Wednesday, September 16, 2009

Saya yang sensitif


Assalamualaikum..

Hari ni saya merajinkan diri untuk mengemas bilik. Biasalah bila mengemas2 ni mesti terjumpa barang2 yang selama ni menyepi di dalam almari. Tiba2 saya terjumpa satu kad, masih cantik kad ni. Saya mendapat kad ini dari keluarga tersayang sempena hari lahir saya. Sudah menjadi tradisi keluarga kami, bila tiba hari jadi salah seorang ahli keluarga, orang yang menyambut hari jadi akan menerima sekeping kad yang ditulis oleh semua ahli keluarga, termasuklah abah umi saya. Di dalam tu akan ditulis kata2 dan harapan setiap orang terhadap si penerima kad itu.

-smiley card-

Saya pun bacalah kembali apa yang mereka tulis untuk saya. Seperti biasa mereka menulis kata2 dan harapan yang mendoakan kebahagiaan saya. Cuma saya sedikit tertarik dengan kata2 adik dan abang saya yang sulung yang membuatkan saya tersenyum. Kata2nya lebih kurang macam ni.

Adik saya: "Harap jangan cepat bad mood dan smile always"

Abang: Keep yourself cheerful all the time!

Saya hampir lupa, dulu saya seorang yang panas baran! Patutlah kad tu dipenuhi bunga2 yang sedang tersenyum, mungkin ingin mengingatkan saya orang yang suka tersenyum itu dapat menggembirakan orang lain. =)Tiba2 saya tersedar saya dulu dan sekarang berbeza. Dahulu saya selalu bad mood dan sangat sensitif. Sangat keras kepala juga. Sikit2 nak merajuk. Pastu berharap ada orang pujuk walaupun xde siapa nak layan saya. Akhirnya muncung sedepa dan buat orang sakit hati bila tengok. Saya ingat lagi saya pernah merajuk lepas tu kunci pintu bilik x keluar2 sampai malam. Konon nak buat orang bimbang, nanti mereka terpaksa pujuk sebab saya x makan lagi. Dan betullah jangkaan saya, mereka datang memujuk. Tapi saya buat2 degil, xnak jugak buka pintu. Akhirnya abang2 kakak saya pergi tutup suis lampu utama, buat rumah jadi blackout, dan buat2 bising macam rumah blackout. Dengan harapan saya takut dan keluar dari bilik. Tapi saya sangat ego masa tu, sanggup x keluar jugak sebab tahu mereka nak main2kan saya. Tak tahulah kenapa sensitif sangat masa tu. Memang orang selalu sakit hati dengan saya.

Bila dikenang kembali, saya rasa malu dengan diri sendiri. Kadang2 perkara kecil pun buat saya jadi sakit hati. Saya sangat ego untuk minta maaf, dan selalu anggap diri sendiri sahaja yang betul. Saya tahu bukan saya saja yang pernah merasai keegoan begitu. Selagi kita bergelar manusia, diri kita x akan pernah sempurna. Dan peluang untuk mencari kesempurnaan itu tetap ada. Selagi ada keinginan, masih ada jalan untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi lebih baik. Saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Cuma keadaan mungkin berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang mampu berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, namun ada juga yang memerlukan berpuluh tahun untuk membuang sikap buruk dalam diri. Selagi kita berusaha, selagi itu pahala mujahadah sentiasa bersama kita.



Alhamdulillah, sekarang saya sudah tidak lagi terlalu sensitif. Fikiran negatif sudah saya buang jauh2, sebab saya rasa dengan bersangka baik hidup saya lebih tenang. Bayangkan jika ada orang yang terlanggar kereta kita, sama ada kita sakit hati atau bersikap tenang, semua tu x mengubah perkara yang dah berlaku. Jadi kenapa tidak kita pilih untuk bersikap tenang? Hati pun lebih tenteram dan akal sudah tentu dapat berfikir dengan waras. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Baik fikiran kita, baiklah tindakan kita.

Tidak lupa juga perasaan ego dalam diri. Saya percaya ego itu wujud dalam diri setiap dari kita. Cuma cara menangani itu penting agar kita tidak menjadi sombong. Saya mengambil contoh untuk meminta maaf bila ada melakukan kesalahan. Saya yakin ramai yang terlalu ego untuk melafazkan perkataan maaf itu walaupun sedar diri bersalah. Bimbang jika maruah tercalar jika meminta maaf, padahal saya rasa orang yang meminta maaf itu lebih mulia sebab dia berani mngaku kesalahan itu. Kadang2 dengan hanya dua perkataan itu dapat melembutkan jiwa yang tengah sakit, dan dapat menyejukkan api amarah yang tengah menyala. Kita pun akan lebih tenang tentunya.

Tipulah kalau saya kata saya sudah berjaya membuang semua sikap buruk dalam diri saya. Saya masih mencuba dan akan terus mencuba. Jika saya perlukan masa beratus tahun pun saya tetap tidak akan putus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Kerana saya percaya pada janji Allah:

"Sesungguhnya orang2 yang beriman, dan orang2 yang berhijrah di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha ampun, Maha Penyayang."
-Al-Baqarah:218-


Tuesday, September 15, 2009

Hakikat Cinta


"Dua jiwa yang saling mencinta, tidak akan memerlukan tafsir, yang ada adalah ungkapan kerinduan dan rasa. Barangsiapa merasa akan memahami, barangsiapa memahami akan menghayati. Bagaimana kau akan mampu memaknakan rasa kasih dan cintamu ketika kau berhadapan dengan kekasihmu, kau seakan jauh, ketika Dia memandangmu, kau selalu berpaling, dan ketika Dia menemuimu, kau acuh kepada-Nya. Padahal kekasihmu, selalu melihatmu, memerhatikanmu, di mana pun dan bila pun kau berada."

~Puisi cinta Rabiatul Adawiyah kepada Tuhan~

Ketika salah seorang kerabatnya bertanya: Kenapa engkau tidak berkahwin wahai Rabi'ah? Dia menjawab: Tidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati. Rabiatul Adawiyah menyembah Allah dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sulit diungkapkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman. Kalimat rindu dan ujaran cinta Rabia'h kepada Kekasih sejatinya, dapat kita dengar dalam lantunan tawajjuhnya:

"Tuhanku, jika ibadahku, hanya untuk menjauhkan diriku daripada api nerakaMu, maka kelak bakarlah aku dengan api nerakaMu. Jika sembahku hanya untuk meraih syurgaMu, maka haramkan syurgaMu atas diriku. Adapun bila ibadahku hanya ingin beroleh kasih-sayangMu, berilah aku kurnia agungMu. Anugerahkan kepadaku nikmat bisa melihat WajahMu, wahai yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia."

Ibadah bagi Rabi'ah bukan 'wasilah' untuk mendapatkan kenikmatan atau menyelamatkan diri daripada penderitaan. Maksud ibadah bagi wanita sufi agung tersebut adalah kepasrahan, ketulusan dan kepatuhan atas segenap ikrar diri, untuk meraih kasih Yang Maha Cantik, Maha perkasa dan Maha Sempurna.

Begitu agungnya cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah, hingga nikmat dunia langsung tidak dapat mengatasi cintanya kepada Allah. Hanya yang mengalami dapat merasainya. Bagaimana cinta seorang lelaki kepada sang perempuan, dan cinta seorang suami kepada seorang isteri, begitulah cinta beliau kepada Tuhan penciptaNya, malah cintanya itu lebih mengatasi segala cinta di dunia ini. Bagaimana perasaan jika mencintai seseorang dengan sedalamnya, begitulah perasaan Rabia'ah dalam mencintai Tuhan PenciptaNya. Terlalu agung cinta yang mekar di hatinya.

Walaupun cinta kita masih belum di tahap sufi agung itu ,yang menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Tuhan yang Maha Pengasih, namun semoga tempiasnya dapat kita rasai, dapat kita nikmati walaupun peluang itu jarang sekali muncul kerana terlalu banyak perkara yang melalaikan wujud di zaman ini. Semoga masih ada peluang untuk mencari dan menghayati cinta Tuhan, walaupun sekali berusahalah untuk menitiskan air matamu kerana merindui cintaNya Yang Maha Agung. Berusahalah, apabila sudah bertemu pasti kenikmatan itu mengatasi segala2nya.

"Berbahagialah orang yang meneguk segelas cintaNya, merasakan nikmat bermunajat kepada Dzat yang maha Agung dan didekatkan kepadanNya dengan kelazatan untuk mencintai diriNya, sehingga hatinya penuh dengan cintaNya, serasa dekat denganNya, penuh kesenangan dan mencintaiNya dengan penuh kerinduan."
~Abu Said al-Kharraz~

Hati, bermujahadahlah.

Saturday, September 12, 2009

oOo..Balik Kampung2x


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah tersayang.=)Kali ni semua selamat, xde barang2 yang tertinggal..Hehe. Sebab semua dah pesan berkali2 jangan tinggal bantal, jangan tinggal bantal. Ok saya ingat pesanan tu. Terima kasih pada semua yang concern.=)

Cuma malam tadi, first time saya naik bas balik raya. Best. Meriah suasananya. Pakcik2 tepi jalan tu berebut2 ucap selamat hari raya. Balik kampung baik2. Hehe. Ni baru suasana balik kampung. Tiba2 naik bas je, saya jadi x sedap hati sebab tempat duduk saya tepi orang lelaki. First time ni dan saya x suka. Ni semua sebab hari tu saya beli tiket lambat sikit dari kawan saya, so dapat tempat duduk asing2. Tapi alhamdulillah sangat, Allah masih nak pelihara saya. Kawan saya ada terjumpa kawan lelaki dia, lepas tu mintak tukar dangan saya. Akhirnya saya dapat duduk tepi perempuan. Alhamdulillah, Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya..Allah Maha mendengar, so jangan segan2 ye mintak pertolongan dengan Allah.=)

Ini dia bantal bertuah itu.


Thursday, September 10, 2009

Menanti hari esok

Assalamualaikum..

Sudah banyak draft yang tersimpan akibat tidak sempat masa utk dipostkan. Insya Allah ada masa saya teringin untuk berkongsi pengalaman2 yang banyak tersimpan dalam otak. Belum sampai masanya kerana masih ada mid term yang menunggu. Tidak sabar menanti hari esok. Ingin cepat2 habiskan mid term dan kelas2 yang masih tersisa dan segera pulang bersama keluarga tersayang.Penantian memang sentiasa suatu penyeksaan. Dan saya juga harus sentiasa tabah. Hanya itu kekuatan saya.

Baitul Syakirin I miss u.