Assalamualaikum..
Ada sesuatu yang memberat di hati,
tersekat, keliru, bimbang.
Ingin diluahkan, tiada penghujung.
Resah, tidak tahu harus bagaimana?
Oh Allah show me the way.
I need the strength.
='{
Wednesday, June 15, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Kita yang bukan kita?

Assalamualaikum..
"Bagaimana kita sekarang bukan bermakna begitulah kita nanti"
Maksudnya?
Ya saya terfikir-fikir istilah yang tiba-tiba tercipta di fikiran ni. Sebab banyak pengalaman saya yang membuktikannya. Pengalaman bukan semata-mata apa saya alami sendiri, pengalaman saya termasuklah dari pembacaan, penceritaan dan juga pengalaman orang lain yang saya ambil dan jadikan iktibar dalam hidup saya.
Saya seorang yang suka berfikir secara kritikal. Tapi kritikal saya bukanlah melebihi ahli politik atau pemimpin negara, cuma sekadar berfikir secara mendalam dan mengaitkan sesuatu peristiwa dengan kehidupan sendiri. Hmm, cuma kebimbangan dengan istilah yang saya cipta di atas membawa kepada penulisan ni. Sebab saya nampak manusia sentiasa berubah-ubah. Ada yang ke arah kebaikan, ada juga yang semakin jauh dari kebaikan. Jika saat ni saya punya kesedaran tentang kepentingan agama, saya bimbang jika suatu hari nanti saya tidak lagi berfikiran sebegini. Saya bimbang suatu hari nanti kelalaian membelengu saya dan saya tidak lagi menjaga dalam hal-hal agama. Maksudnya?
Banyak juga yang saya lihat, suatu masa dahulu mereka ini betul-betul menjaga pergaulan,menjaga pemakaian dan mempunyai tingkah laku yang elok. Tap sekarang, sudah berubah. Bagaimana jika saya yang sekarang ini masih boleh dikatakan menjaga (walaupun bukan terlalu bagus), suatu masa nanti saya juga lupa dengan prinsip saya sendiri? Betullah, hidup ini sukar jika kita tak punya prinsip, tapi lagi sukar jika ada prinsip tapi terlupa dan melanggar prinsip sendiri. Waktu itu adalah penting mereka yang di sekeliling menegur saya agar saya tak terlalu jauh terpesong. Ah kebimbangan masih ada dlm diri saya. Bagaimana jika mereka di sekeliling juga tak mampu menegur dek kerana keegoan yang mungkin melanda jiwa saya? Pasti saya hanyut dan saya bimbang saya akan mati kelemasan (sekadar analogi)
Saya bimbang penghujung hidup saya ini bagaimana? iman saya turun dan naik, kadang-kadang dengan perlahan, kadang-kadang naik dengan mendadak dan turun juga dengan mendadak. Jadi bagaimana mungkin saya terus istiqamah?sekali lagi saya bimbang.
Ini kisah benar. Seorang yang bertudung labuh, setelah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak, kini tidak lagi bertudung labuh, pakaian mula berfesyen sealiran dengan masa, tidak lagi memakai stokin dan stongan (stokin tangan), bertudung indon yang singkat dan pelbagai lagi perubahan yang kurang bagus. Segala pelajaran agama terlalu lama ditinggalkan jadi mungkin beliau terlupa dan tidak lagi mengamalkan sesuatu yang pernah sebati dalam dirinya suatu masa dahulu. Ditambah lagi dengan persekitaran yang tidak membantu, suami tidak menegur dan membiarkan dengan alasan sayang. Jujurnya saya tidak suka lelaki yang beralasan 'sayangkan isteri" dan membiarkan isterinya terus hanyut dengan dunia. Padahal jika sayang tegurlah untuk kebaikan isteri dunia akhirat. Berpada-padalah dalam menyayangi.
Sementara itu, mereka yang melihat perubahan ini mula mengutuk dan mengata-ngata tanpa pernah sekali pun berhadapan dengan beliau dan menasihati beliau. Tiada penyelesaian, beliau terus hanyut dan pihak yang mengutuk terus mengumpul dosa. Bagaimana? Inilah kebimbangan saya.
Ada juga kaum adam yang dulunya tidak pernah lekang dengan tazkirah, suka berbahas tentang agama tetapi setelah berumah tangga, mula sibuk dengan pelbagai urusan dan tidak lagi beramal.Lebih-lebih lagi jika beliau bukanlah pelajar jurusan agama tetap seorang pengurus syarikat (sebagai contoh) yang bidangnya bukanlah dikelilingi mereka yang beragama. Jika mampu mempertahankan prinsip agamanya, lelaki ini adalah manusia yang hebat.
Apa yang saya lihat, persekitaan juga memainkan peranan penting. Jika dikelilingi mereka yang faham tentang kepentingan agama, maka insya Allah kita akan rasa terjaga. Cuma untuk "memantainkan" perhubungan dengan mereka yang faham itu agak sukar jika tiada usaha yang berterusan. Bagaimana?Itulah cabarannya.
Kesimpulannya, hati manusia memang cepat berbolak balik. Jika ditakdirkan perekitaran juga tidak membantu, jadi hanya kepada Allah lah kita harus meminta pertolongan. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana keadaan kita suatu masa nanti, yang mengetahui segala-galanya tentang kita. Allah adalah sebaik-baik penolong, seharusya kita terus meminta dan berdoa supaya Allah memelihara iman kita walau dalam kondisi apa sekalipun. Inilah jihad. Berusaha sedaya upaya memelihara prinsip hidup dan memegang agama dalam kehidupan. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah, amiin.
Sekadar perkongsian pendapat dan kebimbangan, semoga dapat dijadikan sebab untuk kita lebih berhati-hati merencana kehidupan. Setuju dengan lirik lagu "always be there" Maher Zain:
"Should never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance"
Jumpa lagi!^_^
Tuesday, May 31, 2011
swimming suit, hotel dan soal prinsip~

Assalamualaikum..
Saya suka berenang. Bagi saya sukan ini sangat menarik dan seronok..Dapat merasai ketenangan dan kedamaian, dapat bergerak dengan bebas seperti burung yang berterbangan di angkasa, dapat meluncur laju seperti ikan duyung, dapat berbaring di atas air dengan mengadap langit nan indah, dapat mengucapkan syukur dgn segala kurniaan Allah, pendek kata sukan ini benar2 memikat hati saya.
Waktu kecil, pandai berenang adalah salah satu impian saya. Namun sering kecewa apabila tidak dibenarkan menjejaki kolam renang di hotel-hotel kerana tidak mengikut syarat pakaian yang ditetapkan. Ah, bayangkan, mana mungkin bikini itu menjadi pilihan, saya rela melupakan impian saya dan sekadar memerhatikan ikan berenang dalam akuarium dari membiarkan pendirian agama saya diragut. Saya punya pendirian, dan saya harus tegas mendidik hati saya. Kerana saya seorang yang degil, saya harus menyalurkan kedegilan saya pada jalan yang betul.
Ada persoalan di hati saya, siapalah yang menetapkan peraturan sebegitu. Tidak berfikirkah mereka. Berpakaian menutup aurat terlalu membebankah? ceteknya pemikiran sebegitu..Kecewa juga dengan sikap orang Islam yang terlalu mudah diperdaya. Diminta ikut peraturan, ikutla mereka dengan patuhnya.Peraturan Islam diketepikan, ah mungkin islam itu x berapa penting di mata mereka yang x berpendirian ini. Padahal Islam itu mudah, dan apa yang ditetapkan padanya tersembunyi hikmah yang besar, di mana hanya orang-orang yang berakal dapat melihatnya dengan mata hati. Buta mata hati, butalah pendirian diri. Ini soal prinsip, namun punya prinsipkah kita? Sila tanya kepada diri sendiri.
Namun alhamdulillah, Allah itu Maha Bijaksana. DibukaNya pintu hati mereka yang menyedari kepentingan cara hidup Islam untuk mencipta baju renang muslimah. Kini impian saya tercapai. Saya sudah pandai berenang walaupun tanpa tunjuk ajar instructor berpengalaman. Saya pandai berenang dan saya menutup aurat. Mengganggukah kelancaran pergerakan saya? Saya rasa tidak. Tidak langsung. Malah saya rasa selamat dan tenang. Saya bebas berenang, menyelam, berenang ikan duyung, baring di permukaan air, dan alhamdulillah, baju renang itu langsung tidak mengganggu. Nah, siapa kata menutup aurat itu membataskan pergerakan?Itu hanya ciptaan mereka yang tidak berprinsip.
Baru-baru ini saya pergi ke sebuah hotel. Sedang saya dan adik lelaki saya berenang-renang dengan gembiranya dalam kolam yang dalamnya lebih kurang 1.5 m, terdapat beberapa orang cina memerhatikan kami. Ah, mungkin terbit hairan di hati mereka. Tak rimaskah saya, tak beratkah baju saya, x mengganggukah tudung saya? Mungkin mereka punya fikiran sebegitu. Tapi saya tak malu, malah saya bangga, saya sedang membawa imej muslimah yang mampu melakukan apa yang orang lain lakukan, tapi dengan cara Islam. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur jika saya mampu membawa imej yang betul, sebab saya yakin, Islam ini agama yang mudah, cuma kita yang kadang2 membuatkannya nampak susah.
Pendek kata, jika kita punya prinsip, campaklah ke ceruk dunia mana sekalipun, kita tetap menjadi diri kita sendiri, dan tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Bukan kita yang akan terpengaruh, malah kita akan mampu mempengaruhi orang lain dengan hanya menjadi diri sendiri. Semoga Allah melindungi iman kita semua, amiiin..^_^

Contoh swimming suit muslimah yang lain:

"Islam itu mudah, jangan disusahkan"
^_^
*
kredit gambar kpd bajurenang.com
Saya beli swimming suit saya di sini la.^_^
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)