook fatinbakery yang baru..Masih banyak kekurangan dan page ini pun masih dalam pembikinan, saya cuma harapkan kehadiran page ini akan membuatkan segalanya menjadi lebih tersusun ..^_^..Saya pun sudah 2 minggu mula berpraktikal, banyak sudah pengalaman yang berharga dapat dikutip..Sekarang tinggal mencari kekuatan untuk membahagi masa dengan sempurna, ini cabaran baru buat saya..Doakan saya yang baik2 ya.^_^

fatinbakery

Ini bluebeey cheese cake yang saya buat sempena birthday kakak ipar dan adiknya yang datang bercuti dari Holland. Fresh blueberry dari sana..^_^